Friday, 9 July 2010

Dafi, Shila duta Coca Cola

Bertuah sungguh dua bintang muda kelahiran program realiti, Dafi dan Shila. Satu demi satu tawaran menjadi duta produk datang kepada mereka.

Sesuailah dengan usia mereka yang masih muda dan mempunyai ramai peminat di kalangan remaja sebaya yang menjadi sasaran utama produk yang diwakili.

Terbaru mereka dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola.

Nampaknya langkah mereka menjadi anak seni tidak dipandang sepi walaupun kedua-duanya bukanlah juara program yang mereka sertai.

Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu.

Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu.

"Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi.

Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing.

Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu.

Sumber: Mangga Online DITULIS OLEH ROSLI MANAH; KHAMIS, 26 FEBRUARI 2009 13:08

No comments: