Thursday, 1 March 2012

Centennial Celebration Coca-Cola Singapore pull tab can

Baru-baru ini saya membeli tin ini dari seorang rakan facebook dengan harga yang berpatutan. Walaupun 'golden glow'nya agak luntur tetapi saya berpuas hati, 'tab'nya belum dibuka dan yang penting tidak kemik. Coca-Cola Singapura pernah mempromosikan tin 'gilded' yang disaluti warna emas ini selama 4 hari dan tidak kurang dari 20,000 tin ini telah diedarkan kepada pelanggan pada masa itu. Menarik bukan? Jangan katakan 20, ada tidak 2 biji tin ini di tangan kita? Ini pula tin saya yang pertama! Sedihnya. :)

Tin Coca-Cola Centennial Celebration dan 50th Anniversary Singapore ini adalah hasil ilham Encik Alan Goh, pengurus koperat pasaran ekspot Coca-Cola dengan dibantu Encik Teo Poh Chye, pengurus pasaran F&N. Ini adalah sempena 100 tahun usia Coca-Cola dan juga 50 tahun F&N bersama mereka sejak 1936. Tin emas ini asalnya kosong (tidak berisi) dan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli 6 tin Coca-Cola sewaktu promosi. 7 biji tin emas telah dihantar ke Atlanta dan satu daripadanya disimpan di Coca-Cola Archives bersama 100,000 'memorabilia' lain di sana. Dimana anda pada tahun 1986? Masih bersekolah? :)

Wednesday, 22 February 2012

Cleaning A Rusty Can

Di antara YouTube yang berguna untuk saya. Selamat mencuba!

Bottle Digging - In Search of Codd

Di antara YouTube pilihan saya, klik sini untuk video lengkap (49:01).

Tuesday, 21 February 2012

Sandakan Ice & Aerated Water Co. Ltd.

Di antara jenama soda dari British North Borneo ialah Sandakan Ice & Aerated Water Company Ltd. yang pernah dikendalikan oleh Harrisons and Crosfield (Borneo) Limited. Gambar kilang The Sandakan Ice and Aerated Water ini diambil dari poskad sekitar tahun 1900 hingga 1910-an.

The Sandakan Ice and Aerated Water Factory, British North Borneo

Bandar Sandakan, Sabah sekitar 1900-an

Saturday, 18 February 2012

Battle of the oren

Kini keduanya bertembung sekali lagi! :)

Wednesday, 15 February 2012

Kong Chee Cheong, Penang Codd Bottle

This 14oz Kong Chee Cheong, Penang codd belongs to my buddy Sam Hew; collector Abaj juga memiliki codd yang sama. Jenama ini menggunakan ikon naga jenis Wyvern. Makhluk mitos dari Wales ini mempunyai dua pasang kaki dan ada kalanya empat pasang kaki.


Naga Wyvern

Eastern Aerated Water Company Ltd.

Saya sempat melawat Titanic The Artifact Exhibition 100th Anniversary di Singapura baru-baru ini. Pameran ini mampu memberi kesan emosi kepada diri saya walaupun kita sedia maklum tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas 1912 ini. Satu lagi sebab saya beremosi kerana tidak dapat berkongsi dengan anda apa yang saya lihat. Pameran ini tidak membenarkan sebarang rakaman gambar, 'strictly no photos allowed' katanya.

Sedang asyik membaca email di BlackBerry, tidak sengaja pula terambil gambar ini. Secara kebetulan ianya gambar botol soda Cantrell & Cochrane. Botol jenama Cantrell & Cochrane ini turut karam bersama kapal Titanic pada tahun 1912. Jenama ini diperkenalkan pada tahun 1852, pada mulanya mereka adalah pengeluar soda waters dan spirit. Anehnya tiada sebarang botol codd yang saya nampak (mungkin  tidak dipamerkan), kalau ada sudah tentu dengan tidak sengajanya saya terambil gambar.

Ini pula bangunan Eastern Aerated Water Company Ltd. yang saya percayai dibina sekitar tahun 1936 di Geylang Road, Singapura. Pada masa itu kilang jenama kapal ini dilengkapi peralatan moden dari Amerika Syarikat yang mampu mengeluarkan 12 jenis minuman soda.

Pada September 1961, trade mark 'Ship' atau kapal ini memperkenalkan minuman soda jenama Tropi dari Jerman Barat. Tropi adalah minuman soda dari 6 jenis jus buah-buahan iaitu blackcurrant, lemon, woodruff, orange, raspberry dan apple. Ketua pengurusnya Encik Wong Meng Par bercadang mengeluarkan 36,000 botol Tropi sehari. Pada masa itu Tropi juga diekspot ke Federation Borneo Territories dan Indonesia.  

Boleh jadi Eastern Aerated Water Company Ltd. mendapat ilham jenama mereka dari kapal Titanic. Seperti Titanic, bangunan ini hanya tinggal bangkai sahaja dan tidak lagi beroperasi seperti dahulu.

"Macha, ada jumpa botol ka? Find any bottles?" Seterusnya saya dihalau dari kawasan itu (belakang kilang Eastern Aerated Water) kerana menceroboh kawasan bahaya. 

Monday, 5 December 2011

Coca-Cola Heritage Fair 2011

Sejak kejadian letupan saluran gas yang berlaku pada 28 September lalu, saya agak keberatan untuk menjejak kaki di Empire Gallery buat sementara waktu. Tahniah kepada penganjur 'Coca-Cola Heritage Fair 2011' kerana telah menjayakan pesta pameran yang begitu hebat sekali. Tidak dinafikan sampai terlupa insiden letupan gas tersebut, sebaliknya gas dari botol Coca-Cola yang menarik perhatian. Apapun tahniah sekali lagi kepada para penganjur, bak kata slogan Coca-Cola 1908, its 'good til the last drop'!

What's Freddie doing? :)

 
Saya dicabar pengacara pameran bermain foosball. Lebih kurang begini katanya, "If you lose, you have to donate RM10, if you win you'll get 6 cans of Coke! It's a deal?". Teruja, saya pun berkata, "Let's do it bro!". Mujurlah hanya 6 tin dan bukannya meja foosball sebagai ganjaran!

Tuesday, 25 October 2011

Selamat Hari Deepavali

Saya ingin mengucapkan 'Happy Deepavali (தீபாவளி)' kepada rakan-rakan collector yang meraikannya dan selamat bercuti kepada semua :)

Monday, 25 April 2011

Malu bertutur jadikan Bahasa Melayu terpinggir - TPM

KUALA LUMPUR 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna bahasa Inggeris tak berapa ‘glamour’, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Firdaus bertanya mengenai punca kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, syarikat-syarikat awam dan swasta dan sama ada keadaan itu berlaku disebabkan kaedah pengajaran bahasa itu. - Bernama

Utusan Malaysia Online
25/04/2011 3:14pm