Tuesday 4 May 2010

FIFA World Cup Trophy Tour by Coca-Cola Part I

Mungkin ada diantara geng collectors dan bloggers yang tidak berkesempatan melawat FIFA World Cup Trophy Tour oleh Coca-Cola pada 29 Januari 2010 lepas. Di sini saya paparkan gambar yang sempat ditangkap di MidValley Megamall pada hari itu. Daripada disimpan dalam hard-disc ada baiknya saya kongsikan bersama. Bak kata pepatah orang putih, sharing is caring :)

Di sini saya tengah beratur untuk membeli Coca-Cola yang berharga RM2.70 sebotol. Dengan pembelian 2 x botol 1.5L anda berpeluang untuk mencuba nasib di Coca-Cola Refreshment Wheel. Spin the Coca-Cola refreshment wheel to win great prizes! Sebenarnya taklah se'great' mana pun hadiah dia, ada dua hadiah yang boleh dimenangi. 1. Tiket masuk ke Trophy Tour exhibition. 2. Mini Horn Coca-Cola. Mungkin harapan saya terlalu tinggi kerana saya rasa Coca-Cola patut menghasilkan barangan yang lebih menarik, kalau takpun mungkin mereka boleh menjual merchandise World Cup Coca-Cola tapi satu booth jualan merchandise pun tak nampak. Apa-apa pun syukurlah dapat tengok Piala World Cup secara dekat dan dapatlah beberapa biji Mini Horn Coca-Cola untuk dibawa balik.

No comments: