Sunday, 7 June 2015

Lian Hong Kuala Lumpur

Mengikut sejarah, botol yang diimport oleh Johnsen & Jorgensen jenama Lian Hong Kuala Lumpur ini dipercayai sekitar 1920an. Wilhelm M.Johnsen dan Johan Jorgensen terbabit dengan kerja-kerja pengeluaran kaca di London. Kedua-duanya pendatang dari Norway.

Kuala Lumpur sekitar 1920an

Saturday, 6 June 2015

Ice Water Stall, Kuala Lumpur

Ice water stall in Kuala Lumpur. Notice the codd bottles?

Blogging is dead, long live blogging

Kebangkitan media sosial seperti Facebook yang menggalakkan orang ramai untuk menghantar informasi pendek dan kemas telah lama menyumbang kepada kematian blog termasuklah blog aku ni.

Mackays Aerated Waters

Terletak di Money Street, Perth, Mackays Aerated Waters Factory ditubuhkan pada tahun 1928. Mereka merupakan salah satu daripada beberapa syarikat tempatan pengeluar minuman ringan yang berkembang pesat di Australia Barat pada awal abad ke-20 sebelum didominasi pasaran syarikat-syarikat multinasional seperti Coca-Cola.

Sunday, 9 November 2014

Low Tide Codd Bottle

Jumpa botol codd masa air surut. Sayang dah berkecai!

Chong Kim Eng Kuching Sarawak

Tudung botol jenama Chong Kim Eng dari Kuching, Sarawak. Syarikat ini ditubuhkan pada 1876.

Friday, 18 May 2012

SG127

Botol model SG127 tetapi berlainan jenama ini dikeluarkan oleh Singapore Glass Manufacturers Co., Ltd.

Tuesday, 17 April 2012

Proton Preve

Tahniah Proton!

Lepaking at Sundays, Bangsar part 1

Kedai di Bangsar ini agak menarik kerana mereka menjual reka bentuk dalaman berunsur industrial. Malam itu agak gelap disebabkan 'Earth Hour' di seluruh Malaysia.

'French postal desk' yang berharga RM15,659 ini mungkin dari era 1950an. Drew Pritchard (Salvage Hunters) ada menjual meja yang serupa pada harga £1500 iaitu lebih kurang RM7,300.

Tempat duduk 'swing out' yang beroda, menariknya kerusi ini disatukan dengan meja.

Rak sebegini dipanggil 'pigeon holes' tetapi bukan untuk meletak burung merpati! :)

Tangga besi berputar yang dipasang menggunakan skru.

'Antique dentist furniture metal chest marble top' ini berharga RM25,599. Dengan mudahnya anda boleh membayar 'down payment' kereta BMW 3 Series Sedan atau mungkin kereta Volkswagen Scirocco!

Lampu lantai jenama Jielde ini berharga RM9900. Lampu ini direka oleh Jean-Louis Domecq sekitar 1950an.  

Walaupun harganya 'meletop', kabinet doktor gigi ini sangat cantik buatannya.

Ini pula peti surat kayu dari France yang berharga RM12,559.
'Sodap jer aku tangkap gambo!' :)

Wednesday, 11 April 2012

Traerfromoes!

Ini pun boleh! Haha!