Thursday 7 April 2011

Sinalcoman 1968

Pada tahun 1953, Encik Ching melibatkan diri dengan perniagaan minuman soda ketika berusia 29 tahun. Beliau dilantik oleh National Aerated Water Co. Ltd., Singapore sebagai pengarah syarikat. Encik Ching menjadi pengarah urusan syarikat apabila Encik Yap Shing Min, 'co-founder' syarikat itu meninggal dunia pada tahun 1956.

Beliau pernah berkunjung ke kilang Sinalco di England, Amerika Syarikat dan Jepun untuk mempelajari teknik pemasaran dan juga perkara yang berkaitan. Beliau juga mengunjungi kilang pertama Sinalco di West Germany dan di situlah beliau mempelajari ilmu yang paling penting iaitu kaedah perawatan air dalam penghasilan minuman Sinalco. 

Adakah ini Encik Ching Kwong Yew? Beliau mungkin berusia 44 tahun ketika gambar ini diambil.
* Lelaki dalam gambar ini bukan beliau.

2 comments:

Anonymous said...

SAPE-SAPE RASA MINUMAN SOFTDRINKS SINALCO PATUT DIJUAL SEMULA DI MALAYSIA, SILA SMS HAJI LUBIS 0125184999. 1960-1970 dulu HAJI LUBIS PERNAH EDARKAN SINALCO

frightrice said...

Saya rasa patut tapi bentuk botol pet kena ikut botol kaca original, baru nampak classic! Bila agaknya frightrice boleh jumpa Haji Lubis? :)