Di antara YouTube yang berguna untuk saya. Selamat mencuba!
'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Wednesday, 22 February 2012
Tuesday, 21 February 2012
Sandakan Ice & Aerated Water Co. Ltd.
Di antara jenama soda dari British North Borneo ialah Sandakan Ice & Aerated Water Company Ltd. yang pernah dikendalikan oleh Harrisons and Crosfield (Borneo) Limited. Gambar kilang The Sandakan Ice and Aerated Water ini diambil dari poskad sekitar tahun 1900 hingga 1910-an.
The Sandakan Ice and Aerated Water Factory, British North Borneo
Bandar Sandakan, Sabah sekitar 1900-an
Saturday, 18 February 2012
Wednesday, 15 February 2012
Kong Chee Cheong, Penang Codd Bottle
This 14oz Kong Chee Cheong, Penang codd belongs to my buddy Sam Hew; collector Abaj juga memiliki codd yang sama. Jenama ini menggunakan ikon naga jenis Wyvern. Makhluk mitos dari Wales ini mempunyai dua pasang kaki dan ada kalanya empat pasang kaki.
Naga Wyvern
Eastern Aerated Water Company Ltd.
Saya sempat melawat Titanic The Artifact Exhibition 100th Anniversary di Singapura baru-baru ini. Pameran ini mampu memberi kesan emosi kepada diri saya walaupun kita sedia maklum tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas 1912 ini. Satu lagi sebab saya beremosi kerana tidak dapat berkongsi dengan anda apa yang saya lihat. Pameran ini tidak membenarkan sebarang rakaman gambar, 'strictly no photos allowed' katanya.
Sedang asyik membaca email di BlackBerry, tidak sengaja pula terambil gambar ini. Secara kebetulan ianya gambar botol soda Cantrell & Cochrane. Botol jenama Cantrell & Cochrane ini turut karam bersama kapal Titanic pada tahun 1912. Jenama ini diperkenalkan pada tahun 1852, pada mulanya mereka adalah pengeluar soda waters dan spirit. Anehnya tiada sebarang botol codd yang saya nampak (mungkin tidak dipamerkan), kalau ada sudah tentu dengan tidak sengajanya saya terambil gambar.
Ini pula bangunan Eastern Aerated Water Company Ltd. yang saya percayai dibina sekitar tahun 1936 di Geylang Road, Singapura. Pada masa itu kilang jenama kapal ini dilengkapi peralatan moden dari Amerika Syarikat yang mampu mengeluarkan 12 jenis minuman soda.
Pada September 1961, trade mark 'Ship' atau kapal ini memperkenalkan minuman soda jenama Tropi dari Jerman Barat. Tropi adalah minuman soda dari 6 jenis jus buah-buahan iaitu blackcurrant, lemon, woodruff, orange, raspberry dan apple. Ketua pengurusnya Encik Wong Meng Par bercadang mengeluarkan 36,000 botol Tropi sehari. Pada masa itu Tropi juga diekspot ke Federation Borneo Territories dan Indonesia.
Boleh jadi Eastern Aerated Water Company Ltd. mendapat ilham jenama mereka dari kapal Titanic. Seperti Titanic, bangunan ini hanya tinggal bangkai sahaja dan tidak lagi beroperasi seperti dahulu.
"Macha, ada jumpa botol ka? Find any bottles?" Seterusnya saya dihalau dari kawasan itu (belakang kilang Eastern Aerated Water) kerana menceroboh kawasan bahaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)