'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Showing posts with label Advertising Tins. Show all posts
Showing posts with label Advertising Tins. Show all posts
Friday, 9 March 2012
Friday, 23 April 2010
Canning Vale Market in Perth, Western Australia
Kalau anda berpeluang melawat Perth, jangan lupa ke Canning Vale Market kerana pasar ini mempunyai variasi barangan terbesar di Western Australia. Tidak kurang dari 5000 orang datang ke flea market ini setiap kali. Gambar ini diambil semasa saya berada di flea market tersebut pada tahun 2005.
Seperti ayam terlepas kandang, hanya ini yang sempat diambil kamera digital untuk dikongsikan. Masa ini saya belum mempunyai blog jadi tidak banyaklah gambar yang diambil. Gambar botol tidak pula diambil! Botol yang dijual penuh satu meja sampai penat membelek, ada juga diantara botol-botol yang mereka gali dari tanah. Botol codd, torpedo, bowling semuanya ada, yang takde botol kicap jer. Harga pula ada yang murah dan ada yang berapi tapi yang paling best ada tanda harga masing-masing, di sini tidak tengok baju atau bulu.
Datang sini hati kena tenang, jangan gopoh, tarik nafas pelan-pelan... rasanya saya seorang kaki botol di situ, kalau ada 2-3 orang lagi, maunya berebut, bersilang tangan dan bersilat pula! :)
Papan iklan enamel 'Lux' A product of Lever Brothers Limited sememangnya meleleh dan tin Caltex Home Kerosine pun boleh dibuat bantal peluk! :) Papan iklan enamel merata-rata tapi hanya ini yang sempat diambil gambar. Ambil gambar yang lebih, belinya kurang! (Harga agak tinggi) :) Untuk pengetahuan kawan-kawan, di sini tidak digalakkan untuk meminta discount berlebihan seperti di Malaysia. Kenalah ada caranya, orang putih akan tersinggung kalau kita meminta discount. Saya pernah disindir beberapa kali, mana taknya awal-awal dah tanya "Any discounts"? Maunya kena pelangkung dengan signboard! Biasalah orang kita, benda RM5 pun boleh minta kurang lagi! :) Seperti kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Seperti ayam terlepas kandang, hanya ini yang sempat diambil kamera digital untuk dikongsikan. Masa ini saya belum mempunyai blog jadi tidak banyaklah gambar yang diambil. Gambar botol tidak pula diambil! Botol yang dijual penuh satu meja sampai penat membelek, ada juga diantara botol-botol yang mereka gali dari tanah. Botol codd, torpedo, bowling semuanya ada, yang takde botol kicap jer. Harga pula ada yang murah dan ada yang berapi tapi yang paling best ada tanda harga masing-masing, di sini tidak tengok baju atau bulu.
Datang sini hati kena tenang, jangan gopoh, tarik nafas pelan-pelan... rasanya saya seorang kaki botol di situ, kalau ada 2-3 orang lagi, maunya berebut, bersilang tangan dan bersilat pula! :)
To Hand Operate (AU$15)
Labels:
Adventure,
Advertising Tins,
Australia,
Signs,
Smoking Accessories,
Soda
Sunday, 4 April 2010
Fanny Farmer Candies Tin Toy Friction Truck
Fanny Farmer diperkenalkan oleh Frank O'Connor di Rochester, New York pada tahun 1919. Nama ini diambil sempena seorang pakar tukang masak bernama Fannie Farmer yang meninggal dunia 4 tahun sebelumnya.
Saya tergerak untuk membeli lori mainan ini di Amcorp Mall semalam kerana ianya 'Made in Japan' dan harganya agak berpatutan. Setelah melayari internet, harga lori mainan ini berkali ganda dari harga yang saya beli.
Fanny Farmer CANDIES Tin Toy Friction Truck warna merah dan putih ini digunakan sejak tahun 1950an sebagai bekas gula-gula. Fanny Farmer adalah syarikat pengilang dan peruncit gula-gula di Amerika. Ada karat sana sini tapi rasanya boleh diperbaiki. Ukuran panjang 8 ¼", tinggi 3 ¾", dan lebar 3 ¼".

Fanny Farmer CANDIES FOR BOYS AND GIRLS
Pintu belakang lori boleh dikunci dan dibuka untuk menyimpan gula-gula.
MADE IN JAPAN
Fanny Farmer CANDIES Famous For Quality
Wednesday, 31 March 2010
Planta Margarine Tin Can
'One man's trash is another man's treasure'. Apa yang tidak bernilai untuk seseorang mungkin berguna untuk orang lain, inilah contoh terbaik barang yang saya maksudkan :) Tin Planta Margarine ini mungkin digunakan di Malaya sebelum Merdeka. Tin seperti ini sukar ditemui kerana kebiasaannya ia akan dibuang selepas dipakai. Kalau seperti tin lain yang ada penutup, ia mungkin diguna semula untuk menyimpan barang atau makanan lain. Sebab itulah kita masih boleh nampak tin-tin biskut dan minuman susu tepung kerana tinnya boleh disimpan untuk menyimpan barang.
Planta Margarine ini dibuat di Malaya untuk VAN DEN BERGHS (EXPORT) LTD. LONDON E.C.4, ENGLAND. Planta dihasilkan oleh syarikat Unilever dan ia adalah marjerin yang pertama diimport ke Malaya pada tahun 1930.
Di antara penyebab tin ini selamat hingga ke hari ini ialah kerana lubang-lubang kecil yang ditebuk di tin supaya ia boleh digunakan sebagai penyiram pokok-pokok kecil di halaman rumah. Terima kasih kepada insan yang kreatif ini :)

Subscribe to:
Posts (Atom)