Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, 16 June 2015

the Terrible

"The king of Portugal has often commanded me to go to the Straits, because... this was the best place to intercept the trade which the Moslems... carry on in these parts. So it was to do Our Lord’s service that we were brought here; by taking Malacca, we would close the Straits so that never again would the Moslems be able to bring their spices by this route... I am very sure that, if this Malacca trade is taken out of their hands, Cairo and Mecca will be completely lost." – The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque

Saturday, 17 March 2012

Jonker Street in 2006

Gambar-gambar ini diambil Jonker Street, Melaka pada 2006.


Topi bomba.

Tuesday, 22 June 2010

Melaka vs. Portuguese (1511)

Kita mudah lupa. Bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada pasukan Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Bukan jumlah yang besar yang penting. Yang penting ialah keupayaan pasukan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad (18 June 2010)

Portugis berjaya menawan Melaka pada 24 Ogos 1511

Sunday, 23 May 2010

The Distribution of Pre-War Urban Buildings in Malaysia

Bolehkah jumlah bangunan dijadikan indikasi atau ukuran bilangan barangan seperti papan iklan, botol, dan sebagainya? Kalau ada bangunan tentu ada papan iklannya. Mungkin perkara ini boleh dibincang sesama collector. Signboard Fraser & Neave sekitar tahun 1909 yang saya miliki dijumpai di Penang, mungkin negeri yang paling banyak menggantung signboard pada masa itu.

Jumlah bilangan bangunan-bangunan bersejarah sebelum perang (1800 - 1948) di Malaysia:
  1. Penang - 5,057
  2. Perak - 3,351
  3. Johore - 2,323
  4. Malacca 2,177
  5. Kuala Lumpur - 1,763
  6. Kedah - 1,282
  7. Selangor - 1,166
  8. Sarawak - 1,010
  9. Negeri Sembilan - 999
  10. Pahang - 831
  11. Terengganu - 420
  12. Kelantan - 373
  13. Perlis - 25
  14. Sabah - 10
Total: 20,787
Source: Idid (1995)

Gambar hiasan (© archiv RNDr Jim Baum)

Wednesday, 28 April 2010

Restoran Sri Londang, Melaka

Gambar ini diambil pada 19 Februari 2005, saya dan tiga rakan sekerja memandu ke Melaka dengan misi pencarian barangan collectibles. Pada hari itulah buat pertama kalinya dan kemungkinan juga kali terakhir kami tidur di Hotel Bajet RM20 semalam! Dalam perjalanan, kami singgah di Kedai Makanan dan Minuman Restoran Sri Londang. Selain makanan, ini yang kami nampak...

Saya hanya menjadi 'co-pilot' pada misi kali ini. Di antara kelebihan 'co-piloting' ialah memejamkan mata sepanjang perjalanan.

Saya cukup suka makanan sempoi seperti siput sedut, sayur petola rebus dan ikan tenggiri masak assam, cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi kalau anda tengah kebulur.

Thursday, 8 April 2010

Fraser & Neave's Aerated Waters Enamel Sign Circa 1909

Lewat abad ke 19, John Fraser dan David Chalmers Neave telah menceburi suatu perniagaan yang dikatakan berpotensi dan sesuai dengan iklim tropika Singapura. Pada tahun 1883 tertubuhlah The Singapore and Straits Aerated Water Company khusus untuk pengeluaran air berkarbonat. Kilang yang pertama hanya dioperasi seramai 20 orang pekerja sahaja.

Perniagaan minuman ringan Fraser and Neave berkembang maju pada penghujung abad ke 19. Jenama The Singapore and Straits Aerated Water Company ditukar nama kepada Fraser and Neave Ltd pada tahun 1898 dan mereka berpindah ke lokasi yang lebih luas untuk menempatkan industri aerated water dan juga pencetakan di Singapura.

Syarikat Fraser & Neave telah berkembang pesat sehingga Perang Dunia Pertama dan pada tahun 1914 mereka mempunyai cawangan syarikat dan kemudahan pengeluaran di Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh, Penang, Bangkok dan Saigon. Mereka juga mempunyai ejen penjualan dan juga pejabat luar negara seperti di Port Darwin dan Western Australia. Di antara ejen yang terlibat untuk Fraser & Neave ialah:
  • H. J. Hamilton, Teluk Anson
  • Q. McClymont & Co., Seremban & Malacca
  • Mohamed Noor, Johore
  • Guntzel & Schumacher, Deli
  • Borneo Co., Ltd., Bangkok
  • East Asiatic Co., Kelantan
  • Diethelm & Co., Saigon
  • Behn, Meyer & Co., Sandakan
  • Eng Watt & Co., Labuan
  • Kong Nam On, Kudat
  • Syn Hin Leong, Sarawak
  • A. A. Lewis, Port Darwin
  • McAlister & Co., Western Australia
Drink
FRASER & NEAVE'S
AERATED WATERS
The Best in the East.
Factories :-
SINGAPORE, PENANG, IPOH, KUALA LUMPUR AND BANGKOK. 

Signboard enamel era Straits Settlements sekitar 1910 ini diperolehi melalui pertukaran koleksi dengan seorang rakan sekerja Rozaidi. Ianya diselamatkan dari sebuah bangsal kepunyaan seorang lelaki tua di sebuah perkampungan Melayu Pulau Pinang. Saya percayai ia digunakan sebagai alas meja sekaligus menyelamatkan 'sign' 6.25 kg ini dari dibuang atau dilupuskan.

Pada tahun 1905, Fraser and Neave mempunyai kilang di Siak Street, Anson Road, Singapore dan dua cawangan kilang di Church Street Ghaut, Penang dan Campbell Road, Kuala Lumpur. Kilang di Bangkok dibuka pada 12 April 1909 dan kilang di Ipoh pula dibuka sekitar awal Mei 1909.


SODA WATER
FRASER & NEAVE LIMITED
IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING


Terdapat 6 lubang asal tapi hanya lubang ini yang tinggal akibat karat dan hakisan.


Botol codd Fraser & Neave Ltd. ini pernah digunakan sekitar 1898-1920an.