'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Showing posts with label Green Spot. Show all posts

Monday, 12 March 2012
Sunday, 4 March 2012
Friday, 21 May 2010
Bottle Caps in a Plastic Bag
Sekali imbas macam kerang tapi sebenarnya tudung botol yang saya jumpai dalam sebungkus beg plastik. Semasa menjinjing beg plastik buruk ini, seorang insan menegur saya, nak buat recycle ke? :) Bak kata pepatah habis madu sepah dibuang kerana tidak semuanya diambil. Pernahkah anda mendengar atau melihat tudung Green Spot Strawberry?
'Items (Crowns/Bottle Caps) in pitted or bent condition will have little or no value unless they are rare examples.' - Allan Petretti

Monday, 10 May 2010
Green Spot 24 Bottle Wooden Carrier from the late 1950's - 1960's
Peti kayu Green Spot Pasteurized Fruit Ades Not Carbonated ini mungkin pernah diguna seawal tahun 1958. Pada tarikh 30 Disember 1957, Green Spot (Borneo) Ltd. telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak. Oleh itu, peti kayu Green Spot (Borneo) Ltd. ini mula dipakai semenjak kilang mereka beroperasi pada tahun 1958. Pada masa itu Sarawak masih dibawah naungan British dan kemungkinan seawal tahun 1963 mereka telah menukar nama menjadi Green Spot (Borneo) Bhd. Pada pendapat saya peti Green Spot (Borneo) Bhd mula dipakai seawal 1963 apabila Sarawak menyertai Malaysia.
Peti kayu ini sudah tidak mampu mengangkat 24 biji botol air soda tetapi kayu usang ini masih mampu mengangkat suatu warisan sejarah yang masih tidak diketahui umum. Ianya mempunyai suatu tinggalan warisan yang mungkin hanya difahami segelintir peminat ayer lamned :)

Wednesday, 7 April 2010
Nam Tai Bar Hotel & Restaurant in the 1970's
Gambar ala pekan koboi ataupun zaman ala Bruce Lee ini mungkin diambil sekitar tahun 1970an di Bagan Serai, sebuah pekan kecil di Perak. Walaupun gambar ini kurang jelas, kelihatan papan iklan gergasi Pepsi-Cola, signboard nama kedai Green Spot, signboard tegak dua muka Royal Crown Cola dan Kickapoo Joy Juice milik Kedai Kopi Nam Tai.

Dewan Happy ini pernah digunakan suatu ketika di Bagan Serai dengan harga tiket KELAS 1 $1.40 dan KELAS 2 $1.00, ini belum termasuk kuaci lagi :)
Info dari http://di-pasar-karat.blogspot.com/search/label/tiket. Terima kasih Rimanilzah.

Labels:
Green Spot,
Kickapoo Joy Juice,
Old Photos,
Pepsi,
Royal Crown Cola,
Signs,
Soda
Saturday, 20 March 2010
Green Spot Thermometer 1970's
'Thermometer' Green Spot 'made in USA' ini digunakan pada tahun 1970an. Thermometer yang memakai slogan 'Everyone Enjoys...' ini menggunakan kedua-dua sukatan suhu 'Fahrenheit' dan 'Celsius'.
Saya menjumpai thermometer ini bersama-sama thermometer Green Spot tahun 1950an (Sila lihat 'post' saya sebelum ini). Semasa dijumpai, thermometer ini masih disimpan dalam kotak asal. Saya bernasib baik kerana model ini saya jumpa satu keping sahaja.
Bagi saya, barangan hasil buruan biasanya lebih puas dari yang kita beli di kedai walaupun barang itu kurang bermutu dari segi 'value' tapi ada nilai sejarahnya. Selain daripada mendapat barang percuma untuk koleksi, saya juga telah menyelamat barang ini daripada hilang begitu sahaja akibat mangsa buangan, mangsa barangan recycle, mangsa vandalisma atau mungkin mangsa dek cuaca. Bagi yang suka mencari barangan 'collectibles', bukankah ini suatu hobi yang murni? :)

Thursday, 18 March 2010
1950's Green Spot Thermometer
'Thermometer' atau alat menyukat suhu jenis '22 M F' ini adalah buatan U.S.A. sekitar lewat 1950an yang menggunakan suhu sukatan Kelvin (Simbol K). Ianya berlainan dengan penggunaan Celsius dan Fahrenheit.
Saya menjumpai 'thermometer' ini beberapa tahun lepas semasa operasi mencari botol. Semasa ditemui, ianya masih berada dalam kotak asal yang hampir reput dan dibaluti kertas minyak. Sehelai kertas keterangan mengenai penggunaannya juga dijumpai dalam kotak. Beberapa keping telah saya jual dan kebanyakannya mungkin berada di tangan rakan-rakan collector sekarang. Saya pernah ditanya kenapa 'condition'nya masih cantik dan ada juga yang ragu-ragu barangan 'repro' :) Ianya bukan 'reproduction' kerana seluruh badan saya diserang Aedes dalam operasi tersebut, syukurlah tidak dijangkiti Denggi. Susah nak jumpa barangan 'repro' di tempat seperti ini :)

Subscribe to:
Posts (Atom)