Monday 20 September 2010

1950's Schweppes Flat Top 'Soda Water' Can

Semasa ke Saigon, saya sempat memburu barangan soda di sana. Di antara barang yang dibeli ialah tin Schweppes 13 FL OZ jenis 'flat top' yang digunakan semasa Perang Vietnam dari tahun 1955 hinggalah ke penghujung dekad itu (kemungkinan juga masih digunakan sehingga tahun 1960an). Soda Water ini diexport khas dari Australia untuk kegunaan askar Amerika. Ianya masih mengandungi minuman dan keadaannya sedikit kemek, terpulanglah kepada anda untuk berimaginasi. Tin yang diperbuat dari 'steel' ini memerlukan 'can opener/church key' atau peralatan tajam untuk dibuka. Kalau anda mahir menggunakan 'metal detector', agaknya banyak lagi tin yang boleh dijumpai di sana, itu pun kalau anda berani!

4 comments:

MgtBobber said...

Cun la can ni bro!!

frightrice said...

Barang macam ni memang tak lepas pandang kalau ada orang macam kita nih :)

blurguyz79 said...

lain macam jer bunyi "berani" tu,hahaha.nanti lain pula yg terscan.nice item bro!

frightrice said...

itulah bro, hehehe. dalam tahun 2000 ada laporan cakap 38,000 orang mati kena mines & bombs even after the war ended in 1975. injured pulak dalam 64,000 orang. so kalau ada yang rajin nak metal detect kat sana, either he's a bomb expert or an idiot :) even masa kat sana i was told to follow the path, jadi tak dapek la aku nak memandai jember carik botol :)