Tuesday 9 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Merujuk kepada buku Kinta Valley # Pioneering Malaysia’s Modern Development oleh Khoo Salma Nasution dan Abdur-Razzaq Lubis, pembekalan dan pengedaran ‘aerated water’ di Perak adalah dibawah kawalan dua buah syarikat berketurunan India Muslim. Pada masa itu air yang boleh diminum sukar diperolehi di kawasan perlombongan dan ini telah memberi kepentingan kepada perniagaan ‘aerated water’. Peluang ini diambil oleh Syed Burhan dari Taiping dengan membuka kilang ‘Perak and Pinang Aerated Water’ pada tahun 1887. Penyaing utama pada masa itu ialah Shaik Adam, pengasas kilang Kinta Aerated di bandar Taiping, Kampar dan akhirnya Ipoh dimana beliau menumpukan perhatiannya disini. Kedua-dua syarikat ini pula telah diberi saingan yang sengit apabila Fraser & Neave, Singapore membuka cawangan di Ipoh pada tahun 1910. Shaik Adam sebelum itu menggunakan kemewahan yang ada untuk membina sebuah masjid India di Ipoh dengan kos $500,000 pada tahun 1908.

Kita tidak nafikan perniagaan ‘aerated water’ pada masa itu sangat menguntungkan, sudah tentu juga botol codd ini tidak terkira banyaknya dan anda boleh bayangkan air soda ini tidak putus-putus diminum :) Tetapi soalan yang bermain di fikiran kita ialah dimana perginya botol-botol ini semua? “Hai botol, dalam beribu-ribu, takkan satu pun aku tak jumpa?”

Tuah ayam di kaki, tuah kita hanyalah usaha dan rezeki, baru-baru ini saya telah menjumpai botol Kinta Aerated Water Company # Ipoh. Terus terang saya katakan bahawa saya sudah agak kecewa untuk menjumpai botol codd jenama ini, cukuplah tengok gambar rasanya. Tidak semena-mena rezeki datang walaupun keadaan botol kehijauan ini tidak sempurna tetapi syukurlah :) Botol yang dikeluarkan oleh Barnett & Foster Makers London, N. (23, Forston Street, Shepherdess Walk) ini menggunakan patent Niagara yang sangat popular digunakan oleh pengusaha ‘aerated water’. Saya mendapat tahu botol jenama ini juga ada dikeluarkan di Germany. Selain dari ‘double pinch’ atau dua lekuk yang terdapat pada botol, patent Niagara juga boleh dicam melalui nombor ‘registered’ Rd 65433 yang di'emboss' pada botol ini. Dua lekuk bermaksud 2 penahan guli codd, jadi lebih senanglah botol ini diminum dari mana-mana arah.

Seperti biasa, dari satu botol kita akan cuba menambah koleksi dari jenama yang sama, semakin besarlah mata saya mencari selepas ini :) Bagi saya ‘thrill’ bagi seseorang collector ialah mencari apa yang dia belum ada. Sudah tentulah juga anda mempunyai cara tersendiri untuk memburu, yang penting anda perlulah berfikiran positif.

6 comments:

MgtBobber said...

Cun gile botol ni!!!

frightrice said...

Thanks bro :) Aku rasa ada banyak lagi version codd Kinta AW Co ni.

Fitri Osman said...

rezeki tu.. best..!! best..!!

frightrice said...

Syukurlah Fitri, kena teruskan usaha mencari lagi :)

Iaryylr said...

Syabas Bro! teruskan Usaha!

frightrice said...

Thanks iaryylr :)