Semasa ke Saigon, saya sempat memburu barangan soda di sana. Di antara barang yang dibeli ialah tin Schweppes 13 FL OZ jenis 'flat top' yang digunakan semasa Perang Vietnam dari tahun 1955 hinggalah ke penghujung dekad itu (kemungkinan juga masih digunakan sehingga tahun 1960an). Soda Water ini diexport khas dari Australia untuk kegunaan askar Amerika. Ianya masih mengandungi minuman dan keadaannya sedikit kemek, terpulanglah kepada anda untuk berimaginasi. Tin yang diperbuat dari 'steel' ini memerlukan 'can opener/church key' atau peralatan tajam untuk dibuka. Kalau anda mahir menggunakan 'metal detector', agaknya banyak lagi tin yang boleh dijumpai di sana, itu pun kalau anda berani!
'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Showing posts with label Schweppes. Show all posts
Showing posts with label Schweppes. Show all posts
Monday, 20 September 2010
Friday, 23 April 2010
The Curio Warehouse, Guildford # Episode 1 of 4
The Curio Warehouse merupakan sebuah gudang antik di Guildford, Western Australia. Gambar ini diambil pada musim bunga 14 September 2005. Pemilik tiada masaalah bila saya mengambil gambar gudangnya, malah dengan selamba menghilangkan diri di bangunan berdekatan, sempat dia berpesan kalau ada soalan, panggil sahaja atau dengan erti kata lain jerit! Bayangkan situasi anda berseorangan di gudang ini :) Penerbangan ke Perth hanya mengambil masa lima jam dari Kuala Lumpur, apa yang anda fikirkan? :)
Walaupun kedai ini tidak memberi sebarang potongan harga, ianya agak berpatutan*. Botol codd boleh dibeli pada AU$25, lebih kurang RM75. Botol Coca-Cola warna hijau dalam AU$5, lebih kurang RM15. Kalau anda beli lebih, si tuan punya gudang yang seiras penjajah Inggeris ini secara automatik memberi 'discount'. Nasihat saya, elakkan dari meminta 'discount' secara mendadak kerana anda akan terasa dijajah selepas bertanya soalan cepu emas seperti ini. Saya pernah terkena banyak kali semasa menjadi penuntut di sana :)
* Harga pada tahun 2005.

Tangki pemadam api
Tangki pemadam api Quell Mark II
Papan iklan Sunkist Orange Crush (Drink in the Sun). Kalau anda inginkan pengalaman dijajah, tanyalah soalan seperti "sign ini 'original' ke?" :)
The Curio Warehouse
Pam minyak Golden Fleece (H.C. Sleigh). No food or drink in the shop please.
Botol Coca-Cola, Schweppes, dan soda beraneka jenis
Thursday, 11 March 2010
Schweppes Ltd. Order Book
'ORDER BOOK' (Duplicate Post Card) Schweppes Ltd. ini pernah digunakan pada awal tahun 1940an atau mungkin lebih awal lagi.
Pada tahun 1897, J. Schweppe & Co. telah menukar nama menjadi Schweppes Ltd. Ginger Beer adalah product terbaru Schweppes pada tahun 1898. Pada permulaan tahun 1900an Schweppes telah menjenamakan diri mereka sebagai minuman berkualiti tinggi bagi golongan kelas atasan dan mereka yang berada.

Subscribe to:
Posts (Atom)