Showing posts with label Royal Crown Cola. Show all posts
Showing posts with label Royal Crown Cola. Show all posts

Thursday, 22 March 2012

Royal Crown Cola Vending Cups

Sekitar awal 1970an, cawan kertas Royal Crown Cola ini digunakan khas untuk mesin 'vending'. Pada masa itu kita masih lagi mengimport cawan kertas Made in USA. Jenama Dixie Cup dikeluarkan oleh American Can Company, Easton Pennsylvania. Setiap kotak mengandungi 100 cawan bersaiz 9 oz.

Cawan 'vending' untuk minuman sejuk

Friday, 16 March 2012

Please take my card!

"Halo, don't just hOi!... me! My name is Hoi, Tan Eng Hoi, please take my card!" :)

Friday, 25 February 2011

Royal Crown Cola Function in 1973

Cuba bayangkan secara kebetulan anda salah seorang peserta yang hadir pada majlis ini, sudah tentu barangan seperti 'inflatable display bottle', kain rentang, jam dinding, poster, 'sticker', 'paper cup', dan botol soda jenama Royal Crown Cola kesemuanya diangkut balik ke rumah :) Kalau betul anda membawanya ke rumah, 38 tahun bukanlah masa yang singkat. Masih ada lagikah anda menyimpannya? Saya pasti 'collector' yang membaca 'posting' saya ini ada yang tersenyum lebar :) Gambar ini diambil pada 13 Jun 1973 di Hotel Merlin, Kuala Lumpur.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), 'inflatable display bottle' vinyl yang berketinggian 6 kaki (Kod no. 1325) bernilai US$7.95 dan yang berketinggian 29" (Kod no. 1326) hanyalah bernilai US$2.

Hotel Merlin, Kuala Lumpur

Thursday, 24 February 2011

Introducing Royal Crown Cola in 1972

Alangkah bahagianya jika anda salah seorang peserta yang terlibat secara langsung dengan syarikat Royal Crown Cola ini atau mungkin andalah pegawai pemasaran pada masa itu :) Boleh jadi anda agak berumur sekarang kerana gambar ini diambil pada 8 Disember 1972. Lihatlah jam dinding, thermometer dan juga signboard, kesemuanya jenama RC Cola. Saya yakin ada diantara 'collector' yang menyimpannya sebagai koleksi.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), jam dinding ini adalah jenis 'RC illuminated clock' (Kod no. 238) yang bernilai US$13.25 seunit ataupun jenis 'RC non-iluminated clock' (Kod no. 239) yang bernilai US$9.95 seunit. Jam dinding buatan Knoxville, Tenn. ini berukuran 13½" x 17" dan didatangi 6 unit sekotak. Thermometer bulat (Kod no. 126) buatan Springfield, Ohio ini berukuran diameter 12". Ianya bernilai US$2.75 seunit dan didatangi 5 keping sekotak. Thermometer panjang berukuran 9⅝" x 25½" pula adalah jenis 'Large thermometer' (Kod no. 512) yang bernilai US$1.75 seunit. Ianya buatan Covington, Ky. dan didatangi 25 keping thermometer sekotak. Berat sekotak 'Large thermometer' adalah 75 Ibs. (Lebih kurang 34 kg).

Friday, 30 July 2010

Royal Crown Cola Truck in 1972

Gambar lori Royal Crown Cola ini diambil pada bulan Ogos 1972. Kemungkinan lori ini baru dicat kerana RC Cola belum dilancar secara rasmi di Malaysia. Ke mana perginya lori-lori ini sekarang? Bercakap tentang kenderaan berat, semalam saya mendapat berita gembira mengatakan kenderaan seberat 10,000kg atau lebih tidak dibenarkan memasuki 'highway' NKVE dan ELITE Expressway dari pukul 6:30 AM hingga 9:30 AM pada hari-hari kerja. Wohooo!

Wednesday, 28 July 2010

BUY, SELL & TRADE event on 8th August 2010, Amcorp Mall (3rd Floor), Petaling Jaya

Tahniah kepada En Mat (Hobi En Mat) dan rakan-rakan lain kerana menganjurkan BUY, SELL & TRADE event yang akan diadakan pada 8 Ogos 2010, bermula dari 10 pagi hingga 5 petang di Amcorp Mall, Tingkat 3 (berhadapan dengan restoran McDonald's). Kepada semua 'collector' di tanahair, Singapura dan Indonesia, jangan ketinggalan untuk merasakan bahang aktiviti BUY, SELL & TRADE ini. Carilah mereka pada 8 Ogos nanti!

Friday, 23 July 2010

Royal Crown Cola War Truck from Mentakab

Lori Royal Crown Cola dari Mentakab, Pahang ini mengingatkan saya kepada cerita perang era 'World War II'. Boleh jadi RC Cola sedang memerangi dua musuh utama mereka iaitu Coca-Cola dan Pepsi :)

Mengikut 'SALES PROMOTION: DECLARATION OF WAR' dari fail RC Cola -
'When, as is the case in most markets, we are faced with two major competitors (Coke and Pepsi) with highly advertised, readily available, acceptable tasting cola products, who needs us..? The soft drink consumer does!... That's who. But, not before or until we provide her with the final reason to buy; where the action is... at Retail. We must declare "war" at retail. And, to win a war, total commitment is essential!'

Wednesday, 21 July 2010

Royal Crown Cola truck in 1972

Gambar lori MINUM-LAH ROYAL CROWN COLA ini diambil pada 14 November 1972. Palang besi yang terdapat di belakang lori bertujuan untuk membantu penyusunan botol. Lori seperti ini digunakan oleh National Aerated Water Co., (K.L.) Sdn. Bhd. untuk penghantaran minuman soda RC Cola ke serata tempat.

Sunday, 13 June 2010

Yoon Kee Restaurant & Cafe in 1975

Gambar Kedai Kopi dan Makanan Yoon Kee (Yoon Kee Restaurant & Cafe) ini diambil pada 2 September 1975. Apa yang menarik tentang signboard ini ialah slogan 'Mintalah Kickapoo Joy Juice' dan 'Ask For Royal Crown Cola'. Pada tahun 1960an RC Cola pernah menggunakan slogan 'The Goingest People Enjoy' :)

Saturday, 12 June 2010

Restoran Roda in 1975

Gambar ini diambil pada 2 September 1975. Saya kurang pasti lokasi Restoran Roda ini. Yang pastinya pada bulan September tahun itu, Almarhum Al-Sultan Yahya Petra dari Kelantan telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke 6. Daulat Tuanku!

Monday, 7 June 2010

MINUM-LAH RC Cardboard Poster from 1972

Poster 'cardboard' 'colour lithography' MINUM-LAH RC® yang berukuran 52 x 37cm ini dipercayai digunakan sejak 1972. Semasa pelancaran Royal Crown Cola di Singapura pada bulan September 1972, sebotol RC Cola hanyalah berharga 20 sen. Poster berangka kayu ini dicetak oleh Tien Mah Litho Printing Co. (Pte.) Ltd., Singapore. Kilang pencetak ini beralamat di 1, Lorong Tukang Satu, Jurong Town, Singapore dan diketuai oleh Mr. Ng Tai Thong selaku Pengarah Urusan syarikat.

Tien Mah Litho Printing Co. (Pte.) Ltd., Singapore.

Friday, 7 May 2010

Traditional Cone Hat early 1970's

Di antara barangan yang melucukan ialah terendak Royal Crown Cola dan Kickapoo Joy Juice ini. Kemungkinan ia digunakan untuk tujuan promosi di kawasan tertentu sebagai salah satu strategi pemasaran. Sekiranya anda menjumpai terendak seperti ini, anda boleh yakin barangan ini sebenarnya pernah wujud pada era 1970an. Pasti ianya 'limited edition' :)

Thursday, 6 May 2010

Advertising Blinds 1975

Gambar ini diambil pada 9 Ogos 1975 di sebuah kedai makan. Blinds kayu seperti ini pernah digunakan secara berleluasa di negara kita dan tanpa disedari lama kelamaan penggunaannya semakin berkurangan. Di zaman yang serba canggih dimana awning boleh digerakkan secara automatik, blinds manual seperti ini mungkin tidak popular lagi di mata peniaga.

Tuesday, 4 May 2010

SMK Assunta & Methodist Boy's School Walkathon 1973

Semasa di bangku sekolah anda tentu pernah menyertai walkathon seperti ini. Perhatikan pelajar lelaki, adakah mereka berjalan atau berlari? :)

Gambar ini diambil pada 3 Mac 1973 dimana SMK Assunta dan Methodist Boys' School telah menganjurkan Walkathon yang ditaja oleh Royal Crown Cola. Almarhum Tun Hussein bin Dato' Onn menjadi Menteri Pelajaran pada masa itu. Pada tahun 1973, SMK Assunta diterajui oleh foundress dan principal mereka yang pertama iaitu Sister Enda Ryan (1958 - 1989). Principle bagi MBS pula ialah Mr. Tan Hee Heng, R.C.D. (1969 - 1978).

Monday, 3 May 2010

Panggong Paramount early 1970's

Gambar ini diambil pada awal 1970an di Panggong Paramount Petaling Jaya. Pada suatu masa tiket panggung wayang ini hanya berharga $2.50 untuk Kelas Satu. Perhatikan botol gergasi 'inflatable' Royal Crown Cola yang sama tinggi dengan lori Kickapoo Joy Juice.

Panggong Paramount telah dibuka pada 1970an dan ditutup pada 1985 kerana kurang sambutan. Dua tahun selepas itu, panggung ini telah dibaik pulih dan dibuka semula. Akibat saingan dari Golden Village Multiplex yang berdekatan, Panggong Paramount telah menutup perniagaan mereka buat kali terakhir pada tahun 1997. Adakah gambar ini diambil semasa pelancaran panggung ini di awal 1970an?

Wednesday, 28 April 2010

Hiap Seng Seafood early 1970's

Gambar ini diambil sekitar awal 1970an di Restoran Makanan Laut Hiap Seng. RC Cola sangat mengambil berat tentang jenama mereka, kelihatan seorang pekerja sedang tekun mengecat rangka papan iklan 'Minumlah Royal Crown Cola'. Lukisan ketam, udang dan ikan seperti ini selalu digunakan pada kebanyakan restoran Cina makanan laut.

Sunday, 25 April 2010

Team Royal Crown Cola Berkeley late 1970's

Sempena World Cup 2010, posting saya kali ini menunjukkan gambar Team Royal Crown Cola Berkeley (Kelang) sekitar lewat 1970an. Pastinya permainan futsal belum ada lagi :) Kalau dilihat pada jersey, seluar singkat ala ol skool dan gaya fesyen rambut memang mengerikan tapi 'skill' belum tau lagi :)

Agaknya pada zaman inilah Argentina menjadi tuan rumah kepada FIFA WORLD CUP 1978 yang menyaksikan perlawanan akhir diantara tuan rumah dengan negara susu dutch lady Netherlands. Perlawanan ini berpihak kepada Argentina 3-1. Penerima anugerah Golden Boot pada masa itu ialah Mario Kempes dari Argentina.

Wednesday, 21 April 2010

Royal Crown Cola Promotion at Tanjung Sepat in 1973

Gambar gerai promosi Royal Crown Cola ini diambil di Tanjung Sepat pada bulan April 1973. 37 tahun dahulu, Tanjung Sepat hanyalah sebuah pekan kecil dalam daerah Kuala Langat yang berhampiran dengan pantai Selat Melaka.

Kedai Nasi Jawa Yu Hin 1974

Gambar ini diambil pada tahun 1974. Papan iklan Kedai Nasi Jawa Yu Hin ini ditaja oleh Kickapoo Joy Juice dan Royal Crown Cola. Apa sebenarnya menu hidangan nasi jawa ini?

Wednesday, 14 April 2010

Sambutan Ulang Tahun Sekolah Rendah dan Menengah 1973

Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu Tun Hussein Onn. Pada tahun itu juga, Peperiksaan Sekolah Rendah UDT (Ujian Darjah Tiga) dimulakan dan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) baru sahaja ditubuhkan. Gambar ini diambil pada 23 September 1973 sempena Sambutan Ulang Tahun Sekolah Rendah dan Menengah. Acara ini telah ditaja oleh minuman soda Royal Crown Cola, Kickapoo Joy Juice dan juga Sinalco.

Anda masih ingat pakaian seragam polis warna biru muda ini?

Peti atau 'crate' kayu sangat popular digunakan pada masa ini untuk menyimpan 24 biji botol

Pelajar sekolah ini mungkin beratur untuk mengambil kupon minuman

Bukan peti kayu sahaja yang pupus malah seluar apek ni pun turut pupus sekali :) Yang penting Minum-lah RC Cola! :)

Ramai yang berkerumun dan tidak sabar menggunakan kupon minuman. Jika pelajar ini berada di Tingkatan 5, tahun ini mereka akan berumur 54 tahun :)