'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Friday, 18 May 2012
Tuesday, 17 April 2012
Lepaking at Sundays, Bangsar part 1
Kedai di Bangsar ini agak menarik kerana mereka menjual reka bentuk dalaman berunsur industrial. Malam itu agak gelap disebabkan 'Earth Hour' di seluruh Malaysia.
'French postal desk' yang berharga RM15,659 ini mungkin dari era 1950an. Drew Pritchard (Salvage Hunters) ada menjual meja yang serupa pada harga £1500 iaitu lebih kurang RM7,300.
Tempat duduk 'swing out' yang beroda, menariknya kerusi ini disatukan dengan meja.
Rak sebegini dipanggil 'pigeon holes' tetapi bukan untuk meletak burung merpati! :)
Tangga besi berputar yang dipasang menggunakan skru.
'Antique dentist furniture metal chest marble top' ini berharga RM25,599. Dengan mudahnya anda boleh membayar 'down payment' kereta BMW 3 Series Sedan atau mungkin kereta Volkswagen Scirocco!
Lampu lantai jenama Jielde ini berharga RM9900. Lampu ini direka oleh Jean-Louis Domecq sekitar 1950an.
Walaupun harganya 'meletop', kabinet doktor gigi ini sangat cantik buatannya.
Ini pula peti surat kayu dari France yang berharga RM12,559.
'Sodap jer aku tangkap gambo!' :)
Wednesday, 11 April 2012
Wednesday, 28 March 2012
Tuesday, 27 March 2012
Fraser and Neave Campbell Road
Pada awal bulan September 1903 Fraser and Neave Ltd. telah membeli 2 ekar tanah di Campbell Road untuk pembinaan kilangnya di Kuala Lumpur. Campbell Road telah ditukar name kepada Jalan Dang Wangi. Dimana agaknya tapak asal kilang Fraser and Neave di Jalan Dang Wangi ini?
Monday, 26 March 2012
1977 Matchbox Superfast
Hasil selongkar stor rumah keluarga di Kuching, Sarawak saya menjumpai beberapa mainan die-cast lama kepunyaan abang saya. Diantaranya ialah Matchbox Superfast dari Lesney Products & Co. Ltd., Made in England. Pada penghujung 1970an syarikat Lesney mengalami kerugian dan diistiharkan muflis pada June 1982.
No. 13 Snorkel Fire Engine © 1977
Sunday, 25 March 2012
Chip but nice!
Sedikit retak, kedua-dua botol ini dibeli pada harga RM150 (RM120 + RM30) sahaja dan yang penting gulinya masih berirama! Cheap but nice...
Saturday, 24 March 2012
SAF Display drinking glass
Gelas SAF Display (Singapore Air Force Display) ini ditaja oleh F&N sempena sambutan kemerdekaan Singapura yang ke 17 pada tahun 1982. Perayaan ini disertai 36 buah pesawat udara RSAF termasuk 9 buah jet F-5. Singapura pernah kehilangan 2 buah pesawat Northrop F-5 (F-5E) dalam 2 kemalangan berasingan pada tahun 1984 dan 1991.
Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew berbincang mengenai rundingan Singapura-Malaysia ke atas bekalan air dan gas pada 23 Ogos 1982.
Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew berbincang mengenai rundingan Singapura-Malaysia ke atas bekalan air dan gas pada 23 Ogos 1982.
Labels:
Fraser and Neave,
Singapore,
Tun Mahathir Mohamad
Friday, 23 March 2012
Thursday, 22 March 2012
The sword that slashed J.W.W Birch
Sedikit mengenai sejarah Melayu. Pedang ini dikatakan telah digunakan dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada tahun 1875. R.J. Wilkinson dalam bukunya Papers On Malay Subjects mencatitkan 'A spear was thrust through the tin thatch partition, and Mr. Birch was seen to fall into the water. He rose to the surface, was slashed at with a sword, and then sank finally'. Untuk melihatnya sendiri, pedang ini ada dipamerkan di Muzium Negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)