Wednesday 31 March 2010

Planta Margarine Tin Can

'One man's trash is another man's treasure'. Apa yang tidak bernilai untuk seseorang mungkin berguna untuk orang lain, inilah contoh terbaik barang yang saya maksudkan :) Tin Planta Margarine ini mungkin digunakan di Malaya sebelum Merdeka. Tin seperti ini sukar ditemui kerana kebiasaannya ia akan dibuang selepas dipakai. Kalau seperti tin lain yang ada penutup, ia mungkin diguna semula untuk menyimpan barang atau makanan lain. Sebab itulah kita masih boleh nampak tin-tin biskut dan minuman susu tepung kerana tinnya boleh disimpan untuk menyimpan barang.

Planta Margarine ini dibuat di Malaya untuk VAN DEN BERGHS (EXPORT) LTD. LONDON E.C.4, ENGLAND. Planta dihasilkan oleh syarikat Unilever dan ia adalah marjerin yang pertama diimport ke Malaya pada tahun 1930.

Di antara penyebab tin ini selamat hingga ke hari ini ialah kerana lubang-lubang kecil yang ditebuk di tin supaya ia boleh digunakan sebagai penyiram pokok-pokok kecil di halaman rumah. Terima kasih kepada insan yang kreatif ini :)

Yang menarik tentang tin Planta Margarine ini ialah tanda besar DITANGGONG HALAL.

Tuesday 30 March 2010

Clash of the Titans

Anda masih ingat filem classic CLASH OF THE TITANS? Masa saya kecik dulu filem mitos Greek ini cukup menakutkan kami adik beradik sampai nak ke tandas pun berteman. Pada April akan datang, filem remake ini akan ditayangkan semula dengan lakonan Sam Worthington sebagai Perseus. Tentu kesan khasnya lebih canggih dan realistik. Kalau sampai sekarang masih berteman ke tandas tak taulah :)

Ray Harryhausen dan kepala Medusa dari filem box office Clash of the Titans pada tahun 1981. Ray ialah seorang lagenda special effects creator yang sangat terkenal dengan teknik animasi stop-motion.

Pameran keranda di Muzium Negara 1 April hingga 20 Jun

KUALA LUMPUR 29 Mac – Keranda kayu balak berusia lebih 1,000 tahun yang pernah digunakan oleh masyarakat di Sabah dan keranda Salong yang digunakan oleh masyarakat Sarawak adalah antara tarikan yang disediakan bagi membawa orang ramai ke pameran keranda yang akan berlangsung di Muzium Negara dari 1 April hingga 20 Jun ini.

Selain keranda berusia lebih 1,000 tahun yang bermotifkan kehidupan manusia dan alam semula jadi masyarakat Sabah, 28 buah lagi keranda lama dari pelbagai kaum di Malaysia dan rantau ASEAN iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina akan turut dipamerkan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran keranda itu bertujuan memberi pendedahan buat orang ramai mengenai kepercayaan, adat serta amalan masyarakat lain khususnya dalam upacara pengebumian.

"Kami ingin memberitahu pengunjung mengenai cara-cara pengebumian serta kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat dahulu, di mana perkara seperti ini tidak diketahui oleh masyarakat masa kini,” katanya dalam satu persidangan media mengenai pameran keranda itu di sini hari ini.

Beliau berkata, keranda moden bersalut emas yang digunakan oleh masyarakat Cina yang bernilai hampir setengah juta ringgit akan turut dipamerkan tetapi hanya selama tiga hari mulai 1 April.

Pameran itu dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang. – Bernama

Gambar ini tiada kaitan dengan pameran keranda di Muzium Negara

Minum-Lah Kickapoo Joy Juice Sign 1973

Papan iklan 'Minum-Lah Kickapoo Joy Juice' ini pernah digunakan di negara kita sekitar tahun 1973. Gambar ini diambil pada 21 Februari 1973 dan dikeluarkan oleh syarikat K.C. Lee Kuala Lumpur. Watak kartun dalam signboard ini ialah Hairless Joe yang dicipta oleh Al Capp (1909 - 1979) dan kartun beliau digunakan dalam keseluruhan penjenamaan Kickapoo Joy Juice. 'Minuman Yang Di-Buat Daripada Buah2an Yang Segar', betul ke? :)

Saya meletakkan gambar ini supaya kita boleh berkongsi maklumat dengan semua 'collector'. Tak kenal maka tak cinta. Apa terjadi kalau signboard ini betul-betul pupus seperti spesis burung dodo? Sekurangnya gambar ini boleh dijadikan rujukan dan bukti kewujudannya.

MINUMAN YANG DI-BUAT DARIPADA BUAH2AN YANG SEGAR

Monday 29 March 2010

Edison Gold Moulded Record circa 1907

Apa ni? Inilah yang bermain di fikiran semasa membelinya di kedai antik. Edison Records adalah diantara label record yang terawal menerajui teknologi perakaman bunyi dan ianya memainkan peranan yang penting pada awal industry perakaman.

Pada tahun 1902, Edison Records memperkenalkan Edison Gold Moulded Records iaitu sejenis piring hitam silinder yang diperbuat dari lilin hitam pejal yang telah diperbaharui teknologinya. Silinder ini boleh dimain beratus kali sebelum ianya haus digunakan. Perlu diingat silinder ini telah digunakan pada alat pemain phonograph sebelum adanya piring hitam dan alat pemain gramophone.

Bekas untuk menyimpan silinder EDISON GOLD MOULDED RECORDS ini digunakan di sekitar tahun 1907. Pada tahun 1907, Thomas Alva Edison berusia 60 tahun, beliau meninggal dunia pada tahun 1931 pada usia 84. Kira nak cakap masa barang ni ada, si Thomas Edison tu hidup lagi :) Saya beli barang ni pun sebab ada gambar Thomas Edison. Bila dah beli rupanya barang ini untuk alat pemain phonograph, kena eja betul2 ni, bukan pornograph ye! Sebutan dah dekat nak sama, hehe.

Contoh alat pemain phonograph Edison tahun 1899

Sunday 28 March 2010

Tarzan Trade Mark Kopitiam Cup

Kopitiam berasal dari perkataan Melayu 'kopi' yang telah dipinjam dan diubah suai dari perkataan Portugis dan 'tiam' pula loghat Hokkien bermaksud kedai. Di Malaysia, kopitiam biasanya khusus untuk kedai kopi Cina walaupun kedai kopi Melayu ada menggunakannya. Kopitiam amat popular di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan Singapura. Mungkin kita boleh jadikan cawan kopitiam sebagai salah satu warisan sejarah negara, kenapa tidak?

Dipercayai cawan ini mungkin digunakan sebelum Merdeka, mungkin collector barangan kopitiam boleh mengesahkannya. Cawan Tarzan Trade Mark ini dibuat di Ayer Hitam, Johor untuk syarikat kopi serbuk.

Tarzan Trade Mark dengan tulisan Jawi dan Cina.

Cawan ini dibuat untuk Kim Phong Food Products Co. Muar.

Tertera Johore Pipe Co. Ayer Hitam dengan lambang bintang dibawah cawan.

Apabila tanah liat ditemui di Johor pada tahun 1935, mendiang Encik Tan Soon Heng berpindah ke Ayer Hitam untuk mengusaha pembuatan paip dari tanah liat dan juga cawan pengumpul susu getah bagi pasaran selatan wilayah Malaya. Dengan hanya 15 orang tenaga pekerja, lahirlah Johore Pipe Company (JPC). Syarikat ini terus berkembang dan pada hari ini mereka dikenali sebagai syarikat Claytan Group.

Bapa saya ialah salah seorang peminat cerita Tarzan yang dilakonkan oleh Johnny Weissmuller. Pada hari ini generasi kita hanya kenal Tarzan dari Disney sahaja :)

Saturday 27 March 2010

MinumLah Kickapoo Joy Juice Sign 1970's

Gambar papan iklan MinumLah Kickapoo Joy Juice ini diambil sekitar 1970an untuk Kedai Kopi Eng Chaw. Papan iklan ini direka oleh syarikat K.C. Lee. Kemungkinan signboard ini telah pupus ditelan masa atau mungkin masih ada di tangan collector yang bernasib baik. Kalaulah lelaki dua orang ini tahu nilai signboard ni sekarang, berapa sen sangatlah harga papan besi ni pada masa tu? :)

Dalam signboard ini kelihatan watak kartun Daisy Mae Scragg sedang memegang botol Kickapoo. Kartun Li'l Abner ini dicipta oleh seorang pelukis kartun yang bernama Al Capp (1909 - 1979) dan kartun beliau digunakan dalam keseluruhan penjenamaan Kickapoo Joy Juice.

Thursday 25 March 2010

Fraser & Neave Ltd. Singapore Codd Bottle from 1898 to 1920's

Pemburuan besar-besaran botol codd Fraser & Neave berakhir dengan melabur botol ini dari seorang collector di Shah Alam pada 15 Jan 2010. Seperti botol Hutchinson, ianya terhad dan agak sukar ditemui. Kalau di USA, botol Hutchinson menjadi barang rebutan collector. Di Malaysia pula, botol ini boleh disamakan dengan Hutchinson dari segi rarity dan value. Kalau diikutkan, negara kita tidak menggunakan Hutchinson, mungkin cuma Ho Chin Soon :)

Kalau dikatakan 'rare', otai Bro D ada beberapa jenis serta berlainan saiz dalam koleksinya. Tapi kalau ingin tahu susah senang menemui botol ini, anda boleh cuba cari sendiri atau tanyalah otai-otai yang sekian lama mengumpul botol. Kalau tanya saya, jenuh sampai bertahun mencari :)

Pada tahun 1883 John Fraser dan David Chalmers Neave telah menubuhkan 'The Singapore and Straits Aerated Water Company' yang menghasilkan minuman berkarbonat. Syarikat ini telah ditukar nama menjadi Fraser & Neave pada tahun 1898. Botol codd embossed Fraser & Neave Ltd. Singapore ini dipercayai pernah digunakan antara tahun 1898 hingga 1920an. Botol berwarna aqua ini dibuat dari kilang pembotolan WM Barnard & Sons, London. Asalnya botol ini mempunyai label kertas yang bertulis 'SODA WATER' dan 'IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING'.

Guli kaca pada botol bertindak sebagai penebat. Tekanan gas pada botol menyebabkan guli terhimpit rapat ke mulut botol seperti gabus. Gara-gara sebiji guli, botol ini selalu dimusnahkan oleh kanak-kanak. Sedikit sebanyak tindakan ini menyumbang kepada kepupusan botol ini.

Setelah lebih dari seratus tahun, gelang getah India yang diproses secara 'vulcanized' ini bertahan hingga ke hari ini. 'Vulcanized' ialah satu proses di mana getah India dijadikan lebih liat dan kuat. Gelang getah ini asalnya terletak pada bahagian dalam bibir botol. Process 'vulcanized' ini dicipta oleh Charles Goodyear pada tahun 1844 tetapi beliau tidak sempat melihat impak kejayaannya terhadap industri pembotolan air soda.

Perbandingan saiz botol standard codd 10 oz dengan botol F&N Ltd. embossed.

Wednesday 24 March 2010

IBC Root Beer since 1919

Botol embossed cun ini saya baru beli di Carrefour Express dengan harga RM6.95. Design botol ni memang ol skool (IBC BOTTLES MEMORIES). Rasanya memang sedap tapi harganya agak tinggi dari minuman soda biasa. Tapi sekurangnya sambil minum tu boleh jugak belek2 botol :)

Kejohanan Gusti Amator Malaysia Yang Pertama 1973

Kejohanan Gusti Amator Malaysia Yang Pertama pada tahun 1973 ditaja oleh Royal Crown Cola dan Kickapoo Joy Juice. Ini adalah bangunan Dewan Perhimponan China Selangor (Chinese Assembly Hall) yang terletak di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Kejohanan ini diadakan di Stadium Negara pada 9 Jun 1973 jam 7.30 malam. Menteri Belia dan Sukan pada masa itu ialah Dato' Hamzah bin Abu Samah (1969 - 1973) dan diganti oleh Dato' Ali bin Haji Ahmad (1973 - 1978)

Di Malaysia, sukan gusti ini mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1995 oleh Majlis Sukan Negara dengan menggunakan seorang jurulatih dari Iran iaitu Ali Shavenui. Badan yang bertanggungjawab mengendalikan sukan ini di Malaysia ialah Persatuan Gusti Amatur Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1995. Pada bulan Oktober 1997, Malaysia telah menghantar dua orang atlit untuk menyertai Sukan Sea di Jakarta. Penyertaan sulung Malaysia ini hanya dapat mara ke peringkat separuh akhir sahaja.

Source: Prof. Madya Dr. Yusuf b. Ismail (Sejarah dan Isu Kritikal Sukan dan Rekreasi)

Bangunan ini dibina sejak 1910


Sekarang bangunan ini dikenali sebagai 'The KL and Selangor Chinese Assembly Hall'

Daulat Tuanku Billboard 1983

Billboard 'Daulat Tuanku Allah Lanjutkan Usia Kebawah DYMM Tuanku' sekitar tahun 1983 ini ditaja oleh National Aerated Water dan Ban Hing Leong Aerated Water. Pada tahun itu, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar (1979 - 1984) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke tujuh. Sultan Ahmad Shah telah dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-5 pada 7 Mei 1974 berikutan kemangkatan ayahanda baginda DYMM Sultan Abu Bakar dan ditabalkan pada 6 Mei 1975.

Pada hari jarang sekali kita melihat billboard seperti ini dibuat oleh mana-mana syarikat minuman soda, apa dah jadi agaknya? Daulat Tuanku!

Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Gambar dari http://shahrinnahar.blogspot.com

Tuesday 23 March 2010

Rare!

"Barang ni rare beb! Ini banyak rare oo encik! This is rare bro! Pergh, giler kau, rare ni! This is very-very rare!" Anda tentu pernah mendengar ungkapan ini dalam berbagai bentuk tapi maksudnya sama iaitu 'Rare'! Anda mungkin juga pernah mendengar ungkapan dari mulut penjual yang ingin melariskan barangan yang kurang laku atau dari collector yang perasan habis barang dia 'rare'! Tapi kalau bab perasan ni, tak boleh nak tolong :) Jadi bagi yang kurang berpengalaman teruslah percaya dan tertipu gara-gara 'rare' ini!

Mengikut penulis Diane Hamments, 'almost any type of object can become a rare collectible, if scarce enough'. Contoh bila situasi ubat gigi anda hampir kehabisan stok dan anda tidak dapat keluar dari bilik mandi kerana banyak hantu zombie Jerman (Nazi) berkeliaran di dalam dan sekitar rumah. Dalam situasi horror ini, saya rasa anda boleh kata ubat gigi anda rare! Tapi... jika anda berjaya keluar dari bilik mandi dan menembak kepala zombie ini satu persatu dengan shotgun, maka ubat gigi anda bukan lagi dikategori sebagai rare kerana anda boleh berlari ke Tesco dan mengambil setrolley ubat gigi Darlie. Anda juga tahu yang anda boleh dapatkan lagi di kedai runcit kampung anda, di rumah jiran, dan sebagainya. Mungkin ini bukanlah cerita yang sesuai dan munasabah untuk dibuat perumpamaan tapi situasinya lebih kurang.

Bagi saya orang yang layak guna perkataan rare ialah orang yang dah lama keluar dari bilik mandi, orang yang dah mahir guna shotgun, orang yang faham sifat-sifat zombie dan orang yang pernah bersemuka dengan zombie, diaorang ni tau apa yang diaorang nak cakap! Jadi bagi yang hanya duduk dalam bilik mandi, layakkah dia guna ungkapan 'Rare!' ini untuk satu-satunya ubat gigi yang dia ada? Boleh dan layak adalah dua maksud yang berbeza.

Atas permintaan Bro Ahmad Kamil, this is for you bro. Maaf kalau ada yang kecik ati, niat saya bukan untuk mengenakan sesiapa. Tapi walau apapun buat-buatlah keluar dari bilik mandi tu wei!

Ini hanya gambar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa

National Aerated Water Co. Ltd (Ipoh Branch) 1968

Gambar cawangan syarikat National Aerated Water Co. Ltd ini diambil pada tahun 1968 di Ipoh, Perak. Saya percaya kemungkinan syarikat ini terletak di No. 21, Jalan Datoh.


Cawangan Ipoh hanya berstrukturkan papan


Kelihatan stesen minyak Shell Jalan Datoh yang menggunakan logo lama (1961 - 1971)

Kickapoo Joy Juice Taxi in the 1980's

Teksi Kuala Lumpur (Plat HW) yang berwarna hitam kuning ini digunakan sekitar tahun 1980an. Untuk pengetahuan adik-adik, teksi dahulu ada satu warna sahaja iaitu hitam kuning. Oleh itu dari jauh kelihatan seperti teksi, bukan kereta ketua parti, jiran atau kereta makcik anda :) Kalau anda perasan, iklan Kickapoo Joy Juice di atas bumbung teksi ini serupa dengan iklan 'Celcom Broadband' yang kita nampak sekarang. Konsep ini dah lama digunakan rupanya.

HW2747

HW3470

Monday 22 March 2010

Bryant & May's Ships's Lifeboat Matches circa late 1940's to early 1950's

Semalam saya ke Amcorp Mall dengan kawan, mulanya nak 'survey' jam lama tapi satu-satunya barang yang dibeli ialah BRYANT & MAY'S SHIP'S LIFEBOAT MATCHES (Approved by Board of Trade). Apa yang menarik tentang mancis ini ialah bekas bakerlite screw topnya yang waterproof. Mancisnya juga boleh bertahan lama semasa dibakar (rugi rasanya nak test sebatang tapi saya dpt info ni online).

Mancis ini digunakan pada lewat tahun 1940an dan awal tahun 1950an oleh P&O Liners. Saya bukanlah pengumpul barangan mancis tetapi ianya menarik dijadikan koleksi :)

Lihatlah 'TO IGNITE MATCHES STRIKE ON GROOVED SURFACE'. Jika ditakdirkan anda karam di tengah lautan seperti filem Titanic, mancis ini boleh digunakan untuk menyala lilin, menghantar isyarat, memanaskan badan, mengasap rokok atau apa sahaja. Leonardo DiCaprio mungkin selamat kalau ada mancis ini :)

Bryant & May ialah sebuah syarikat yang khusus dalam pembuatan mancis di United Kingdom dan mereka mula beroperasi pada pertengahan abad ke 19.

Saturday 20 March 2010

Green Spot Thermometer 1970's

'Thermometer' Green Spot 'made in USA' ini digunakan pada tahun 1970an. Thermometer yang memakai slogan 'Everyone Enjoys...' ini menggunakan kedua-dua sukatan suhu 'Fahrenheit' dan 'Celsius'.

Saya menjumpai thermometer ini bersama-sama thermometer Green Spot tahun 1950an (Sila lihat 'post' saya sebelum ini). Semasa dijumpai, thermometer ini masih disimpan dalam kotak asal. Saya bernasib baik kerana model ini saya jumpa satu keping sahaja.

Bagi saya, barangan hasil buruan biasanya lebih puas dari yang kita beli di kedai walaupun barang itu kurang bermutu dari segi 'value' tapi ada nilai sejarahnya. Selain daripada mendapat barang percuma untuk koleksi, saya juga telah menyelamat barang ini daripada hilang begitu sahaja akibat mangsa buangan, mangsa barangan recycle, mangsa vandalisma atau mungkin mangsa dek cuaca. Bagi yang suka mencari barangan 'collectibles', bukankah ini suatu hobi yang murni? :)

Condition Guides

Apakah definisi atau barangan yang jatuh dalam kategori Mint? Kebanyakan di antara kita dan termasuk saya sendiri menyalah gunakan kategori Mint untuk barangan kita. Selepas membaca post ini anda mungkin sukar mengkategorikan barangan anda sebagai Mint :) Mengikut buku Allan Petretti berjudul 'Petretti's Soda Pop Collectibles Price Guide (The Encyclopedia of Soda Pop Collectibles Third Edition)', Mint ada tiga (3) jenis, mari kita kaji bersama:

Mint (Grade 10) # Investment potential: The Best
New condition, unused, flawless, no visible marks or scratches. There is no middle ground in this category: it's either perfect or it's not. You can't say, "It's Mint, but it has a scratch." Mint means perfect.

Near Mint + (Grade 9.5 / 9.8) # Investment potential: The Best
This area is as close as to mint as you can get. Only the most insignificant of problems or a manufacturer's flaw.

Near Mint (Grade 9) #I nvestment potential: Super
Very minor or slight marks, chips, or scratches, or a minor tear (on paper). Nothing that would seriously detract from the color or beauty of the piece. This is the category that is most often misused.

Ada beberapa kategori seterusnya seperti Excellent +, Excellent, Very Good, Good, Fair, Poor, dan terakhir sekali ialah Worthless. Anda sudah tentu tidak mahu barang anda Worthless :) Jadi sebelum kita cakap barang kita Mint, fikir dulu adakah betul-betul Mint atau saya dan anda sendiri yang perasan* ia Mint.

* Tapi kalau semua dah syok dan perasan abis barangan sendiri Mint, si Allan Petretti pun tak boleh nak carik makan kat sini, hehe. Malaysia Boleh!

Thursday 18 March 2010

1950's Green Spot Thermometer

'Thermometer' atau alat menyukat suhu jenis '22 M F' ini adalah buatan U.S.A. sekitar lewat 1950an yang menggunakan suhu sukatan Kelvin (Simbol K). Ianya berlainan dengan penggunaan Celsius dan Fahrenheit.

Saya menjumpai 'thermometer' ini beberapa tahun lepas semasa operasi mencari botol. Semasa ditemui, ianya masih berada dalam kotak asal yang hampir reput dan dibaluti kertas minyak. Sehelai kertas keterangan mengenai penggunaannya juga dijumpai dalam kotak. Beberapa keping telah saya jual dan kebanyakannya mungkin berada di tangan rakan-rakan collector sekarang. Saya pernah ditanya kenapa 'condition'nya masih cantik dan ada juga yang ragu-ragu barangan 'repro' :) Ianya bukan 'reproduction' kerana seluruh badan saya diserang Aedes dalam operasi tersebut, syukurlah tidak dijangkiti Denggi. Susah nak jumpa barangan 'repro' di tempat seperti ini :)

Made in U.S.A.

22 M F