Saturday 2 January 2010

Sinalco # March 1960

Syarikat pengedar tunggal Sinalco di Malaysia pada tahun 1960 ini bertapak di No. 27, Chan Sow Lin Road, Kuala Lumpur. Syarikat yang berada di Malaya pada masa itu diketuai oleh seorang warganegara Singapura yang bernama Encik Ching Kwong Yew yang berusia 36 tahun. Beliau ialah Pengarah Urusan bagi syarikat National Aerated Water Co. Ltd.

Minuman Sinalco adalah diantara jenama soda yang terawal di Malaysia (1952). Slogan ‘World Famous Soft Drink’ nampaknya tidak berjaya mengekalkan statusnya di negara kita. Sebenarnya saya kurang gemar dengan apa-apa jenis perisa nenas. Minat atau tidak, Sinalco pernah menjadi ikon soda dan gambar ini menjadi bukti zaman kegemilangan Sinalco yang telah lama pupus di negara kita.

Sinalco # March 1960

Adakah lelaki ini tauke besar Ching Kwong Lum, abang kepada Encik Ching Kwong Yew? Ching Kwong Lum meninggal dunia pada 22 Ogos 1988. 

2 comments:

en mat said...

selamat datang bro, semoga akan dapat memperkayakan lagi story air minuman di malaya - tengah tunggu story hang pasal kilang national aerated di sek 14 PJ, kalau ada.

frightrice said...

Thank you bro. Buat masa ni PC saya ada problem sikit, bila dah OK nanti saya akan update pasal kilang NAW kat sek 14 tu.