Showing posts with label Torpedoes/Hamiltons. Show all posts
Showing posts with label Torpedoes/Hamiltons. Show all posts

Saturday, 24 April 2010

Bottles at the Western Australian Museum

Gambar ini diambil pada 9 September 2005 di Western Australian Museum yang terletak di Perth Cultural Centre. Seperti yang telah dipamerkan di muzium ini, botol juga merupakan 'artefact' sejarah yang tidak dipandang remeh. Kumpulan botol yang paling saya suka sudah tentulah aerated water dan cordial bottles. Saya pernah bercadang untuk membuat 'display' seperti ini untuk koleksi peribadi saya, nampaknya impian masih belum tercapai! Mungkin anda boleh melakukannya :)

Bottles

Aerated water and cordial bottles

Beer and spirit bottles

Jars and preserving bottles

7. Codd Bottle, 1920s - 1930s CH89.1032d - donated by Dom Serventy
8. Codd Bottle, about 1890 CH71.188a - donated by Mr L. Brown

14. Hamilton Bottle, 1880s CH75.110b
9. Pepsi Cola Bottle, 1990s H90.204 - donated Ms P.Garrick

1. 'Horlick's Malted Milk' Jar, early 20th century CH261 - donated by Mr Don Crook

Domestic bottles

Wine bottles


The state's museum is a six-headed beast, with branches also in Fremantle, Albany, Geraldton and Kalgoorlie. This one includes dinosaur, mammal, butterfly and bird galleries, a children's discovery centre , and excellent displays covering Indigenous and colonial history.

In the courtyard, set in its own preservative bath, is Megamouth, a curious-looking species of shark with a soft, rounded head. Only about five of these benign creatures have ever been found; this one beached itself near Mandurah, south of Perth.

The museum complex includes Perth's original gaol, built in 1856 and used until 1888 – the site of many hangings.

Tuesday, 16 March 2010

L.A. Stone Soda Water Torpedo Bottle

Saya memperolehi botol jenis 'torpedo' ini beberapa tahun lepas dari seorang pelukis terkenal semasa melawat galeri beliau. Beliau menggantung beberapa biji botol torpedo (seperti lampu siling) sebagai hiasan. Setiap mulut botol diikat pada tali kapal yang panjang dan juga pendek, anda bayangkan botol ini disusun bertingkat-tingkat, memang cantik!

Pada mulanya secara ikhlas saya memuji creativity artist tersebut. Siapa terfikir hendak menggantung botol seperti ini, lebih-lebih lagi botol torpedo dan bukannya botol kicap! :) Lepas tu barulah saya puji botol dia... nak dicepatkan cerita beliau memang tidak menjual botol-botol ini. Puas saya memujuk dan akhirnya kerana simpati yang teramat sangat beliau setuju menjual sebiji kepada saya dengan harga yang agak murah. Setakat nak jual sebiji, beliau tak perlu tekan harga tinggi kerana lukisan di galeri pun mencecah belasan malah puluhan ribu ringgit.

Inilah botol yang telah saya beli, L.A. Stone Soda Water. Saya langsung tidak mempunyai info mengenai botol ini. Mungkin anda boleh berkongsi maklumat dengan saya. Mengikut Digger Odell, harga botol yang serupa adalah diantara US$100 hingga US$500. Kalau anda ditawarkan dibawah RM100, tunggu apa lagi? :) Untuk pengetahuan kawan-kawan, pelukis ini telah pun menurunkan hiasan botol beliau, agaknya ramai yang nak beli atau beliau sudah tahu nilainya yang sebenar.


Saya terbaca dalam internet seorang yang bernama Mike mempunyai botol yang sama. Mike memperolehi botol ni semasa scuba diving dekat Sacramento, California. Botol ini buatan Amerika, mungkin dari East Coast glasshouse.