Wednesday 5 May 2010

Drink Sinalco 1968

Gambar di tapak promosi minuman soda Sinalco ini diambil pada tahun 1968. Kelihatan beberapa orang ahli Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) turut bantu menjayakan promosi ini. Di Malaysia, PPM baru ditubuhkan pada November 1964.

Kalau anda memiliki mata yang tajam, perhatikan 'Bottle Display' Sinalco yang diperbuat dari cardboard ini. Nampak tak? Bottle display seperti ini adalah diantara barangan yang sukar diperolehi lagi dan sudah tentu valuenya pun eksklusif. Sekiranya gambar ini berwarna, saya pasti payung besar ini berwarna merah dan kuning.

Kalau masih tak nampak, inilah 'Bottle Display' Sinalco yang saya maksudkan (kasi zoom baik punya). Saya yakin kita masih boleh menjumpainya tapi persoalannya dimana?

7 comments:

MgtBobber said...

Fuhh!! geram betol aku tengok botol tu, siap kad advertisment lg!!

frightrice said...

Memang geram bro, manerlah nak carik ni? Bro Daud ada bottle display ni :)

hewsim87 said...

cardboard dislay ni, masih boleh di dapat daripada collector hands. I dah ada 3 so far. Sam

MgtBobber said...

Aku ada sekeping bro!! heheh..

frightrice said...

Bro hewsim87, if its too much for you, trade la dgn i satu? :)

Bro Mgt, dulu apa yg kau takda? Aku pegi kedai hang mcm aku pegi National Library buat reference :)

MgtBobber said...

Itu dulu bro.. sekarang manada dah..

frightrice said...

Pelan2 bro, mana tau jumpa lubuk :)