Wednesday, 18 August 2010

The Sore Loser

Pada pandangan saya, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penghasilan blog supaya pembaca tidak kira siapa dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan. Pembaca di sini termasuklah orang yang tidak kita kenali, rakan kita, jiran kita, dan termasuklah juga keluarga kita. Jadi kalau malu dikentut, kenapa tak malu bila berkentut? Kadang-kadang apa yang ditulis boleh mencerminkan peribadi seseorang tetapi lain pula yang bersikap ‘pegi jahanam’! Sedap ‘jer’ melepas tetapi bila orang lain melepas dia melenting tak nak kalah walhal dia yang melepas dulu dan mati-mati tidak mengaku! Orang yang tidak terlibat pun turut memekup hidung kerana busuk yang melampaui batas. Kasihan…

Sedikit sebanyak blog saya ini ada berkaitan dengan sejarah jadi wajarlah sejarah dimuatkan dengan gambar-gambar bodoh. Oh ya! Pada posting yang lepas saya ada menulis berkenaan bodoh, jadi tak perlulah saya menerangkannya lagi. Saya cuba membuat kelainan dalam blog saya dari segi konsep, berjaya atau tidak terpulanglah kepada anda, hehe. Kalaulah semua rakan-rakan bloggers menghasilkan konsep yang serupa, tentu agak membosankan. Cuba bayangkan seluruh pasar Ramadhan menjual karipap kentang? Kalau buat pertandingan pun siapa agaknya yang menang? Bagi saya blog ini bukan suatu pentas untuk bermegah-megah dengan koleksi yang ada tetapi malangnya...

Koleksi saya tidaklah sehebat mana tetapi saya bersyukur dan saya gembira dengan apa yang ada. Tak perlulah saya bertanding dengan sesiapa pun. Wahai hero tersohor, tak perlulah kasihan dengan kami malah kami lebih kasihan dengan perangai kamu yang teramatlah kelakar. Siapa yang sebenarnya dengki? Setakat gambar bodoh ni pun boleh dibangkitkan, kamu ‘save’lah dalam desktop buatlah wallpaper. Nah! Kamu pun ada juga gambar-gambar bodoh tahun 70an ini. ‘Hambik’lah semua! Kalau ada peluang akan saya postkan gambar-gambar lain khas untuk anda.

Minta maaf kalau saya seperti mengganggu dan menyekat pembelajaran. Sebagai seorang yang benci tapi rindu saya juga pernah memujuk hero kita ini dengan ikhlas. Tentu anda tidak lupa dengan peristiwa penutupan blog yang amat dasyat itu, ini hanyalah kali kedua. Sedarlah penutupan blog ini hanyalah peluang untuk menuding jari ke atas saya dan rakan-rakan lain yang kononnya dengki dengan harta karun Gaban. Usahlah Melayu digunakan sebagai alasan.

Ramai kawan-kawan yang menasihati saya supaya mendiamkan diri dan jangan dilayan sebab Gaban ‘will never lose’. Tetapi biarlah saya jelaskan bahawa penulisan ini bukan untuk kemenangan atau ingin menjadi ‘hero’ :) Sebenarnya saya ‘sajer’ nak tengok Gaban (宇宙刑事ギャバン) beraksi, macam-macam 'gadget' yang dia ada termasuklah Laser Z Beam, Silver Beam. Laser Blade, Gavan Dynamic, Gavan Punch, Gavan Kick, Dimension Bomber dan bermacam lagi peralatan yang canggih. Ini tidak termasuk kenderaan lagi, tak terlawan oleh kita yang baru nak memasang langkah. Saya hanya mampu melarikan diri sambil ketawa. Dulu bangga rasanya berkawan dengan Gaban tetapi sekarang rasa kelakar pula, ayuh Gaban!

4 comments:

afzarizal said...

wow..what a good statement there bro..ada yang betul,ada yang tidak.mana yang betul aku akan jadikan simpanan.dan mana yang tak betul akan aku jadikan sempadan.bukan semua orang perfect ya.keep up ur good work ya.makin rindu pulak nak tengok gambar2 yang dah lama ko tak posting tu.enjoy!

frightrice said...

Semua orang mempunyai kelemahan masing-masing, termasuklah frightrice sendiri. Rindu yor, insyaAllah aku kasi 'post' tak lama lagi, tunggu... Thank you :)

Iaryylr said...

apa-apa sajalah bro, saya enjoy dengan blog bro dan rakan-rakan, teruskan usaha, semoga berjaya!... syok tengok gambar-gambar lama, menarik!

frightrice said...

Thank you bro, saya dan geng lain tentu 'happy' dengan comment anda ini. Banyak juga sms yang saya dapat dari pembaca blog Reviving History, terimakasih semua kerana menyokong.