Showing posts with label Kickapoo Joy Juice. Show all posts
Showing posts with label Kickapoo Joy Juice. Show all posts

Thursday, 22 March 2012

Kickapoo bottle opener

Pembuka botol Kickapoo ini dijumpai di atas meja pejabat National Aerated Water Co. (K.L.) Sdn Bhd di Petaling Jaya.

Friday, 16 March 2012

Please take my card!

"Halo, don't just hOi!... me! My name is Hoi, Tan Eng Hoi, please take my card!" :)

Monday, 21 March 2011

Kickapoo Joy Juice Truck 1980's

Gambar dua orang lelaki India dengan lori Kickapoo ini dipercayai diambil sekitar 1980an. Ada sesiapa yang tahu bila no. plat 'BBK' digunakan di Selangor?

BBK7815

Wednesday, 25 August 2010

Kickapoo Joy Juice Fair in 1972 - Part 2

Set gambar ini ialah sambungan dari 'posting' saya yang lepas. Gambar ini diambil pada 1 Januari 1972, kemungkinan tapak pesta seperti ini diadakan sempena menyambut awal tahun baru. Mengikut alamat yang tertera di 'signboard', pesta ini mungkin diadakan di Pulau Pinang. Kalau ada kelapangan masa (bagi yang tinggal di Penang), bolehlah siasat alamat 29 ARGYLL ROAD, wujud lagi tak kedai PAK MAH TRADING SDN BHD?

Tuesday, 24 August 2010

Kickapoo Joy Juice Fair in 1972 - Part 1

Gambar ini diambil pada 1 Januari 1972 di sebuah pesta 'muda-mudi' yang turut mempromosikan minuman soda Kickapoo Joy Juice. Memang nampak 'groovy' gambar ini :) Berbagai jenis 'signboard' atau 'poster' pengiklanan yang dapat kita lihat, kemungkinan juga barangan ini tiada dalam simpanan mana-mana 'collector' (atau mungkin ada). Perhatikan gambar ke dua dari atas, adakah ini gambar botol Kickapoo pendek (7 FL. OZ.) di atas 'signboard' tersebut?

Monday, 23 August 2010

Kickapoo Joy Juice 'Experimentation Section' in 1968

Beginilah keadaan 'experimentation section' bagi pengilang dan pengeluar minuman Kickapoo Joy Juice pada tahun 1968. Dari gambar ini dapat kita lihat ketekunan yang ditunjukkan oleh para pekerja minuman soda ini sebelum ianya selamat sampai ke tangan pelanggan. Perhatikan botol sirap 'Kickapoo Joy Juice' yang tersusun diatas meja makmal, tentu lebih menarik kalau ianya berada di atas meja anda sekarang :)

Friday, 23 July 2010

Kickapoo Joy Juice Truck

Papan iklan Kickapoo Joy Juice 'Done Arrived!!' ini terletak di bahagian belakang lori. Lori ini masih menggunakan Had Laju 35 B.S.J., lebih kurang 56 km sahaja. Pada hari ini kalau anda memandu di 'highway', lori dan bas jauh lebih laju dari had kereta :)

D9479

Thursday, 22 July 2010

Kickapoo Joy Juice Production Department in 1968

Beginilah keadaan bahagian pengeluaran minuman soda Kickapoo Joy Juice di kilang National Aerated Water Co. (K.L.) Ltd. pada tahun 1968. Perhatikan 'uniform' pekerja wanita yang menyerupai jururawat hospital. Pada masa itu, proses penghasilan minuman soda ini kelihatan cukup bersih dan teratur.

Tuesday, 22 June 2010

Invoice for Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.

Sharikat Kow Long Ban Chin Kilang Ayer Lamned (Kow Long Ban Chin Aerated Water Co.) ini terletak di No. 83, Jalan Syed Zain, Kuala Trengganu. Pada masa itu TEL: No. 169 hanya mempunyai 3 tiga digit sahaja. Blog saya ini dinamakan Reviving History: A Story of Ayer Lamned. 'Ayer Lamned' berasal dari perkataan Melayu lama bagi air iaitu 'ayer' dan perkataan Inggeris 'lemonade'.

Monday, 14 June 2010

40th Anniversary of Chung San School, Ipoh in 1979

Gambar ini diambil pada 28 Jun 1979 sempena Ulang Tahun yang ke 40 Sekolah Chung San 中山小学, Ipoh, Perak. Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. Apa yang menarik tentang gambar-gambar ini ialah kelibat botol hijau Kickapoo Joy Juice yang dihidangkan kepada para tetamu :)

Sunday, 13 June 2010

Yoon Kee Restaurant & Cafe in 1975

Gambar Kedai Kopi dan Makanan Yoon Kee (Yoon Kee Restaurant & Cafe) ini diambil pada 2 September 1975. Apa yang menarik tentang signboard ini ialah slogan 'Mintalah Kickapoo Joy Juice' dan 'Ask For Royal Crown Cola'. Pada tahun 1960an RC Cola pernah menggunakan slogan 'The Goingest People Enjoy' :)

Saturday, 12 June 2010

Restoran Roda in 1975

Gambar ini diambil pada 2 September 1975. Saya kurang pasti lokasi Restoran Roda ini. Yang pastinya pada bulan September tahun itu, Almarhum Al-Sultan Yahya Petra dari Kelantan telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke 6. Daulat Tuanku!

Wednesday, 9 June 2010

Minumlah Kickapoo Joy Juice Cardboard Poster 1975

Poster kadbod Minumlah Kickapoo Joy Juice yang berukuran 78 x 26.5cm ini pernah digunakan sejak 1975. Poster ini menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu 'Untuk kegembiraan didunia!', Bahasa Cina dan Bahasa English 'Bottleful of joy to the world!'.
 

Sunday, 30 May 2010

From nasi lemak bungkus to bottle hunting

Pada pagi Sabtu semalam saya teringin untuk membeli nasi lemak bungkus RM1 di Seksyen 14. Sebaik melalui kilang ini tiba-tiba keluarlah 'idea' lain :) Dalam hati terlanjur bawa kamera seronok tangkap gambar, manalah tau suatu hari bangunan ini akan ditukar menjadi kilang sardin pula! :) Kebetulan semalam orang pun tak ramai, maklumlah cuti panjang 3 hari. Setelah memberi lampu isyarat ke kiri saya pun meletak kenderaan di sebelah bangunan Dutch Lady. Saya ingin berkongsi dengan anda apa yang saya temui di luar premis kilang ini.

Ini bukannya Penjara Alcatraz tapi inilah kilang lama National Aerated Water Co., (K.L.) Sdn. Bhd. yang pernah menjadi mercu tanda Petaling Jaya sejak 1964.

Aha!

Biar betol!!! Macam diletak seseorang.

Tak sangka botol Coca-Cola ACL Trade Mark Cont. 290ml ini masih boleh dijumpai tersandar di tiang pagar, condition elok lagi!

Ini pula Sinalco ACL spotted bottle model lama. Jenis yang berbintik dan emboss di bahagian tepi.

Sebahagian dari peti kayu Sinalco yang separuh tertanam, mula-mula ingat sign kecik, bertuahlah kalau ada! :)

Inilah dia 'bottle of the day'! Pergh!!! Botol ACL Kickapoo Joy Juice pendek! Inilah saki baki dari beribu-ribu botol yang pernah tersadai di sini.

Apa yang menariknya botol-botol ini masih boleh dijumpai di luar sekitar pagar. Kalau anda nak beli nasi lemak bungkus bolehlah singgah tengok, mana tau kalau ada botol-botol lain yang terlepas pandang. Apa dah jadi dengan nasi lemak bungkus? Akibat terlalu kusyuk mencari botol saya terlupa membelinya!!! :)

Wednesday, 26 May 2010

Kickapoo Joy Juice 330 ml 'pull-tab' can

Bila kali terakhir anda membuka tin minuman seperti ini? Tentu anda pernah melalui 'incident' 'tab' putus semasa ditarik, lebih lagi waktu itu anda tengah panas kehausan. Selain terlopong tidak banyak yang boleh dilakukan :) Tin minuman Kickapoo Joy Juice 'pull-tab' 330 ml ini digunakan di Malaysia pada 1990an. Ianya ditinkan oleh National Aerated Water Co. (K.L.) Sdn. Bhd. Walaupun usianya tidaklah begitu lama tapi ada masanya kita rindu dengan barangan 'imperfection' seperti ini.

Sunday, 23 May 2010

Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau 1983

Gambar Pertandingan Eletron Organ Daerah Rembau ini diambil pada 31 July 1983. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Tua Sek.R.J.K.(C) Yuh Hua, Rembau Negeri Sembilan. Pada tahun ini jugalah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan di semua sekolah rendah di Malaysia. Menteri Pelajaran pada masa itu ialah Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud.

Perhatikan pentasnya yang sangat tinggi :)

Friday, 7 May 2010

Traditional Cone Hat early 1970's

Di antara barangan yang melucukan ialah terendak Royal Crown Cola dan Kickapoo Joy Juice ini. Kemungkinan ia digunakan untuk tujuan promosi di kawasan tertentu sebagai salah satu strategi pemasaran. Sekiranya anda menjumpai terendak seperti ini, anda boleh yakin barangan ini sebenarnya pernah wujud pada era 1970an. Pasti ianya 'limited edition' :)

Thursday, 6 May 2010

Advertising Blinds 1975

Gambar ini diambil pada 9 Ogos 1975 di sebuah kedai makan. Blinds kayu seperti ini pernah digunakan secara berleluasa di negara kita dan tanpa disedari lama kelamaan penggunaannya semakin berkurangan. Di zaman yang serba canggih dimana awning boleh digerakkan secara automatik, blinds manual seperti ini mungkin tidak popular lagi di mata peniaga.

Monday, 3 May 2010

Panggong Paramount early 1970's

Gambar ini diambil pada awal 1970an di Panggong Paramount Petaling Jaya. Pada suatu masa tiket panggung wayang ini hanya berharga $2.50 untuk Kelas Satu. Perhatikan botol gergasi 'inflatable' Royal Crown Cola yang sama tinggi dengan lori Kickapoo Joy Juice.

Panggong Paramount telah dibuka pada 1970an dan ditutup pada 1985 kerana kurang sambutan. Dua tahun selepas itu, panggung ini telah dibaik pulih dan dibuka semula. Akibat saingan dari Golden Village Multiplex yang berdekatan, Panggong Paramount telah menutup perniagaan mereka buat kali terakhir pada tahun 1997. Adakah gambar ini diambil semasa pelancaran panggung ini di awal 1970an?

Sunday, 2 May 2010

Kedai Kopi Makanan Sin Ping in the early 1970's

Papan iklan Kedai Kopi Makanan Sin Ping ini diambil pada awal 1970an dan ditaja oleh Kickapoo Joy Juice. Beberapa meter dari signboard ini juga kelihatan papan iklan 7up.