Sunday 10 January 2010

1967 Bireley's Magazine Ad

Iklan King Size Bireley's tahun 1967 ini adalah dari sebuah majalah tempatan yang menggunakan model dari Hong Kong atau Taiwan. Bireley's (Singapore) Ltd. membuka kilang pembotolan di Kim Keat Road, Singapura pada 29 November 1953. Bireley's (Malaya) Ltd membuka kilang Bireley's di Sungei Pinang Road, Penang pada tahun 1954.

Slogan Bireley's pada tahun 1950an ialah 'For Real Fruit Taste'. Terimakasih kepada sahabat saya Kurt Ho yang menterjemahkan tulisan Cina pada iklan ini yang bermaksud 'Everyone Loves It' dan 'footnote' di bawah bermaksud 'Its Healthy and Revitalizing'. Minuman soda pun boleh menyihatkan badan :)


Bireley's # 1967

1966 Bireley's Magazine Ad

Iklan berbahasa Cina King Size Bireley's tahun 1966 adalah dari sebuah majalah tempatan. Konsep lakaran kartun seperti ini boleh menarik perhatian kanak-kanak kepada jenama soda ini.

Bireley's # 1966

Wednesday 6 January 2010

1962 Red Lion (Fraser & Neave) Magazine Ad

Saloma pernah menjadi ikon kepada jenama Red Lion (Ang Sai) pada tahun 1962. Pada masa itu juga filem beliau telah melonjak naik, sentiasa 'sold-out, a must-see & not to be missed'! Iklan 'Red Lion Cool… delicious… refreshing…' ini diterbitkan oleh sebuah majalah tempatan pada tahun 1962. Semasa iklan ini dihasilkan, Biduanita Saloma mungkin berumur 27 tahun atau lebih muda lagi.

Saloma merupakan ikon bagi generasi muda pada masa itu dan secara langsung iklan ini mampu memberi impak yang besar. Jika diamati, iklan ini telah pun berusia 48 tahun, mampukah ia memberi kesan yang sama? Bagi saya iklan ini masih sangat menarik!

Red Lion # 1962

Saloma (1935 - 1983)

Saturday 2 January 2010

Sinalco # March 1960

Syarikat pengedar tunggal Sinalco di Malaysia pada tahun 1960 ini bertapak di No. 27, Chan Sow Lin Road, Kuala Lumpur. Syarikat yang berada di Malaya pada masa itu diketuai oleh seorang warganegara Singapura yang bernama Encik Ching Kwong Yew yang berusia 36 tahun. Beliau ialah Pengarah Urusan bagi syarikat National Aerated Water Co. Ltd.

Minuman Sinalco adalah diantara jenama soda yang terawal di Malaysia (1952). Slogan ‘World Famous Soft Drink’ nampaknya tidak berjaya mengekalkan statusnya di negara kita. Sebenarnya saya kurang gemar dengan apa-apa jenis perisa nenas. Minat atau tidak, Sinalco pernah menjadi ikon soda dan gambar ini menjadi bukti zaman kegemilangan Sinalco yang telah lama pupus di negara kita.

Sinalco # March 1960

Adakah lelaki ini tauke besar Ching Kwong Lum, abang kepada Encik Ching Kwong Yew? Ching Kwong Lum meninggal dunia pada 22 Ogos 1988. 

Friday 1 January 2010

Sinalco and G. H. LONG BROTHERS

G. H. LONG BROTHERS adalah syarikat pengeluar 'aerated water' yang pernah beroperasi di Malaya sejak era 1940an. Gambar yang berusia 5 dekad ini bertarikh Mac 1960.


Kalau ikutkan grafik zaman 60an yang dihasilkan secara tangan lebih tinggi nilainya. Usah mimpi menjadi ahli seni pada masa itu kalau melukis kambing pun seperti ayam :) Bakat sebenar tidak diperlukan pada era digital, kanak-kanak 13 tahun pun mampu menhasil lukisan melalui komputer. Grafik di belakang lori Sinalco ini memaparkan wanita kulit putih berambut perang. Air soda orang putih! Inilah agaknya persepsi orang kita. Grafik dulu-dulu memang suka tunjuk produk, kalau stokin, stokinlah ada kat situ, kalau tayar, 'kaw-kaw' letak tayar kat situ, kalau seluar dalam? Ha, anda 'imagine'lah...

Cukup rasanya menyimpan gambar kerana lori Sinalco sukar dijadikan 'collection'. Kalau jumpa pun, mana nak letak? Tentu pening! Beberapa tahun lalu saya pernah terjumpa 'signboard' Coca-Cola khas untuk diletak belakang bas. Nak sumbat dalam kereta memang tak muat, takkan nak letak atas bumbung kot. Kalau ada rezeki, saya nak siasat lagi tempat tu, kalau ada lagi!