Showing posts with label Bangkok. Show all posts
Showing posts with label Bangkok. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

What's in Chatuchak (จตุจักร)?

Sawaddee krub! Lawatan ke Chatuchak atau Jatuchak Weekend Market di Bangkok tahun lepas. Salah satu aktiviti menarik (kalau anda bukan kaki shopping) ialah chan yak gin atau makan! Datang awal, ideally around 9am to 10am to beat the crowds and the heat.


Saman Islam, a Thai-Muslim restaurant that serves a tasty chicken biryani.

Gerai makanan di lokasi ini حلال. Alhamdulillah!

Satay dengan roti.

Beriani ayam.

Beriani daging, highly recommended!


Section 1 is the place to go for old LPs and other random antiques. More secular arts and crafts, such as musical instruments and hill-tribe items can be found in Sections 25 and 26. Baan Sin Thai sells a mixture of kŏhn masks and old-school Thai toys, all of which make fun souvenirs.

Antik!

Antik lagi!!

Sekali lagi antik!!!

Lagi-lagi antik!!!!

"Sawaddee krubbb, excuse me, do you have any marble bottles?... Bottle with marble??... Marble in a bottle???... Bottle got marble inside???? Hm, nevermindlah!"  

Bahangnya cukup terasa, pastikan anda minum dengan secukupnya.

Sebesar-besar market ini rasanya Amcorp Mall lebih menarik, kob kun krub!

Thursday, 8 April 2010

Fraser & Neave's Aerated Waters Enamel Sign Circa 1909

Lewat abad ke 19, John Fraser dan David Chalmers Neave telah menceburi suatu perniagaan yang dikatakan berpotensi dan sesuai dengan iklim tropika Singapura. Pada tahun 1883 tertubuhlah The Singapore and Straits Aerated Water Company khusus untuk pengeluaran air berkarbonat. Kilang yang pertama hanya dioperasi seramai 20 orang pekerja sahaja.

Perniagaan minuman ringan Fraser and Neave berkembang maju pada penghujung abad ke 19. Jenama The Singapore and Straits Aerated Water Company ditukar nama kepada Fraser and Neave Ltd pada tahun 1898 dan mereka berpindah ke lokasi yang lebih luas untuk menempatkan industri aerated water dan juga pencetakan di Singapura.

Syarikat Fraser & Neave telah berkembang pesat sehingga Perang Dunia Pertama dan pada tahun 1914 mereka mempunyai cawangan syarikat dan kemudahan pengeluaran di Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh, Penang, Bangkok dan Saigon. Mereka juga mempunyai ejen penjualan dan juga pejabat luar negara seperti di Port Darwin dan Western Australia. Di antara ejen yang terlibat untuk Fraser & Neave ialah:
  • H. J. Hamilton, Teluk Anson
  • Q. McClymont & Co., Seremban & Malacca
  • Mohamed Noor, Johore
  • Guntzel & Schumacher, Deli
  • Borneo Co., Ltd., Bangkok
  • East Asiatic Co., Kelantan
  • Diethelm & Co., Saigon
  • Behn, Meyer & Co., Sandakan
  • Eng Watt & Co., Labuan
  • Kong Nam On, Kudat
  • Syn Hin Leong, Sarawak
  • A. A. Lewis, Port Darwin
  • McAlister & Co., Western Australia
Drink
FRASER & NEAVE'S
AERATED WATERS
The Best in the East.
Factories :-
SINGAPORE, PENANG, IPOH, KUALA LUMPUR AND BANGKOK. 

Signboard enamel era Straits Settlements sekitar 1910 ini diperolehi melalui pertukaran koleksi dengan seorang rakan sekerja Rozaidi. Ianya diselamatkan dari sebuah bangsal kepunyaan seorang lelaki tua di sebuah perkampungan Melayu Pulau Pinang. Saya percayai ia digunakan sebagai alas meja sekaligus menyelamatkan 'sign' 6.25 kg ini dari dibuang atau dilupuskan.

Pada tahun 1905, Fraser and Neave mempunyai kilang di Siak Street, Anson Road, Singapore dan dua cawangan kilang di Church Street Ghaut, Penang dan Campbell Road, Kuala Lumpur. Kilang di Bangkok dibuka pada 12 April 1909 dan kilang di Ipoh pula dibuka sekitar awal Mei 1909.


SODA WATER
FRASER & NEAVE LIMITED
IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING


Terdapat 6 lubang asal tapi hanya lubang ini yang tinggal akibat karat dan hakisan.


Botol codd Fraser & Neave Ltd. ini pernah digunakan sekitar 1898-1920an.

Tuesday, 6 April 2010

Kelang Berkeley Residential Association Organised 5 Games Carnival 1978

Kelang Berkeley Residential Association Organised 5 Games Carnival 1978. Football - Cross Country - Table Tennis - Chess & Carrom. From 1-4-78 TO 16-4-78. Pertandingan 16 hari berturut-turut ini telah ditaja oleh Kickapoo Joy Juice dan Royal Crown Cola, waktu itu minuman isotonik 100PLUS belum ada lagi di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia ialah Dato' Samad bin Idris (1978 - 1980). Mengikut prestasi bidang sukan kita pada tahun 1978, Malaysia pernah menyertai Sukan Asia ke VIII di Bangkok, pada masa itu kita hanya mendapat tempat yang ke 12 dari 19 negara yang bertanding. Malaysia hanya memungut 2 emas, kalah satu kedudukan kepada Singapura. Mungkin juga pada masa itu Malaysia Belum Boleh!

Panjangnya banner...