Showing posts with label Bottle Carriers. Show all posts
Showing posts with label Bottle Carriers. Show all posts

Saturday, 6 June 2015

Mackays Aerated Waters

Terletak di Money Street, Perth, Mackays Aerated Waters Factory ditubuhkan pada tahun 1928. Mereka merupakan salah satu daripada beberapa syarikat tempatan pengeluar minuman ringan yang berkembang pesat di Australia Barat pada awal abad ke-20 sebelum didominasi pasaran syarikat-syarikat multinasional seperti Coca-Cola.

Friday, 13 August 2010

Ternyata kehebatannya!

Photo ini diambil oleh Ternyata Kehebatannya di facebook. Perasaan saya pelik campur gembira bila alam 'cyber' memasuki alam realiti, beginilah 'mood'nya bila berjumpa dengan rakan-rakan bloggers di Amcorp Mall hujung minggu lepas. Berbagai jenis barangan Coca-Cola dan soda yang ada, rasanya tidak puas untuk meneliti setiap barangan yang ada. Tidak dilupakan juga saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang menyokong dan yang sudi membeli barangan kami, andalah yang terhebat!

Thursday, 15 July 2010

Carry Happiness Home

Banyaknya Coca-Cola, gambar ini diambil di sebuah pasaraya Australia pada bulan Mac lalu. Saya berminat dengan 'packaging' Coca-Cola (375ml can pack) ini yang ada selipar jepun. Kalau nak, kenalah beli satu kotak tetapi siapa yang nak minum? Bila dah sampai sini menyesal tak beli :)

Saturday, 5 June 2010

Coca-Cola 24 Bottle Wooden Carrier 1979

Peti kayu Coca-Cola ini pernah digunakan di negara kita sejak 1979. Pada peti ini tertera 'Minum-lah Coca-Cola TRADE MARK REGD'. Seperti seluar jeans Levi's yang lusuh, peti kayu Coca-Cola buruk pun boleh menjadi kegilaan di kalangan kita. Bagi saya pula, sebelum dapat yang elok, kita simpan yang buruk dulu.

Monday, 31 May 2010

Sinalco 24 Bottle Wooden Carrier from the early 1980's

Peti kayu 'Drink Sinalco World Famous' ini pernah digunakan di Kuching, Sarawak sejak 1981 untuk mengangkat 24 biji botol Sinalco 250ml. Keadaan kayunya masih kukuh lagi, memang teruja bila dapat menyelamatkan secebis barangan 'soda' seperti ini :)

Beverages Sdn. Bhd., Kuching

Wednesday, 19 May 2010

Soda Bottle Hunting again

Gambar yang saya postkan semalam diambil oleh seorang wartawan akhbar tempatan yang turut menemani saya ke lokasi. Ini pula gambar yang diambil melalui telefon bimbit saya.

Bagi pemburu dan penyelamat botol ayer lamned yang serius, diantara peralatan yang wajib dibawa bersama ialah kamera walaupun hanya kamera telefon bimbit. Kadangkala apa yang kita lihat tidak mampu dibawa balik, cukuplah dengan membawa balik gambar sebagai rekod.

Tuesday, 18 May 2010

Headhunting for Bottles

Pada Jumaat lepas saya memburu botol di sebuah kilang air soda lama di Sarawak. Selepas mengambil pas sekuriti saya dibenarkan untuk meneruskan misi pencarian botol-botol soda lama. Kadangkala kita dikelilingi oleh ratusan atau ribuan botol air soda dan apa yang dicari tak semestinya ada tapi itulah keindahan yang ada pada hobi ini :)

Saya pelajari tayar lori tidaklah seringan yang disangka :)

Monday, 10 May 2010

Green Spot 24 Bottle Wooden Carrier from the late 1950's - 1960's

Peti kayu Green Spot Pasteurized Fruit Ades Not Carbonated ini mungkin pernah diguna seawal tahun 1958. Pada tarikh 30 Disember 1957, Green Spot (Borneo) Ltd. telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak. Oleh itu, peti kayu Green Spot (Borneo) Ltd. ini mula dipakai semenjak kilang mereka beroperasi pada tahun 1958. Pada masa itu Sarawak masih dibawah naungan British dan kemungkinan seawal tahun 1963 mereka telah menukar nama menjadi Green Spot (Borneo) Bhd. Pada pendapat saya peti Green Spot (Borneo) Bhd mula dipakai seawal 1963 apabila Sarawak menyertai Malaysia.

Peti kayu ini sudah tidak mampu mengangkat 24 biji botol air soda tetapi kayu usang ini masih mampu mengangkat suatu warisan sejarah yang masih tidak diketahui umum. Ianya mempunyai suatu tinggalan warisan yang mungkin hanya difahami segelintir peminat ayer lamned :)


Friday, 23 April 2010

The Curio Warehouse, Guildford # Episode 3 of 4

Tin Shell (1955 - 1961) dan Caltex

Sign Shell (1961 - 1971)

Peti kayu jenama Schweppes

Coca-Cola cooler

Botol codd

The Curio Warehouse, Guildford # Episode 1 of 4

The Curio Warehouse merupakan sebuah gudang antik di Guildford, Western Australia. Gambar ini diambil pada musim bunga 14 September 2005. Pemilik tiada masaalah bila saya mengambil gambar gudangnya, malah dengan selamba menghilangkan diri di bangunan berdekatan, sempat dia berpesan kalau ada soalan, panggil sahaja atau dengan erti kata lain jerit! Bayangkan situasi anda berseorangan di gudang ini :) Penerbangan ke Perth hanya mengambil masa lima jam dari Kuala Lumpur, apa yang anda fikirkan? :)

Walaupun kedai ini tidak memberi sebarang potongan harga, ianya agak berpatutan*. Botol codd boleh dibeli pada AU$25, lebih kurang RM75. Botol Coca-Cola warna hijau dalam AU$5, lebih kurang RM15. Kalau anda beli lebih, si tuan punya gudang yang seiras penjajah Inggeris ini secara automatik memberi 'discount'. Nasihat saya, elakkan dari meminta 'discount' secara mendadak kerana anda akan terasa dijajah selepas bertanya soalan cepu emas seperti ini. Saya pernah terkena banyak kali  semasa menjadi penuntut di sana :)
* Harga pada tahun 2005.

Tangki pemadam api

Tangki pemadam api Quell Mark II

Papan iklan Sunkist Orange Crush (Drink in the Sun). Kalau anda inginkan pengalaman dijajah, tanyalah soalan seperti "sign ini 'original' ke?" :)

The Curio Warehouse

Pam minyak Golden Fleece (H.C. Sleigh). No food or drink in the shop please.

Botol Coca-Cola, Schweppes, dan soda beraneka jenis