Friday 30 April 2010

Junction of High Street & North Bridge Road, Singapore

Poskad era Straits Settlements ini menunjukkan persimpangan High Street & North Bridge Road, Singapore. Kalau anda ke Singapura, jalan ini masih wujud tetapi bangunannya telah dirobohkan. Ada baiknya kita mengekalkan binaan lama di negara kita, jangan hanya tinggal gambar sahaja. Sumber: National Archives of Singapore.

National Practical Leadership Course 1980

National Practical Leadership Course 1980 ini telah dianjurkan oleh Young Malaysian's Movement Malaysia (Pergerakan Pemuda Malaysia). Kursus 5 hari ini diadakan pada 9 hingga 13 Ogos 1980 dan ditaja oleh Kickapoo Joy Juice dan juga Sinalco.

Thursday 29 April 2010

ARGO Bottle

Pagi tadi kawan saya menghantar MMS gambar botol ini dari kampung neneknya di Johor. Jenama ARGO sudah wujud sejak 1892 dan mereka terkenal dengan pengeluaran 'corn starch'. Saya kurang pasti bila botol ini digunakan, tengoklah bila ia di tangan saya nanti. Mengikut cerita kawan saya lagi, ada banyak botol bertimbun di belakang rumah neneknya. Yang paling menarik katanya Coca-Cola embossed pun ada! Syukurlah kawan saya ini hanya mengumpul antique Swiss watches :)

Volkswagen Kombi Type 2 (T2)

Gambar ini diambil pada 7 Mac 2005 di Surfers Paradise. Saya sangat suka dengan Volkswagen Kombi, ini ialah jenis VW Type 2 (T2) yang dikeluarkan di Germany sejak lewat 1967 hingga 1979. Kenderaan ini sesuai untuk hobi pencarian botol di serata tanahair. Nak gunakan kayak masuk sungai pun boleh :)

Wednesday 28 April 2010

Kedai Makanan Sun Wah in 1975

Gambar ini diambil pada 2 September 1975 di Kedai Makanan Sun Wah. Papan iklan kedai ini ditaja oleh Sinalco dan Kickapoo Joy Juice. Untuk pengetahuan kita bersama kurang dari seminggu sebelum gambar ini diambil, Tugu Negara Malaysia telah dibom oleh pengganas komunis pada 27 Ogos 1975.

Restoran Sri Londang, Melaka

Gambar ini diambil pada 19 Februari 2005, saya dan tiga rakan sekerja memandu ke Melaka dengan misi pencarian barangan collectibles. Pada hari itulah buat pertama kalinya dan kemungkinan juga kali terakhir kami tidur di Hotel Bajet RM20 semalam! Dalam perjalanan, kami singgah di Kedai Makanan dan Minuman Restoran Sri Londang. Selain makanan, ini yang kami nampak...

Saya hanya menjadi 'co-pilot' pada misi kali ini. Di antara kelebihan 'co-piloting' ialah memejamkan mata sepanjang perjalanan.

Saya cukup suka makanan sempoi seperti siput sedut, sayur petola rebus dan ikan tenggiri masak assam, cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi kalau anda tengah kebulur.

Hiap Seng Seafood early 1970's

Gambar ini diambil sekitar awal 1970an di Restoran Makanan Laut Hiap Seng. RC Cola sangat mengambil berat tentang jenama mereka, kelihatan seorang pekerja sedang tekun mengecat rangka papan iklan 'Minumlah Royal Crown Cola'. Lukisan ketam, udang dan ikan seperti ini selalu digunakan pada kebanyakan restoran Cina makanan laut.

Tuesday 27 April 2010

Restoration Thrill

Di antara thrill dan hiburan bagi seseorang collector ialah membersih koleksi yang dah berkerak! Biarlah gambar ini sendiri yang menjelaskan maksud saya :)

Monday 26 April 2010

Kelang Football match in the late 1970's

Sempena meraikan World Cup 2010 yang akan diadakan 11 Jun ini, sekali lagi saya postkan gambar berkaitan bolasepak. Diharap semua rakan bloggers tidak bosan dengan paparan gambar ol skool saya selama ini :) Sebenarnya saya belum berkesempatan mengambil gambar koleksi, InsyaAllah akan saya postkan dalam masa yang terdekat.

Untuk kali ini pula ialah gambar penyokong atau mungkin penganjur sebuah perlawanan bolasepak di Kelang pada lewat tahun 1970an. Kelang merupakan ejaan lama bagi Klang. Perlawanan bolasepak ini telah ditaja oleh Kickapoo Joy Juice. Perhatikan botol jernih/clear Kickapoo masih lagi digunakan pada masa ini bersama dengan botol Kickapoo warna hijau yang lebih baru.

Di belakang kelihatan Volkswagen Type 2 generasi pertama dengan 'split windshield'

Sunday 25 April 2010

Team Royal Crown Cola Berkeley late 1970's

Sempena World Cup 2010, posting saya kali ini menunjukkan gambar Team Royal Crown Cola Berkeley (Kelang) sekitar lewat 1970an. Pastinya permainan futsal belum ada lagi :) Kalau dilihat pada jersey, seluar singkat ala ol skool dan gaya fesyen rambut memang mengerikan tapi 'skill' belum tau lagi :)

Agaknya pada zaman inilah Argentina menjadi tuan rumah kepada FIFA WORLD CUP 1978 yang menyaksikan perlawanan akhir diantara tuan rumah dengan negara susu dutch lady Netherlands. Perlawanan ini berpihak kepada Argentina 3-1. Penerima anugerah Golden Boot pada masa itu ialah Mario Kempes dari Argentina.

Saturday 24 April 2010

Bottles at the Western Australian Museum

Gambar ini diambil pada 9 September 2005 di Western Australian Museum yang terletak di Perth Cultural Centre. Seperti yang telah dipamerkan di muzium ini, botol juga merupakan 'artefact' sejarah yang tidak dipandang remeh. Kumpulan botol yang paling saya suka sudah tentulah aerated water dan cordial bottles. Saya pernah bercadang untuk membuat 'display' seperti ini untuk koleksi peribadi saya, nampaknya impian masih belum tercapai! Mungkin anda boleh melakukannya :)

Bottles

Aerated water and cordial bottles

Beer and spirit bottles

Jars and preserving bottles

7. Codd Bottle, 1920s - 1930s CH89.1032d - donated by Dom Serventy
8. Codd Bottle, about 1890 CH71.188a - donated by Mr L. Brown

14. Hamilton Bottle, 1880s CH75.110b
9. Pepsi Cola Bottle, 1990s H90.204 - donated Ms P.Garrick

1. 'Horlick's Malted Milk' Jar, early 20th century CH261 - donated by Mr Don Crook

Domestic bottles

Wine bottles


The state's museum is a six-headed beast, with branches also in Fremantle, Albany, Geraldton and Kalgoorlie. This one includes dinosaur, mammal, butterfly and bird galleries, a children's discovery centre , and excellent displays covering Indigenous and colonial history.

In the courtyard, set in its own preservative bath, is Megamouth, a curious-looking species of shark with a soft, rounded head. Only about five of these benign creatures have ever been found; this one beached itself near Mandurah, south of Perth.

The museum complex includes Perth's original gaol, built in 1856 and used until 1888 – the site of many hangings.

Friday 23 April 2010

The Curio Warehouse, Guildford # Episode 4 of 4

Papan iklan berlampu Shell (1961 - 1971)

Pam minyak Golden Fleece (H.C. Sleigh)

Estbd. 1897 (S.B.Devenish & Sons)

Estbd. 1894 (J.H.Tindale Apothecaries' Hall)

The Curio Warehouse, Guildford # Episode 3 of 4

Tin Shell (1955 - 1961) dan Caltex

Sign Shell (1961 - 1971)

Peti kayu jenama Schweppes

Coca-Cola cooler

Botol codd