Showing posts with label 7up. Show all posts
Showing posts with label 7up. Show all posts

Thursday, 3 June 2010

7up® Metal Sign late 1970's

Seven-Up dibawa masuk ke Malaya oleh Fraser and Neave pada tahun 1961. Signboard 7up® lewat 1970an ini adalah dari hasil buruan di Lembah Klang. Signboard yang sudah rompang ini ditemui di kawasan penempatan haram warga asing, ukurannya lebih kurang 36 x 31 inci. Seorang sahabat pernah berkata, 'muka mau manis...!', pada masa inilah muka memang kena manis, kalau tak manis pun dipermaniskan juga :) Rasanya kami pun tidak mahu terlibat dengan adegan yang tidak diingini di kawasan itu. Yang kelakarnya, kawan saya tidak mematikan enjin kereta supaya senang melarikan diri katanya, hehe.

Sempena posting saya yang ke-100 ini saya ingin memohon maaf jika saya pernah menyinggung perasaan sesiapa dalam penulisan blog saya yang serba-serbi kekurangan dan caca-marba ini. Terlanjur perahu boleh di undur, terlanjur kata tak dapat digostan balik. Apa pun perbezaan pendapat, minat kita masih sama :)

Sunday, 2 May 2010

Kedai Kopi Makanan Sin Ping in the early 1970's

Papan iklan Kedai Kopi Makanan Sin Ping ini diambil pada awal 1970an dan ditaja oleh Kickapoo Joy Juice. Beberapa meter dari signboard ini juga kelihatan papan iklan 7up.

Tuesday, 20 April 2010

Legaran Segget Night Market, Johor Bahru

Lawatan ke Pasar Malam Legaran Segget di Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu lepas. Ada dua sebab saya suka tentang Johor. 1. Danga Bay 2. Makanan di Johor memang sedap gila.

Barangan Coca-Cola

Sebuah kedai antik berdekatan dengan Pasar Malam Legaran Segget. Bangunan ini juga sudah lama, perhatikan tangga kecil mempunyai 'ramp' atau tanjakan untuk basikal dan kereta sorong. Lupa untuk bertanya nama kedai. Rakan-rakan di Johor, mohon minta bantuan :)