Showing posts with label Smoking Accessories. Show all posts
Showing posts with label Smoking Accessories. Show all posts

Saturday, 17 March 2012

Jonker Street in 2006

Gambar-gambar ini diambil Jonker Street, Melaka pada 2006.


Topi bomba.

1967 Zippo from Saigon

Dari pengalaman, kebanyakan Zippo yang saya nampak di Saigon (Bandar Ho Chi Minh) boleh dikatakan semuanya fake walaupun seakan original! Saya membeli Zippo era Perang Vietnam ini kurang dari US$90. Ianya datang dengan kotak dan discription asal.

Discription ini menunjukkan lambang atau 'military insignia' yang boleh diletakkan pada Zippo ini. Insignia tertentu menunjukkan seseorang itu Army (Army Emblem), Air Force (Pilot Wings, Air Force), Navy (Navy Anchor, Pilot Wings, Officers Insignia) atau Other Military (Coast Guard, Marine Corps).

Zippo model No. 200 Brush Finish

Zippo meletakkan kod-kod tertentu untuk menentukan tahun keluarannya. Model saya ini mempunyai kod 'IIII III' iaitu tahun 1967.  

Friday, 9 March 2012

Win International lighter

Pemilik asal pemetik api ini mungkin pernah tercari-cari kemana hilangnya 'lighter' emas beliau. Saya menjumpai pemetik api ini dalam tanah semasa misi pencarian botol codd (2010). Dipercayai pemetik api ini digunakan sekitar tahun 1970an.

Friday, 24 September 2010

Vietnam military surplus Part 2

Selamat berhujung minggu sambil mencuci mata. Rasanya saya membawa 'market' ini ke rumah anda :)

Jam dan pemetik api

Helmet

Vietnam military surplus Part 1

Mungkin anda sudah ke'boring'an dengan 'posting' Vietnam saya :) Anggaplah ini sebagai minggu 'menjember' Vietnam bagi anda yang bercadang pergi ke sana, hehehe. Pada kali ini pula ialah gambar yang diambil semasa berada di sebuah 'market' di bandar Ho Chi Minh City. Dari 'M1 helmet' hinggalah ke 'M16 magazine', tentulah kedai ini syurga bagi anda yang meminati barangan 'military' terpakai* :)
* Awas barangan 'reproduction'.

Friday, 23 April 2010

Canning Vale Market in Perth, Western Australia

Kalau anda berpeluang melawat Perth, jangan lupa ke Canning Vale Market kerana pasar ini mempunyai variasi barangan terbesar di Western Australia. Tidak kurang dari 5000 orang datang ke flea market ini setiap kali. Gambar ini diambil semasa saya berada di flea market tersebut pada tahun 2005.

Seperti ayam terlepas kandang, hanya ini yang sempat diambil kamera digital untuk dikongsikan. Masa ini saya belum mempunyai blog jadi tidak banyaklah gambar yang diambil. Gambar botol tidak pula diambil! Botol yang dijual penuh satu meja sampai penat membelek, ada juga diantara botol-botol yang mereka gali dari tanah. Botol codd, torpedo, bowling semuanya ada, yang takde botol kicap jer. Harga pula ada yang murah dan ada yang berapi tapi yang paling best ada tanda harga masing-masing, di sini tidak tengok baju atau bulu.

Datang sini hati kena tenang, jangan gopoh, tarik nafas pelan-pelan... rasanya saya seorang kaki botol di situ, kalau ada 2-3 orang lagi, maunya berebut, bersilang tangan dan bersilat pula! :)

Advertising tins

Tin bermacam jenis dengan tanda harga masing-masing.

To Hand Operate (AU$15)

Papan iklan enamel 'Lux' A product of Lever Brothers Limited sememangnya meleleh dan tin Caltex Home Kerosine pun boleh dibuat bantal peluk! :) Papan iklan enamel merata-rata tapi hanya ini yang sempat diambil gambar. Ambil gambar yang lebih, belinya kurang! (Harga agak tinggi) :) Untuk pengetahuan kawan-kawan, di sini tidak digalakkan untuk meminta discount berlebihan seperti di Malaysia. Kenalah ada caranya, orang putih akan tersinggung kalau kita meminta discount. Saya pernah disindir beberapa kali, mana taknya awal-awal dah tanya "Any discounts"? Maunya kena pelangkung dengan signboard! Biasalah orang kita, benda RM5 pun boleh minta kurang lagi! :) Seperti kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Tuesday, 6 April 2010

Craven 'A' Cigarettes Pocket Diary 1959

Pocket Diary Craven 'A' CIGARETTES ini digunakan pada tahun 1959 dan diterbitkan oleh HARPER & CO. LTD. LONDON, N.7.

The WEEK TO AN OPENING POCKET DIARY for 1959 ini adalah kepunyaan Encik Lim Lian Hock yang beralamat di 59, Katz Street, Penang.

With the Compliments of Carreras Limited Arcadia Works Hampstead Road London England Euston 4310 Est. 1788.