Showing posts with label Industrial. Show all posts
Showing posts with label Industrial. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Lepaking at Sundays, Bangsar part 1

Kedai di Bangsar ini agak menarik kerana mereka menjual reka bentuk dalaman berunsur industrial. Malam itu agak gelap disebabkan 'Earth Hour' di seluruh Malaysia.

'French postal desk' yang berharga RM15,659 ini mungkin dari era 1950an. Drew Pritchard (Salvage Hunters) ada menjual meja yang serupa pada harga £1500 iaitu lebih kurang RM7,300.

Tempat duduk 'swing out' yang beroda, menariknya kerusi ini disatukan dengan meja.

Rak sebegini dipanggil 'pigeon holes' tetapi bukan untuk meletak burung merpati! :)

Tangga besi berputar yang dipasang menggunakan skru.

'Antique dentist furniture metal chest marble top' ini berharga RM25,599. Dengan mudahnya anda boleh membayar 'down payment' kereta BMW 3 Series Sedan atau mungkin kereta Volkswagen Scirocco!

Lampu lantai jenama Jielde ini berharga RM9900. Lampu ini direka oleh Jean-Louis Domecq sekitar 1950an.  

Walaupun harganya 'meletop', kabinet doktor gigi ini sangat cantik buatannya.

Ini pula peti surat kayu dari France yang berharga RM12,559.
'Sodap jer aku tangkap gambo!' :)

Monday, 26 March 2012

One pint measuring cup

Sejenis alat sukatan imperial antik. W&M, adakah ini singkatan untuk Weight & Measure?

Sunday, 25 March 2012

"Clipper" paper clips

Klip kertas jenama "Clipper" dari England ini mungkin dikeluarkan sekitar 1920 - 1924. Kotaknya masih elok.

Wednesday, 21 March 2012

Salisbury

Sebelum ini saya ada menceritakan seorang yang dikenali sedang bercuti di London, sebenarnya bukan di London tetapi secara tepatnya di Salisbury. Salisbury terletak di Wiltshire, England iaitu 137km dari London. Kali ini dia menghantar gambar-gambar ini kepada saya, katanya di Salisbury banyak kedai antik! Saya belum teruja dengan gambar-gambar ini tetapi mungkin dengan membawa balik sebiji dua botol codd akan merubah fikiran saya :)

Mesin slot coklat Cadbury (6 pence) ini sangat menarik! Mungkin 1950an.

Monday, 19 March 2012

Your luggage sir!

Seorang yang saya kenali sedang seronok bercuti selama sebulan di London. Dia menghantar WhatsApp gambar ini kepada saya dan katanya ini di sebuah stesen keretapi lama. Troli bagasi seperti ini sesuai dijadikan meja, sangat industrial!

Saturday, 17 March 2012

Jonker Street in 2006

Gambar-gambar ini diambil Jonker Street, Melaka pada 2006.


Topi bomba.

Thursday, 15 March 2012

Industrial Street Lamp

Saya ternampak lampu jalan ini di sebuah bandar lama dan tergeraklah hati untuk menghantar tweet kepada Drew Pritchard, personaliti siri kegemaran saya 'Salvage Hunters' (Discovery Channel). Seperti yang disangka beliau juga suka dengan lampu buruk berciri 'industrial' ini :)

Drew Pritchard

Monday, 12 March 2012

Bratby & Hinchliffe Ltd

Bratby & Hinchliffe Ltd merupakan jenama mesin industri pembotolan. Saya menjumpai plat besi dari Manchester ini di sebuah kilang lama minuman Green Spot. Dipercayai mesin (45 x 16cm) ini digunakan sejak 1964.

Monday, 5 March 2012

Salter No. 50 scale

Penimbang Salter No. 50 ini dihadiahkan oleh seorang rakan beberapa tahun lepas. Saya kurang pasti bila model ini dikeluarkan. Mukanya dari tembaga tetapi dulang dan jarumnya telah hilang.

Baru-baru ini saya begitu bersemangat untuk mengilat muka penimbang 'Made in England' ini. Setelah lebih 1 hari menggunakan Autosol dan kain buruk, saya gembira melihat hasilnya yang berkilat. Secara langsung ia menyebabkan saya lebih menghargai barang yang dirasai kurang nilainya.

Berkilat seperti cermin :)

Monday, 22 November 2010

1938 'Royal' Typewriter

Alatan 'industrial' seperti mesin taip menarik disimpan sebagai hiasan. Mungkin lebih menarik lagi apabila mesin seberat 17kg ini dapat dibaik pulih seperti asal. Kenalah cari pakar membaiki mesin taip atau kedai servis yang rasanya hampir pupus. Ada kedai yang saya tanya, hantar sahaja dikenakan RM48 ('Consultation fee'), tidak termasuk servis lagi, silap haribulan kos membaik pulih lebih mahal dari kos pembelian, apa ke jadah? Mungkin lebih elok saya biarkan seadanya buat sementara waktu :)

Mesin taip Royal buatan Amerika ini pernah digunakan di Surabaya, Indonesia pada era Perang Dunia ke II. Terdapat nama H.v.INGEN # SOERABAIA # AFD. KANTOORMACHINES pada mesin taip ini, mungkin ada yang bisa membantu? :)

H.v.INGEN # SOERABAIA # AFD. KANTOORMACHINES