Tuesday 1 February 2011

Botologi 4K

Sewajarnya 'botologist' yang menganjurkan 'Botologi Hi Tea' diberi kepujian kerana bagi saya ianya suatu 'event' yang berjaya. Nampaknya hobi kita ini telah dinaik taraf ke suatu peringkat baru yang boleh kita banggakan. Selain dari mengupas limau mandarin, ingin juga saya kupaskan pengertian peringkat baru yang saya maksudkan. Dulunya kita hanya mengumpul dan bercakap kosong mengenai botol dan sebagainya tetapi di alaf 'cloud computing' ini, kita berjaya meyakinkan minat kita ini ke arah hobi yang berbentuk professional. Sedar tak sedar kita telahpun melalui apa yang saya katakan sebagai 4K. 4K bukanlah bermaksud gaji anda hendaklah 4 ribu keatas :) 4K yang dimaksudkan ialah 1. Kumpul 2. Kawan 3. Kongsi dan 4. Kaji. Rasanya semua orang tau.

1. Kumpul
Setiap 'collector' bermula dengan mengumpul apa yang diminati. Tidak kisahlah anda mengumpul apapun tetapi tiada siapa sebenarnya yang boleh mempertikaikan 'passion' anda mengumpul sesuatu barang yang anda minati. Jangan disebabkan belum cukup barang ini anda dilabel sebagai collector kurang lengkap, yang penting anda dalam proses mengumpul. Bagi saya pemburuan mendapatkan sesuatu barangan yang anda belum ada itulah suatu kepuasan atau 'thrill'.

2. Kawan
Tanpa kawan anda masih boleh mengumpul tetapi anda perlukan 'networking' untuk berinteraksi mengenai minat anda. Yang penting hormat menghormati di kalangan kita, tidak rugi rasanya jika otai merendahkan dirinya sedikit, minta maaf jika saya katakan takkan jatuh mahkota/gelaran seseorang itu. 'Otai will always be an otai' :)

3. Kongsi
'Event' Botologi Hi Tea ini ialah suatu perkongsian, kita berkongsi ilmu, mempamerkan barangan, kemahiran, dan pengalaman masing-masing. Blog dan facebook adalah suatu bentuk perkongsian maklumat dan pendapat. Berkongsi juga adalah melalui jualan atau pertukaran, anda berkongsi barangan lebih yang ada pada anda.

4. Kaji
Kajian ialah suatu process dimana anda mencari maklumat mengenai koleksi yang anda kumpul. Kajian boleh dilakukan dari segi penggunaan, sejarah, pengalaman dan sebagainya. Agak mengecewakan jika anda tiada fakta langsung mengenai apa yang anda kumpul dan tiada bukti sokongan yang kukuh.

Banyak lagi yang boleh kita huraikan di sini tetapi secara ringkasnya dapatlah bersama-sama kita memahaminya. Mungkin selepas ini anda boleh menambah ke 5K atau sebagainya, terpulanglah. Terimakasih kepada para botologist yang menganjurkan event ini dan terimakasih juga kepada Ipoh Station Antique Cafe, 'one of the coolest restaurant in Malaysia'. Maaf agak lama menyepikan diri, bukannya saya merajuk cuma agak sibuk sedikit dengan tugasan. Insyaallah saya akan aktif menyambung blog tidak lama lagi. Tiada gunanya mendabik dada tetapi pada hari ini saya bangga menggelarkan diri saya seorang botologist :)

Ipoh Station Antique Cafe, Bandar Puchong Utama

Geng 'botologi' Megat Shazrin

Geng-geng 'botologi'

7 comments:

MgtBobber said...

Ya bro.. Aku setuju dengan apa yang kau tulis ni.. Apa-apa pun terima kasih kerana datang memberi sokongan dan menyerikan majlis baru-baru ni..

frightrice said...

No wories la bro, we always support each other dari dulu lagi.
* Kacaklah video kau ari ya, ada beloyar indah, bila tek nok ngembak miak Serawak JV? (* Loghat Melayu Sarawak) :)

Fitri Osman said...

walaupun ada misi lagi penting tetapi bro tetap datang jugak..memang 4k bro ni...

blurguyz79 said...

bro FR,1k lagi...Kagum.

frightrice said...

Fitri, tengkiu bro. Ari tu dengar ada tambahan dari 4K, kelakar siot :)

blurguyz79, aku carik2 jugak blurguyz ari tu... tak jumpa :) Maybe next event bro! insyaAllah.

Unknown said...

tahniah bro.kami ttp menyokong walau tak dpt join.teruskan usaha.

frightrice said...

Terima kasih Maizam Mohd Diah.