Wednesday 25 August 2010

Kickapoo Joy Juice Fair in 1972 - Part 2

Set gambar ini ialah sambungan dari 'posting' saya yang lepas. Gambar ini diambil pada 1 Januari 1972, kemungkinan tapak pesta seperti ini diadakan sempena menyambut awal tahun baru. Mengikut alamat yang tertera di 'signboard', pesta ini mungkin diadakan di Pulau Pinang. Kalau ada kelapangan masa (bagi yang tinggal di Penang), bolehlah siasat alamat 29 ARGYLL ROAD, wujud lagi tak kedai PAK MAH TRADING SDN BHD?

Tuesday 24 August 2010

Reviving History Shop: Where everything has a history and a price

Kawan-kawan, saya akan membuka sebuah lagi blog khas untuk penjualan barangan 'collectibles'. Blog ini diberi nama Reviving History Shop: Where everything has a history and a price. Hoh! Macam pernah dengar 'jer' 'caption' ni :) Setakat ini kedai belum dibuka lagi tetapi anda boleh melawatinya di http://revivinghistory.blogspot.com. Diharap kawan-kawan dapat memberi sokongan kepada blog terbaru saya ini. Terima kasih.

Kickapoo Joy Juice Fair in 1972 - Part 1

Gambar ini diambil pada 1 Januari 1972 di sebuah pesta 'muda-mudi' yang turut mempromosikan minuman soda Kickapoo Joy Juice. Memang nampak 'groovy' gambar ini :) Berbagai jenis 'signboard' atau 'poster' pengiklanan yang dapat kita lihat, kemungkinan juga barangan ini tiada dalam simpanan mana-mana 'collector' (atau mungkin ada). Perhatikan gambar ke dua dari atas, adakah ini gambar botol Kickapoo pendek (7 FL. OZ.) di atas 'signboard' tersebut?

Monday 23 August 2010

Kickapoo Joy Juice 'Experimentation Section' in 1968

Beginilah keadaan 'experimentation section' bagi pengilang dan pengeluar minuman Kickapoo Joy Juice pada tahun 1968. Dari gambar ini dapat kita lihat ketekunan yang ditunjukkan oleh para pekerja minuman soda ini sebelum ianya selamat sampai ke tangan pelanggan. Perhatikan botol sirap 'Kickapoo Joy Juice' yang tersusun diatas meja makmal, tentu lebih menarik kalau ianya berada di atas meja anda sekarang :)

Wednesday 18 August 2010

The Sore Loser

Pada pandangan saya, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penghasilan blog supaya pembaca tidak kira siapa dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan. Pembaca di sini termasuklah orang yang tidak kita kenali, rakan kita, jiran kita, dan termasuklah juga keluarga kita. Jadi kalau malu dikentut, kenapa tak malu bila berkentut? Kadang-kadang apa yang ditulis boleh mencerminkan peribadi seseorang tetapi lain pula yang bersikap ‘pegi jahanam’! Sedap ‘jer’ melepas tetapi bila orang lain melepas dia melenting tak nak kalah walhal dia yang melepas dulu dan mati-mati tidak mengaku! Orang yang tidak terlibat pun turut memekup hidung kerana busuk yang melampaui batas. Kasihan…

Sedikit sebanyak blog saya ini ada berkaitan dengan sejarah jadi wajarlah sejarah dimuatkan dengan gambar-gambar bodoh. Oh ya! Pada posting yang lepas saya ada menulis berkenaan bodoh, jadi tak perlulah saya menerangkannya lagi. Saya cuba membuat kelainan dalam blog saya dari segi konsep, berjaya atau tidak terpulanglah kepada anda, hehe. Kalaulah semua rakan-rakan bloggers menghasilkan konsep yang serupa, tentu agak membosankan. Cuba bayangkan seluruh pasar Ramadhan menjual karipap kentang? Kalau buat pertandingan pun siapa agaknya yang menang? Bagi saya blog ini bukan suatu pentas untuk bermegah-megah dengan koleksi yang ada tetapi malangnya...

Koleksi saya tidaklah sehebat mana tetapi saya bersyukur dan saya gembira dengan apa yang ada. Tak perlulah saya bertanding dengan sesiapa pun. Wahai hero tersohor, tak perlulah kasihan dengan kami malah kami lebih kasihan dengan perangai kamu yang teramatlah kelakar. Siapa yang sebenarnya dengki? Setakat gambar bodoh ni pun boleh dibangkitkan, kamu ‘save’lah dalam desktop buatlah wallpaper. Nah! Kamu pun ada juga gambar-gambar bodoh tahun 70an ini. ‘Hambik’lah semua! Kalau ada peluang akan saya postkan gambar-gambar lain khas untuk anda.

Minta maaf kalau saya seperti mengganggu dan menyekat pembelajaran. Sebagai seorang yang benci tapi rindu saya juga pernah memujuk hero kita ini dengan ikhlas. Tentu anda tidak lupa dengan peristiwa penutupan blog yang amat dasyat itu, ini hanyalah kali kedua. Sedarlah penutupan blog ini hanyalah peluang untuk menuding jari ke atas saya dan rakan-rakan lain yang kononnya dengki dengan harta karun Gaban. Usahlah Melayu digunakan sebagai alasan.

Ramai kawan-kawan yang menasihati saya supaya mendiamkan diri dan jangan dilayan sebab Gaban ‘will never lose’. Tetapi biarlah saya jelaskan bahawa penulisan ini bukan untuk kemenangan atau ingin menjadi ‘hero’ :) Sebenarnya saya ‘sajer’ nak tengok Gaban (宇宙刑事ギャバン) beraksi, macam-macam 'gadget' yang dia ada termasuklah Laser Z Beam, Silver Beam. Laser Blade, Gavan Dynamic, Gavan Punch, Gavan Kick, Dimension Bomber dan bermacam lagi peralatan yang canggih. Ini tidak termasuk kenderaan lagi, tak terlawan oleh kita yang baru nak memasang langkah. Saya hanya mampu melarikan diri sambil ketawa. Dulu bangga rasanya berkawan dengan Gaban tetapi sekarang rasa kelakar pula, ayuh Gaban!

Tuesday 17 August 2010

Memories of a 1964 soda pop factory

Saya pernah melihat beribu atau mungkin berjuta banyaknya botol soda di kilang ini tetapi ini cerita lama. Sekarang hanya tinggal gambar ini sebagai kenangan dan bukti peninggalan kilang gergasi yang dibuka pada July 1964 ini.

Monday 16 August 2010

Mirror mirror on the wall, who is the fairest one of all

Beginilah bunyi petikan filem 'Snow White and the Seven Dwarfs', filem animasi 1937 yang dihasilkan oleh Walt Disney. Saya tidak mempunyai sebarang cermin ajaib, setakat cermin bilik mandi 'British India' untuk memberus gigi, ada baiknya saya berdiam diri dan terus memberus gigi.

Semalam saya berniaga di Amcorp Mall untuk pertama kali selepas 'Buy, Sell & Trade' fair tempoh hari. Terimaskasih kepada kawan-kawan yang sudi melawat saya di Tingkat 1. Agak menyeronokkan kerana dapat berdiri di belakang meja walaupun saya hanya rumah tumpangan pada hari itu (saya menumpang meja). Berbagai telatah dapat dilihat tetapi sebagai seorang penjual, 'customer is always right' :)

Di hari yang sama seorang sahabat menemui saya dan secara 'jokingly' mengatakan sayalah punca segalanya. Terfikir juga, kemungkinan orang lain akan mengatakan sayalah si penebang pokok. Mentang-mentanglah saya yang memegang kapak! Kalau setakat kapak kecil masakan pokok sebesar dan sekeras itu boleh tumbang. Mungkin ada yang tidak tahu kapak juga boleh digunakan untuk memotong kayu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada semua, bukannya untuk menebang pokok semata-mata. Agaknya hanya si empunya 'chainsaw' yang mampu menebang pokok itu, tapi sayanglah pokok ditebang! Kalau boleh biarlah ia terus bertahan sampai ratusan tahun dan bermanfaat kepada semua.

Disebabkan 'posting' saya yang lepas, nampaknya ada yang mengamuk macam kerbau naik sheh kerana kononnya saya telah membuat perbandingan. 'In the first place, I'm not trying to compare anyone'. Sila buktikan dari penulisan saya ini, dimanakah saya membuat perbandingan dan lebih-lebih lagi dimanakah kebanggaan dan keriakan saya? "Baru-baru ini saya memasuki laman blog seorang blogger tempatan dan mendapati ramai rupanya soda pop 'collector' di Malaysia yang tidak kurang hebatnya! Adakah ini bermakna ada ramai lagi 'collector' yang hebat dan mungkin juga terhebat di luar sana? Saya ingatkan 'Space Cop Gaban' sahaja yang hebat :)" Janganlah disebabkan posting ini anda mengeluarkan naga Gaban anda, ada baiknya kuasa yang sehebat itu digunakan untuk kebaikan.

Tidak dinafikan saya seorang yang suka membuat perbandingan. Tetapi seeloknya kita elakkan perbandingan yang bertujuan untuk melagakan sesama kita. Maksud saya di sini ialah perbandingan yang membangkitkan permusuhan dan hasad dengki yang mungkin tidak disengajakan. Tidak salah rasanya kita membandingkan sesuatu. Misalannya saya suka membandingkan kereta Naza Forte dengan Honda City kerana kuasanya lebih kurang sama tetapi agak tidak munasabah kalau kita membandingkan kedua-dua kereta ini dengan Mercedes-Benz SLS :) 'The legendary' Bruce Lee ada mengatakan talipinggang hitam akan hanya menamatkan ilmu kita setakat itu sedangkan ilmu akan senantiasa bercambah, tidak akan tamat dan tiada penghujungnya.

Friday 13 August 2010

"Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak pandai menghargai nilai sejarah, siapa lagi?"

Sempena bulan Merdeka ini, saya ingin meminjam posting En Mat bila dia mengatakan "...kerana berjaya mendapatkan khazanah Malaya yang tidak ternilai harganya, kalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak pandai menghargai nilai sejarah, siapa lagi?" dan "Apapun yang pasti akan banyak lagi koleksi Malaya yang akan dikorek keluar dari Temasik dan akan disimpan/dibawa pulang ke bumi Malaya...". Sama-samalah kita menghayati kata-kata En Mat ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

* Bila stock baru sampai lagi En Mat? :)

Ternyata kehebatannya!

Photo ini diambil oleh Ternyata Kehebatannya di facebook. Perasaan saya pelik campur gembira bila alam 'cyber' memasuki alam realiti, beginilah 'mood'nya bila berjumpa dengan rakan-rakan bloggers di Amcorp Mall hujung minggu lepas. Berbagai jenis barangan Coca-Cola dan soda yang ada, rasanya tidak puas untuk meneliti setiap barangan yang ada. Tidak dilupakan juga saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang menyokong dan yang sudi membeli barangan kami, andalah yang terhebat!

Wednesday 11 August 2010

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak

Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua saudara bloggers dan collectors, Afzarizal, Ayah Aiman (Sama Tak Serupa), Blues Riders, Blurguyz79, En Mat (Hobi En Mat), Ipoh Station Antique Cafe, Ismail bin Mohd Nor (Eis'Antique), Jakionline Inc, Malaya Ayer Lamenet@Aerated Water, Mgtbobber (Botol Soda), Mohd Fitri bin Osman (Koleksi Fitri Barang Old Skool), Rasli Jaafar (Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool), Rony Mediono (Kedai Barang Antik), Spallan (...dah masuk kotak), Wong Chin Cai (Things To Be Purchased.), ~Zulkis~ (Teratak Rimbun... Teratak Aku...), dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan di sini dan juga kepada semua yang sudi mengunjungi blog Reviving History: A Story of Ayer Lamned dengan satu soalan... "Berbuka kat mana hari ni?" :)

Tuesday 10 August 2010

The young Sultan of Brunei and Red Lion

Pada petang semalam saya singgah di sebuah kedai bingkai gambar. Tiba-tiba saya terlihat gambar hitam putih seorang budak lelaki sedang membawa 'crate' Red Lion dengan botol-botolnya sekali, gambar ini agak sederhana besarnya, pada mulanya saya hanya meneliti crate dan botol soda tetapi apa yang lebih menarik apabila yang membawanya ialah Sultan Hassanal Bolkiah semasa remaja.

Tidak keterlaluan jika saya mengaku inilah gambar terbaik yang pernah saya lihat. Sayangnya tauke si empunya gambar tidak membenarkan saya membeli atau mengambil gambar tersebut, ada 'special project' katanya.

Sincere Cheaper Watches

Star 'Automatic' 17 Jewels Swiss Incabloc awal 1970an
Jenama ini terkenal dengan rekaan 'grandfather clock'.

Ricoh 'Automatic' 21 Jewels
Jenama Ricoh diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1967 dan pengedar tunggal di Malaysia pada masa itu ialah syarikat Kian Gwan (M) Ltd.

Ricoh Dynamic Wide 'Automatic' Waterproof 21 Jewels

Seiko 5 'Automatic' 21 Jewels awal 1980an

Sincere Cheap Watches

Kalau anda berkunjung ke Suria KLCC, anda akan menjumpai sebuah kedai mewah yang bernama Sincere Fine Watches. Kedai ini biasanya mempunyai 'security' dan anda akan disambut dengan senyuman lebar jika kelihatan 'sincerely potential' :) Saya pernah melawat kedai ini dengan memakai jam murah, tidak dinafikan potensi saya agak 'sincerely' kurang waktu itu, hehehe.

Agaknya mungkin gaji purata kenalah RM10,000.00 ke atas, barulah boleh melabur :) Tapi kalau rajin menyimpan dan berjimat, InsyaAllah gaji tak sebanyak itu pun anda mampu berbelanja di kedai tersebut, betul tak? Walaupun rakan anda memakai jenama Jaeger-LeCoultre dan anda hanya memakai Casio, jam anda tetap berbakti dan membantu anda menepati masa sama seperti mereka.

Tag Heuer '2000 professional' 'boy size'
Bilik pameran dan pusat servis jenama Tag Heuer yang terawal (lewat 1980an) di Malaysia terletak di Plaza Yow Chuan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. 

Enicar Ultrasonic lewat 1960an - awal 1970an
Jam jenama Enicar (lewat 50an) di Malaya/Singapura diedarkan oleh Enicar Watch Co. yang beralamat di 8-G, Asia Insurance Building, Singapore. Pada hari ini bangunan Asia Insurance Building dikenali sebagai Ascott Raffles Place. Saya masih dan sedang mencari model Enicar Ultrasonic Sherpas (1957). 

Asia Insurance Building sekitar 1959

Favre Leuba Sea King 'manual wind' sekitar lewat 1950an
Pengedar jam jenama Favre Leuba (awal 50an) di Malaya/Singapura beralamat di 18F, Battery Road, Singapore.

Battery Road sekitar 1969

Henri Sandoz & fils (son) 17 Jewels Incabloc
Mr. Charles Sandoz, Pengurus Jualan dan juga cicit kepada Henri Sandoz pernah melawat Singapura pada tahun 1955. C. Sandoz bercadang untuk membawa 30 model terbaru ke Malaya termasuklah jenis 'chronometer'. Sebelum itu jenama ini telah memperkenalkan sebanyak 100 model jam tangan di Malaya yang tebalnya tidak melebihi 7mm. 

Sunday 8 August 2010

So, now you're a badminton player?

Tahniah kepada En Mat, bagi saya beliau telah berjaya menganjurkan 'Buy, Sell & Trade' fair ini secara 'professional', saya cukup berpuas hati. Saya juga nampak kerjasama yang amat positif ditunjukkan oleh semua 'collector'.

Semasa termengah-mengah menolak 'trolley', ada juga rakan-rakan menceritakan perihal saya di'smash' bulu tangkis, tak apalah, baru bulu tangkis :) Tapi sayang kalau 'smash' masuk tak apa, ini keluar! "Out!!!" kata 'umpire'. Bersoraklah para penonton di stadium, maklumlah saya ni bukan pandai sangat main badminton. Kalah pun tak apalah.

Teringat saya dengan lagu 'Hijau' dari Zainal Abidin. Kalau tak salah begini bunyinya, "Apalah gunanya kematangan fikiran, bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah, ku lihat hijau...".

Friday 6 August 2010

Tak sangka...

Baru-baru ini saya memasuki laman blog seorang blogger tempatan dan mendapati ramai rupanya soda pop 'collector' di Malaysia yang tidak kurang hebatnya! Adakah ini bermakna ada ramai lagi 'collector' yang hebat dan mungkin juga terhebat di luar sana? Saya ingatkan 'Space Cop Gaban' sahaja yang hebat :) Sekian, laporan ringkas dari saya buat hari ini.

Wednesday 4 August 2010

Friedrich Eduard Bilz

Tahukah anda pada tahun 1902 Friedrich Eduard Bilz menghasilkan minuman ringan yang diberi nama Bilz-Brauzeutt untuk disajikan di sanatorium (rumah pesakit kronik). Pada hari ini anda mengenali minuman ini sebagai Sinalco. Sinalco adalah perkataan Latin yang bermaksud tiada alkohol.

Sinalco in 1960

Gambar berwarna ini diambil pada bulan September 1960. Minuman Sinalco telah berada di Singapura dan Malaya sejak 1952 dan diterima baik oleh masyarakat tempatan. Kilang pembotolan Sinalco (National Aerated Water Co., Ltd.) yang terawal terletak di 35/37, Hamilton Road, Singapore.

Monday 2 August 2010

So, you think you're a politician?

Walaupun 'subject' SEJARAH dalam peperiksaan SPM tidak mendapat sebarang 'credit', saya suka dengan sejarah. Tidak dinafikan faktor tersebut berpunca dari hobi ini tetapi tidaklah bermakna saya seorang pakar sejarah :) Kalau saya pakar sejarah sudah tentulah saya mempunyai ijazah atau kedoktoran dalam bidang ini. Mustahil anda seorang pemandu F1 tetapi tidak minat dengan kereta berkuasa tinggi atau ganjil sangatlah kalau anda seorang ahli politik tetapi tidak minat membantu rakyat tetapi ada juga ahli politik yang buat-buat minat nak tolong orang tapi sebenarnya mereka ada tujuan lain. Tak beranilah saya menggunakan perkataan bodoh sebab bodoh ini subjektif, kalau kita menuduh seseorang itu bodoh, orang lain atau majoriti mungkin menganggap kita yang sebenarnya bodoh. Bukannya ada mahkamah yang boleh putuskan siapa yang bodoh? Lainlah kalau bodoh sombong, golongan istimewa ini akan senantiasa betul :)

Mungkin juga pendapat saya ini bodoh kerana saya beranggapan kita semua, khususnya para 'collector' memiliki kelebihan masing-masing dari segi keupayaan dan barangan. Kalau kita mampu melihat kelemahan kita sendiri, masa itulah orang akan melihat kelebihan kita. Kalau kita hanya dapat melihat kelebihan kita sahaja, masa itulah orang akan nampak kelemahan atau mungkin juga kebodohan diri kita.

'Maaf, saya tidak ada menyimpan gambar ahli politik tersebut'

Gambar hiasan 'fried rice' atau nasi goreng