Monday, 2 August 2010

So, you think you're a politician?

Walaupun 'subject' SEJARAH dalam peperiksaan SPM tidak mendapat sebarang 'credit', saya suka dengan sejarah. Tidak dinafikan faktor tersebut berpunca dari hobi ini tetapi tidaklah bermakna saya seorang pakar sejarah :) Kalau saya pakar sejarah sudah tentulah saya mempunyai ijazah atau kedoktoran dalam bidang ini. Mustahil anda seorang pemandu F1 tetapi tidak minat dengan kereta berkuasa tinggi atau ganjil sangatlah kalau anda seorang ahli politik tetapi tidak minat membantu rakyat tetapi ada juga ahli politik yang buat-buat minat nak tolong orang tapi sebenarnya mereka ada tujuan lain. Tak beranilah saya menggunakan perkataan bodoh sebab bodoh ini subjektif, kalau kita menuduh seseorang itu bodoh, orang lain atau majoriti mungkin menganggap kita yang sebenarnya bodoh. Bukannya ada mahkamah yang boleh putuskan siapa yang bodoh? Lainlah kalau bodoh sombong, golongan istimewa ini akan senantiasa betul :)

Mungkin juga pendapat saya ini bodoh kerana saya beranggapan kita semua, khususnya para 'collector' memiliki kelebihan masing-masing dari segi keupayaan dan barangan. Kalau kita mampu melihat kelemahan kita sendiri, masa itulah orang akan melihat kelebihan kita. Kalau kita hanya dapat melihat kelebihan kita sahaja, masa itulah orang akan nampak kelemahan atau mungkin juga kebodohan diri kita.

'Maaf, saya tidak ada menyimpan gambar ahli politik tersebut'

Gambar hiasan 'fried rice' atau nasi goreng

5 comments:

en mat said...

masa saya pergi gunung kinabalu dlm tahun 80an, diorang panggil Nasi Goreng ni 'nasi goreng egg on top'.
Sodapnya nasi goreng egg on top hari nie....nyam nyam nyam

MgtBobber said...

Lapar la pulak tengok gambar kau ni bro!!

ayah aiman said...

hantar kat aku sepingan... hehehe.. trade fair nanti banyk ke bawak barang...

blurguyz79 said...

bro...aku pun nak order sepinggan,hahaha.

frightrice said...

adoi En Mat, nasi goreng takde telor goreng umpama botol Coca-Cola takde cap. masih boleh dimakan tapi kalau ader telor lagi sedap :) Bro, pukul brapa kena ada kat Amcorp? 8.30AM ok tak?

MgtBobber, aku senantiasa lapar bro, kena diet ni :)

Ayah Aiman, aku belum tengok barang lagi ni, rasanya esok baru aku nak start. Ha... jgn lupa ya bawak benda 7Up yang aku minat sangat tu :) Manalah tau kan, hehehe.

Blurguys79, buleh bro, nasi goreng satu! Hehehe.