Tuesday, 20 March 2012

What's in Chatuchak (จตุจักร)?

Sawaddee krub! Lawatan ke Chatuchak atau Jatuchak Weekend Market di Bangkok tahun lepas. Salah satu aktiviti menarik (kalau anda bukan kaki shopping) ialah chan yak gin atau makan! Datang awal, ideally around 9am to 10am to beat the crowds and the heat.


Saman Islam, a Thai-Muslim restaurant that serves a tasty chicken biryani.

Gerai makanan di lokasi ini حلال. Alhamdulillah!

Satay dengan roti.

Beriani ayam.

Beriani daging, highly recommended!


Section 1 is the place to go for old LPs and other random antiques. More secular arts and crafts, such as musical instruments and hill-tribe items can be found in Sections 25 and 26. Baan Sin Thai sells a mixture of kŏhn masks and old-school Thai toys, all of which make fun souvenirs.

Antik!

Antik lagi!!

Sekali lagi antik!!!

Lagi-lagi antik!!!!

"Sawaddee krubbb, excuse me, do you have any marble bottles?... Bottle with marble??... Marble in a bottle???... Bottle got marble inside???? Hm, nevermindlah!"  

Bahangnya cukup terasa, pastikan anda minum dengan secukupnya.

Sebesar-besar market ini rasanya Amcorp Mall lebih menarik, kob kun krub!

Monday, 19 March 2012

Your luggage sir!

Seorang yang saya kenali sedang seronok bercuti selama sebulan di London. Dia menghantar WhatsApp gambar ini kepada saya dan katanya ini di sebuah stesen keretapi lama. Troli bagasi seperti ini sesuai dijadikan meja, sangat industrial!

Seluar cerut apek

Koleksi seluar cerut apek yang dibiar kering seperti ikan masin, dasyat betul! :)

Sunday, 18 March 2012

Tangs

Saya berkunjung ke Tangs baru di 1 Utama petang tadi dan tertarik dengan lantai jubin yang mereka gunakan seperti yang biasa kita nampak di Melaka dan Penang.

Exploring an old building in Santubong

Gambar ini diambil di sebuah bangunan tinggal lama di Santubong, Sarawak pada 19 July 2007. Anda perlu lebih berhati-hati apabila memasuki bangunan sebegini kerana strukturnya sukar dijangka. Apapun ini tidak melemahkan semangat Indiana Jones, konon.

Tab air

Pemandangan Gunung Santubong yang indah dari bangunan ini

Menariknya tingkap-tingkap ini!

Lantai bilik airnya cantik berwarna merah

Tangga kayu yang masih tegap kukuh

Dibawahnya batu

Tempat seperti ini biasanya dihuni bermacam spesis ular

Selepas menggoggle rasanya ini ular spesis 'Chrysopelea paradisi' atau Paradise Tree Snake/Paradise Flying Snake. Betul ke ular ni boleh terbang?

Apa agaknya nasib bangunan ini sekarang?

Saturday, 17 March 2012

Jonker Street in 2006

Gambar-gambar ini diambil Jonker Street, Melaka pada 2006.


Topi bomba.

1967 Zippo from Saigon

Dari pengalaman, kebanyakan Zippo yang saya nampak di Saigon (Bandar Ho Chi Minh) boleh dikatakan semuanya fake walaupun seakan original! Saya membeli Zippo era Perang Vietnam ini kurang dari US$90. Ianya datang dengan kotak dan discription asal.

Discription ini menunjukkan lambang atau 'military insignia' yang boleh diletakkan pada Zippo ini. Insignia tertentu menunjukkan seseorang itu Army (Army Emblem), Air Force (Pilot Wings, Air Force), Navy (Navy Anchor, Pilot Wings, Officers Insignia) atau Other Military (Coast Guard, Marine Corps).

Zippo model No. 200 Brush Finish

Zippo meletakkan kod-kod tertentu untuk menentukan tahun keluarannya. Model saya ini mempunyai kod 'IIII III' iaitu tahun 1967.  

Friday, 16 March 2012

Société Céramique Maestricht

Piring kopi serba putih jenama Société Céramique Maestricht yang payah disebut ini berasal dari Belanda. Pada tahun 1851 usahawan Winand Nicolaas Clermont dan Charles Chainaye telah menghasilkan tembikar di kawasan Wijck Maastricht. Syarikat mereka telah diambil alih jurutera Belgium Guillaume Lambert pada tahun 1859 dan 4 tahun kemudian syarikat ini dikenali sebagai 'Société Céramique'.

Rasanya 100% saya setuju dengan anda, posting kali ini sangat bosan dan cawannya pula hilang entah kemana!??? :)

HuuUAAarghhh! Boringnyaa...