'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Thursday, 15 March 2012
Wednesday, 14 March 2012
Sarawak Chuang Mui
Jenama Chuang Mui dikeluarkan oleh Chuang Mui Foodstuff Manufacturing Co. Sdn. Bhd. dari Kuching, Sarawak. Setakat ini saya hanya tahu mereka ada mengeluarkan minuman air bunga (chrysanthemum) dan yang menarik sekali ialah minuman cendawan! :)
Chuang Mui dengan 'trade mark' dua ekor burung merak
Minuman Air Bunga Chuang Mui
Minuman Cendawan Chuang Mui
Tuesday, 13 March 2012
Monday, 12 March 2012
Friday, 9 March 2012
Monday, 5 March 2012
Salter No. 50 scale
Penimbang Salter No. 50 ini dihadiahkan oleh seorang rakan beberapa tahun lepas. Saya kurang pasti bila model ini dikeluarkan. Mukanya dari tembaga tetapi dulang dan jarumnya telah hilang.
Baru-baru ini saya begitu bersemangat untuk mengilat muka penimbang 'Made in England' ini. Setelah lebih 1 hari menggunakan Autosol dan kain buruk, saya gembira melihat hasilnya yang berkilat. Secara langsung ia menyebabkan saya lebih menghargai barang yang dirasai kurang nilainya.

Berkilat seperti cermin :)
Sunday, 4 March 2012
Friday, 2 March 2012
Thursday, 1 March 2012
Centennial Celebration Coca-Cola Singapore pull tab can
Baru-baru ini saya membeli tin ini dari seorang rakan facebook dengan harga yang berpatutan. Walaupun 'golden glow'nya agak luntur tetapi saya berpuas hati, 'tab'nya belum dibuka dan yang penting tidak kemik. Coca-Cola Singapura pernah mempromosikan tin 'gilded' yang disaluti warna emas ini selama 4 hari dan tidak kurang dari 20,000 tin ini telah diedarkan kepada pelanggan pada masa itu. Menarik bukan? Jangan katakan 20, ada tidak 2 biji tin ini di tangan kita? Ini pula tin saya yang pertama! Sedihnya. :)
Tin Coca-Cola Centennial Celebration dan 50th Anniversary Singapore ini adalah hasil ilham Encik Alan Goh, pengurus koperat pasaran ekspot Coca-Cola dengan dibantu Encik Teo Poh Chye, pengurus pasaran F&N. Ini adalah sempena 100 tahun usia Coca-Cola dan juga 50 tahun F&N bersama mereka sejak 1936. Tin emas ini asalnya kosong (tidak berisi) dan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli 6 tin Coca-Cola sewaktu promosi. 7 biji tin emas telah dihantar ke Atlanta dan satu daripadanya disimpan di Coca-Cola Archives bersama 100,000 'memorabilia' lain di sana. Dimana anda pada tahun 1986? Masih bersekolah? :)

Subscribe to:
Posts (Atom)