Friday 18 May 2012

SG127

Botol model SG127 tetapi berlainan jenama ini dikeluarkan oleh Singapore Glass Manufacturers Co., Ltd.

Tuesday 17 April 2012

Proton Preve

Tahniah Proton!

Lepaking at Sundays, Bangsar part 1

Kedai di Bangsar ini agak menarik kerana mereka menjual reka bentuk dalaman berunsur industrial. Malam itu agak gelap disebabkan 'Earth Hour' di seluruh Malaysia.

'French postal desk' yang berharga RM15,659 ini mungkin dari era 1950an. Drew Pritchard (Salvage Hunters) ada menjual meja yang serupa pada harga £1500 iaitu lebih kurang RM7,300.

Tempat duduk 'swing out' yang beroda, menariknya kerusi ini disatukan dengan meja.

Rak sebegini dipanggil 'pigeon holes' tetapi bukan untuk meletak burung merpati! :)

Tangga besi berputar yang dipasang menggunakan skru.

'Antique dentist furniture metal chest marble top' ini berharga RM25,599. Dengan mudahnya anda boleh membayar 'down payment' kereta BMW 3 Series Sedan atau mungkin kereta Volkswagen Scirocco!

Lampu lantai jenama Jielde ini berharga RM9900. Lampu ini direka oleh Jean-Louis Domecq sekitar 1950an.  

Walaupun harganya 'meletop', kabinet doktor gigi ini sangat cantik buatannya.

Ini pula peti surat kayu dari France yang berharga RM12,559.
'Sodap jer aku tangkap gambo!' :)

Wednesday 11 April 2012

Traerfromoes!

Ini pun boleh! Haha!

Wednesday 28 March 2012

Transform!

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Hari ini saya ingin berkongsi sebahagian dari koleksi mainan Transformer (Toransufōmā) rakan baik saya Mr. David Hong. Thanks for sharing bro!

Koleksi Optimus Prime

Koleksi Bumblebee

Tuesday 27 March 2012

Fraser and Neave Campbell Road

Pada awal bulan September 1903 Fraser and Neave Ltd. telah membeli 2 ekar tanah di Campbell Road untuk pembinaan kilangnya di Kuala Lumpur. Campbell Road telah ditukar name kepada Jalan Dang Wangi. Dimana agaknya tapak asal kilang Fraser and Neave di Jalan Dang Wangi ini?

Monday 26 March 2012

Push button

Push button atau butang tekan dari plastik ini dipasang pada mesin vending minuman soda.

Beberapa pelekat jenama soda yang digunakan untuk push button ini

1977 Matchbox Superfast

Hasil selongkar stor rumah keluarga di Kuching, Sarawak saya menjumpai beberapa mainan die-cast lama kepunyaan abang saya. Diantaranya ialah Matchbox Superfast dari Lesney Products & Co. Ltd., Made in England. Pada penghujung 1970an syarikat Lesney mengalami kerugian dan diistiharkan muflis pada June 1982.

No. 13 Snorkel Fire Engine © 1977



No. 60 Holden Pick-Up © 1977

Sykt Mui Teng Long Hup Ginger Ale

Seorang rakan lama menghantar gambar ayer lamned cap ayam dari Kelantan ini. Thanks Nik!

One pint measuring cup

Sejenis alat sukatan imperial antik. W&M, adakah ini singkatan untuk Weight & Measure?

Sunday 25 March 2012

Chip but nice!

Sedikit retak, kedua-dua botol ini dibeli pada harga RM150 (RM120 + RM30) sahaja dan yang penting gulinya masih berirama! Cheap but nice...

"Clipper" paper clips

Klip kertas jenama "Clipper" dari England ini mungkin dikeluarkan sekitar 1920 - 1924. Kotaknya masih elok.

Saturday 24 March 2012

SAF Display drinking glass

Gelas SAF Display (Singapore Air Force Display) ini ditaja oleh F&N sempena sambutan kemerdekaan Singapura yang ke 17 pada tahun 1982. Perayaan ini disertai 36 buah pesawat udara RSAF termasuk 9 buah jet F-5. Singapura pernah kehilangan 2 buah pesawat Northrop F-5 (F-5E) dalam 2 kemalangan berasingan pada tahun 1984 dan 1991. 

Tun Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew berbincang mengenai rundingan Singapura-Malaysia ke atas bekalan air dan gas pada 23 Ogos 1982.

Friday 23 March 2012

Sinalco/Sinalco Kola cardboard cap

Topi kadbod jenama Sinalco/Sinalco Kola ini mungkin digunakan seawal 1960an. Produk pakai buang seperti ini tentu banyak diedarkan kepada orang ramai khususnya kanak-kanak.

Takara Tomy Coca-Cola

Koleksi 'Takara Tomy' Coca-Cola yang baru setahun jagung.

Arts, Crafts & Antiques

Sekali lagi saya menerima set gambar dari Salisbury :)


HuuUAAarghhh!

Haji by Haroon Bin Ali Pte Ltd

Wangian bebas alkohol yang dinamakan Haji 'Made in Holland' ini dikeluarkan oleh syarikat Haroon Bin Ali Pte Ltd. Mereka memulakan perniagaan teh dan minyak wangi sejak 1918.

 
Terdapat emboss jenama Haroon bin Ali pada botol sekecil ini

The pen is mightier than the sword

Peribahasa Melayu ada menyebut 'mata pena lebih tajam daripada mata pedang'. Seperti minuman Sinalco, pen mata bola jenama Fedra ini juga berasal dari negara Jerman. Diantara jenama pen yang terkenal dari Jerman ialah Faber Castell, Mont Blanc, Lamy, Pelikan, Rotring, dan Staedtler.

Made in Germany

Thursday 22 March 2012

The sword that slashed J.W.W Birch

Sedikit mengenai sejarah Melayu. Pedang ini dikatakan telah digunakan dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada tahun 1875. R.J. Wilkinson dalam bukunya Papers On Malay Subjects mencatitkan 'A spear was thrust through the tin thatch partition, and Mr. Birch was seen to fall into the water. He rose to the surface, was slashed at with a sword, and then sank finally'. Untuk melihatnya sendiri, pedang ini ada dipamerkan di Muzium Negara.