Monday 22 November 2010

F&N Institut Teh Tarik # Glass

Pada suatu pagi saya bersarapan di Restoran Nasi Kandar Pelita SS2 Petaling Jaya dan memesan satu roti canai, dua biji telur setengah masak dan satu teh tarik. Sejurus tibanya pesanan, mata saya terus tertumpu kepada gelas teh tarik tersebut, memang lain dari yang pernah saya nampak :) Walaupun gelas ini tidaklah sehebat gelas Fraser & Neave Ltd. # Coronation of Queen Elizabeth II # June 2nd 1953 tetapi ianya cukup menarik. Bagi saya inilah gelas teh tarik 'coronation' terunggul walau tidak ditulis 'coronation' pun di situ :) Ada dua cara untuk memilikinya, A. 'Cara baik' dan B. 'Cara tak baik'. Selesai sarapan saya membawa gelas kosong tersebut ke 'counter' bayaran, terasa perjalanan saya itu sangat jauh kerana beberapa mata sedang mengekori gerak geri saya, apa yang dia nak buat dengan gelas ni?! Sampai di ‘counter’ saya pun meletak gelas tersebut di atas meja sambil berkata, "Boleh saya beli gelas ni?". Mamak tersebut tersenyum dan berkata, "Apa you nak buat?". "Saya sangat suka gelas ni, saya nak simpan buat collection" sambil membalas senyuman mamak tersebut.


Kurang dari seminit kemudian saya dengan bangganya berjalan dengan gelas teh tarik di tangan dan senyuman di muka, apa tidaknya, mamak memberi gelas dengan percuma! 'Moral of the story', tak perlulah memilih jalan B kerana jika kita ikhlas jalan A pun boleh dapat :)

7 comments:

Pak Haji said...

Memang sangat menarik gelas ni bro..
Biasanya gitula..kalau kita jujur akan dapat..kadang2 sebaliknya...tgk nasib jugak kan..

frightrice said...

Betul tu bro, tengok rezeki jugak.

Siapa yang suka minum teh tarik sukalah gelas ni :)

blurguyz79 said...

bro FR,boleh ulangi lagi cara A tu untuk aku,hahahaha.

frightrice said...

Blurguyz, no problem tapi rasanya kena try kedai mamak lain pulak, hehehe.

Spallan said...

ahaaa, satu penemuan yang ajaib. tak sangka pula ada institut teh tarik. syabas bro (errr, ada lagi ka kat situ, mau cuba nasib...)

frightrice said...

Spallan, rasanya ada lagi tu bro :)

Check this out http://www.instituttehtarik.com/

Wherever you see the ‘Institut Teh Tarik’ emblem at a food outlet, you’ll be sure to find a great tasting cup of teh tarik.

The ITT emblem represents the ‘Gold Standard’ in experiencing your favourite teh tarik beverage. It means the outlet uses quality ingredients from F&N products and maintains high service standards. This standard of quality is pioneered by F&N.

ITT is dedicated to promoting Malaysia’s favourite drink, teh tarik, and its cultural heritage. It also aims to help young entrepreneurs achieve success in the food outlet business through various programmes.

For the very best in teh tarik quality, look for the ITT emblem wherever you go.

frightrice said...

Malaysians consume 5 billion mugs of teh tarik every year. (© Institut Teh Tarik)