Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

Muzium Negara sebelum Ramadan

Petang tadi saya melawat Muzium Negara, ini yang sempat direkod menggunakan kamera telefon. Meriam Lela adalah sejenis senjata yang digunakan di Alam Melayu. Kebanyakannya dihasilkan di Brunei, Johor Lama, Terengganu dan Pahang. Bermotifkan pucuk rebung, ia diperbuat daripada tembaga dengan saiz yang sederhana supaya mudah diangkat atau dibawa. Saya ada menyimpan meriam yang serupa di Sarawak. Good reading: http://www.acant.org.au/Articles/MalayCannons.html


Panel pintu berayat ini diperbuat daripada kayu jati, diukir indah dengan motif bunga-bunga renik, berwarna keemasan. Pada bahagian atas dan tengahnya diukir dengan kaligrafi Arab dari ayat-ayat suci Al-Quran. Anggaran usia sekitar 150 hingga 200 tahun.


Celepa emas (tobacco box) berbentuk bintang pecah sepuluh seperti sekuntum bunga. Permukaannya ditatah dengan permata jernih dan butiran manik-manik emas. Pernah dimiliki oleh Kerabat Diraja Sultan Zainal Abidin I Terengganu (1725-1733).


The Battle of Cape Rachado


Exhibit quality varies, but overall this museum offers a rich look at Malaysian history. The best exhibits are Early History, with artefacts from neolithic and Bronze Age cultures; and The Malay Kingdoms, which highlights the rise of Islamic kingdoms in the Malay Archipelago.

Sunday, 7 June 2015

Lian Hong Kuala Lumpur

Mengikut sejarah, botol yang diimport oleh Johnsen & Jorgensen jenama Lian Hong Kuala Lumpur ini dipercayai sekitar 1920an. Wilhelm M.Johnsen dan Johan Jorgensen terbabit dengan kerja-kerja pengeluaran kaca di London. Kedua-duanya pendatang dari Norway.

Kuala Lumpur sekitar 1920an

Saturday, 6 June 2015

Ice Water Stall, Kuala Lumpur

Ice water stall in Kuala Lumpur. Notice the codd bottles?

Friday, 16 March 2012

Please take my card!

"Halo, don't just hOi!... me! My name is Hoi, Tan Eng Hoi, please take my card!" :)

Friday, 25 February 2011

Royal Crown Cola Function in 1973

Cuba bayangkan secara kebetulan anda salah seorang peserta yang hadir pada majlis ini, sudah tentu barangan seperti 'inflatable display bottle', kain rentang, jam dinding, poster, 'sticker', 'paper cup', dan botol soda jenama Royal Crown Cola kesemuanya diangkut balik ke rumah :) Kalau betul anda membawanya ke rumah, 38 tahun bukanlah masa yang singkat. Masih ada lagikah anda menyimpannya? Saya pasti 'collector' yang membaca 'posting' saya ini ada yang tersenyum lebar :) Gambar ini diambil pada 13 Jun 1973 di Hotel Merlin, Kuala Lumpur.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), 'inflatable display bottle' vinyl yang berketinggian 6 kaki (Kod no. 1325) bernilai US$7.95 dan yang berketinggian 29" (Kod no. 1326) hanyalah bernilai US$2.

Hotel Merlin, Kuala Lumpur

Wednesday, 10 November 2010

Thornycroft Lorries in Malaya 1919 - 1926

Satisfied customers
The following sections summarise Thornycroft sales announcements in contemporary issues of The Commercial Motor journal. The announcements do not necessarily include all Thornycroft lorry sales, and site visitors seeking more extensive and detailed sales information are asked to refer to the Thornycroft sales register, held at the Milestones Living History Museum in Basingstoke, Hampshire. Orders announced in The Commercial Motor include lorries, buses, coaches, vans and municipal vehicles etc. However, the summaries below include freight lorry and petrol tanker sales only. In some cases, chassis are sold, and it is not always clear whether these are to be fitted with lorry, bus, etc bodies by their users. Chassis whose applications are unknown are included in the summaries below.

John Towlson's hinged-sided 40hp Type X

Orders for Thornycrofts, 13 June 1922
Thornycroft has been taking orders despite the trade depression, and is now feeling the benefits of improving conditions. The firm recently received orders for two Type BT tipping wagons for the Dumbarton County Council, three Type J tippers for the Derbyshire County Council, two Type J chassis to the Shanghai Municipal Council and three Type BT 2 ton (2,032kg) chassis to the Kuala Lumpur Sanitary Board.

Thornycrofts in Kuala Lumpur, 12 February 1924
The Type BT 2 ton (2,032kg) chassis for the Kuala Lumpur Sanitary Board mentioned on 13 June 1922 have been averaging 1,000 miles/month (1,609km/month) over 18 months, with good reliability.

Haulage contractor J Robotham of Leicester ran this hinged-sided 40hp Type J

This 40hpType J brewery lorry served Thomas Wethered & Son, Marlow.

Sales and service centre in Singapore, 28 April 1925
A Thornycroft sales and service centre, managed by Mr Merton H Brown, has recently been set up at Singapore to handle Thornycroft sales in Malaya and other markets.

A plain lorry platform bodied 40hp Type Q of Threlfall's Brewery, Liverpool.

© Copyright Hampshire County Council

Tuesday, 9 November 2010

Sammy Scott Aerated Water, Kuala Lumpur

Sempena lawatan H. R. H. The Prince of Wales ke Selangor maka lahirlah buku cenderahati 'ByGone Selangor' oleh 'Rimba' yang dikeluarkan pada 26 Mac 1922. Buku ini ada menceritakan seorang kenamaan Eropah yang bernama "Sammy" Scott. Sammy yang berasal dari Scotland telah menetap di Malaya sejak 1880an lagi. Yang menariknya, sebagai seorang ahli kimia terkenal, beliau merupakan orang yang pertama membuka kilang ais dan aerated water di Kuala Lumpur. Di kilang Brickfields, Sammy berjaya menghasilkan berbagai jenis minuman tetapi tidak membuahkan keuntungan dan beliau sendiri terpaksa menutup perniagaan tersebut. Tidak dijelaskan jenama dan mengapa aerated water Sammy Scott tidak begitu popular di Kuala Lumpur pada masa itu. Hari ini kalau anda ke Brickfields, anda akan menjumpai jalan yang dinamakan Jalan Scott :)

Local Notabilities # We still are glad to have among us "Sammy" Scott, the well known Chemist who opened about the first ice works and aerated water factory in Kuala Lumpur on the Brickfields Road where there is a road named after him. He regaled us with such rare drinks as potash, lithia and seltzer waters, sparkling fever tonic etc; but it is surprising to relate that neither the ice works nor the pop factory paid, and had to be reluctantly closed down by "Sammy". His last "pill" shop as a Cash Chemist was at the junction of High and Klyne Streets and he sold out only a few years ago, and was much missed in the business life of the city, which he enlivened with his canstic wit and ready humour. We wish him long life as he did a deal of good quietly and was a very sincere friend. He is about one of the oldest European residents and has never been back to Scotland since he came out in the eighties. He recently went to Australia for a few months.

Gambar hiasan (© Copyright Hampshire County Council). Kenderaan serupa jenis 'Thornycroft' yang mungkin digunakan di Kuala Lumpur pada era itu.

Thursday, 8 April 2010

Fraser & Neave's Aerated Waters Enamel Sign Circa 1909

Lewat abad ke 19, John Fraser dan David Chalmers Neave telah menceburi suatu perniagaan yang dikatakan berpotensi dan sesuai dengan iklim tropika Singapura. Pada tahun 1883 tertubuhlah The Singapore and Straits Aerated Water Company khusus untuk pengeluaran air berkarbonat. Kilang yang pertama hanya dioperasi seramai 20 orang pekerja sahaja.

Perniagaan minuman ringan Fraser and Neave berkembang maju pada penghujung abad ke 19. Jenama The Singapore and Straits Aerated Water Company ditukar nama kepada Fraser and Neave Ltd pada tahun 1898 dan mereka berpindah ke lokasi yang lebih luas untuk menempatkan industri aerated water dan juga pencetakan di Singapura.

Syarikat Fraser & Neave telah berkembang pesat sehingga Perang Dunia Pertama dan pada tahun 1914 mereka mempunyai cawangan syarikat dan kemudahan pengeluaran di Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh, Penang, Bangkok dan Saigon. Mereka juga mempunyai ejen penjualan dan juga pejabat luar negara seperti di Port Darwin dan Western Australia. Di antara ejen yang terlibat untuk Fraser & Neave ialah:
  • H. J. Hamilton, Teluk Anson
  • Q. McClymont & Co., Seremban & Malacca
  • Mohamed Noor, Johore
  • Guntzel & Schumacher, Deli
  • Borneo Co., Ltd., Bangkok
  • East Asiatic Co., Kelantan
  • Diethelm & Co., Saigon
  • Behn, Meyer & Co., Sandakan
  • Eng Watt & Co., Labuan
  • Kong Nam On, Kudat
  • Syn Hin Leong, Sarawak
  • A. A. Lewis, Port Darwin
  • McAlister & Co., Western Australia
Drink
FRASER & NEAVE'S
AERATED WATERS
The Best in the East.
Factories :-
SINGAPORE, PENANG, IPOH, KUALA LUMPUR AND BANGKOK. 

Signboard enamel era Straits Settlements sekitar 1910 ini diperolehi melalui pertukaran koleksi dengan seorang rakan sekerja Rozaidi. Ianya diselamatkan dari sebuah bangsal kepunyaan seorang lelaki tua di sebuah perkampungan Melayu Pulau Pinang. Saya percayai ia digunakan sebagai alas meja sekaligus menyelamatkan 'sign' 6.25 kg ini dari dibuang atau dilupuskan.

Pada tahun 1905, Fraser and Neave mempunyai kilang di Siak Street, Anson Road, Singapore dan dua cawangan kilang di Church Street Ghaut, Penang dan Campbell Road, Kuala Lumpur. Kilang di Bangkok dibuka pada 12 April 1909 dan kilang di Ipoh pula dibuka sekitar awal Mei 1909.


SODA WATER
FRASER & NEAVE LIMITED
IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING


Terdapat 6 lubang asal tapi hanya lubang ini yang tinggal akibat karat dan hakisan.


Botol codd Fraser & Neave Ltd. ini pernah digunakan sekitar 1898-1920an.