Friday 25 February 2011

Royal Crown Cola Function in 1973

Cuba bayangkan secara kebetulan anda salah seorang peserta yang hadir pada majlis ini, sudah tentu barangan seperti 'inflatable display bottle', kain rentang, jam dinding, poster, 'sticker', 'paper cup', dan botol soda jenama Royal Crown Cola kesemuanya diangkut balik ke rumah :) Kalau betul anda membawanya ke rumah, 38 tahun bukanlah masa yang singkat. Masih ada lagikah anda menyimpannya? Saya pasti 'collector' yang membaca 'posting' saya ini ada yang tersenyum lebar :) Gambar ini diambil pada 13 Jun 1973 di Hotel Merlin, Kuala Lumpur.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), 'inflatable display bottle' vinyl yang berketinggian 6 kaki (Kod no. 1325) bernilai US$7.95 dan yang berketinggian 29" (Kod no. 1326) hanyalah bernilai US$2.

Hotel Merlin, Kuala Lumpur

Thursday 24 February 2011

Introducing Royal Crown Cola in 1972

Alangkah bahagianya jika anda salah seorang peserta yang terlibat secara langsung dengan syarikat Royal Crown Cola ini atau mungkin andalah pegawai pemasaran pada masa itu :) Boleh jadi anda agak berumur sekarang kerana gambar ini diambil pada 8 Disember 1972. Lihatlah jam dinding, thermometer dan juga signboard, kesemuanya jenama RC Cola. Saya yakin ada diantara 'collector' yang menyimpannya sebagai koleksi.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), jam dinding ini adalah jenis 'RC illuminated clock' (Kod no. 238) yang bernilai US$13.25 seunit ataupun jenis 'RC non-iluminated clock' (Kod no. 239) yang bernilai US$9.95 seunit. Jam dinding buatan Knoxville, Tenn. ini berukuran 13½" x 17" dan didatangi 6 unit sekotak. Thermometer bulat (Kod no. 126) buatan Springfield, Ohio ini berukuran diameter 12". Ianya bernilai US$2.75 seunit dan didatangi 5 keping sekotak. Thermometer panjang berukuran 9⅝" x 25½" pula adalah jenis 'Large thermometer' (Kod no. 512) yang bernilai US$1.75 seunit. Ianya buatan Covington, Ky. dan didatangi 25 keping thermometer sekotak. Berat sekotak 'Large thermometer' adalah 75 Ibs. (Lebih kurang 34 kg).

Wednesday 23 February 2011

Memburu, Jember, Hunting, Korek & Picking

Sejak tersiarnya American Pickers di channel 555 saya perasan ramai yang menggunakan perkataan 'picking' termasuklah saya sendiri :) Apa pun panggilannya, memburu, jember, hunting, korek, atau picking semuanya membawa persamaan maksud yang serupa.

Dari segi bahasa, mungkin juga 'korek' lebih dekat dengan 'pick'. Contoh ayat, 'John picked his nose this morning' atau dalam bahasa kita, John mengorek hidung pagi tadi. Apapun yang dikorek semestinya mempunyai hasil, sikit atau banyak terpulanglah, betul tak? Dengan ini juga saya berharap sedikit sebanyak cerita ini dapat memecah kesunyian blog ini, hehe.

Tuesday 1 February 2011

Botologi 4K

Sewajarnya 'botologist' yang menganjurkan 'Botologi Hi Tea' diberi kepujian kerana bagi saya ianya suatu 'event' yang berjaya. Nampaknya hobi kita ini telah dinaik taraf ke suatu peringkat baru yang boleh kita banggakan. Selain dari mengupas limau mandarin, ingin juga saya kupaskan pengertian peringkat baru yang saya maksudkan. Dulunya kita hanya mengumpul dan bercakap kosong mengenai botol dan sebagainya tetapi di alaf 'cloud computing' ini, kita berjaya meyakinkan minat kita ini ke arah hobi yang berbentuk professional. Sedar tak sedar kita telahpun melalui apa yang saya katakan sebagai 4K. 4K bukanlah bermaksud gaji anda hendaklah 4 ribu keatas :) 4K yang dimaksudkan ialah 1. Kumpul 2. Kawan 3. Kongsi dan 4. Kaji. Rasanya semua orang tau.

1. Kumpul
Setiap 'collector' bermula dengan mengumpul apa yang diminati. Tidak kisahlah anda mengumpul apapun tetapi tiada siapa sebenarnya yang boleh mempertikaikan 'passion' anda mengumpul sesuatu barang yang anda minati. Jangan disebabkan belum cukup barang ini anda dilabel sebagai collector kurang lengkap, yang penting anda dalam proses mengumpul. Bagi saya pemburuan mendapatkan sesuatu barangan yang anda belum ada itulah suatu kepuasan atau 'thrill'.

2. Kawan
Tanpa kawan anda masih boleh mengumpul tetapi anda perlukan 'networking' untuk berinteraksi mengenai minat anda. Yang penting hormat menghormati di kalangan kita, tidak rugi rasanya jika otai merendahkan dirinya sedikit, minta maaf jika saya katakan takkan jatuh mahkota/gelaran seseorang itu. 'Otai will always be an otai' :)

3. Kongsi
'Event' Botologi Hi Tea ini ialah suatu perkongsian, kita berkongsi ilmu, mempamerkan barangan, kemahiran, dan pengalaman masing-masing. Blog dan facebook adalah suatu bentuk perkongsian maklumat dan pendapat. Berkongsi juga adalah melalui jualan atau pertukaran, anda berkongsi barangan lebih yang ada pada anda.

4. Kaji
Kajian ialah suatu process dimana anda mencari maklumat mengenai koleksi yang anda kumpul. Kajian boleh dilakukan dari segi penggunaan, sejarah, pengalaman dan sebagainya. Agak mengecewakan jika anda tiada fakta langsung mengenai apa yang anda kumpul dan tiada bukti sokongan yang kukuh.

Banyak lagi yang boleh kita huraikan di sini tetapi secara ringkasnya dapatlah bersama-sama kita memahaminya. Mungkin selepas ini anda boleh menambah ke 5K atau sebagainya, terpulanglah. Terimakasih kepada para botologist yang menganjurkan event ini dan terimakasih juga kepada Ipoh Station Antique Cafe, 'one of the coolest restaurant in Malaysia'. Maaf agak lama menyepikan diri, bukannya saya merajuk cuma agak sibuk sedikit dengan tugasan. Insyaallah saya akan aktif menyambung blog tidak lama lagi. Tiada gunanya mendabik dada tetapi pada hari ini saya bangga menggelarkan diri saya seorang botologist :)

Ipoh Station Antique Cafe, Bandar Puchong Utama

Geng 'botologi' Megat Shazrin

Geng-geng 'botologi'