Thursday 8 April 2010

Fraser & Neave's Aerated Waters Enamel Sign Circa 1909

Lewat abad ke 19, John Fraser dan David Chalmers Neave telah menceburi suatu perniagaan yang dikatakan berpotensi dan sesuai dengan iklim tropika Singapura. Pada tahun 1883 tertubuhlah The Singapore and Straits Aerated Water Company khusus untuk pengeluaran air berkarbonat. Kilang yang pertama hanya dioperasi seramai 20 orang pekerja sahaja.

Perniagaan minuman ringan Fraser and Neave berkembang maju pada penghujung abad ke 19. Jenama The Singapore and Straits Aerated Water Company ditukar nama kepada Fraser and Neave Ltd pada tahun 1898 dan mereka berpindah ke lokasi yang lebih luas untuk menempatkan industri aerated water dan juga pencetakan di Singapura.

Syarikat Fraser & Neave telah berkembang pesat sehingga Perang Dunia Pertama dan pada tahun 1914 mereka mempunyai cawangan syarikat dan kemudahan pengeluaran di Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh, Penang, Bangkok dan Saigon. Mereka juga mempunyai ejen penjualan dan juga pejabat luar negara seperti di Port Darwin dan Western Australia. Di antara ejen yang terlibat untuk Fraser & Neave ialah:
  • H. J. Hamilton, Teluk Anson
  • Q. McClymont & Co., Seremban & Malacca
  • Mohamed Noor, Johore
  • Guntzel & Schumacher, Deli
  • Borneo Co., Ltd., Bangkok
  • East Asiatic Co., Kelantan
  • Diethelm & Co., Saigon
  • Behn, Meyer & Co., Sandakan
  • Eng Watt & Co., Labuan
  • Kong Nam On, Kudat
  • Syn Hin Leong, Sarawak
  • A. A. Lewis, Port Darwin
  • McAlister & Co., Western Australia
Drink
FRASER & NEAVE'S
AERATED WATERS
The Best in the East.
Factories :-
SINGAPORE, PENANG, IPOH, KUALA LUMPUR AND BANGKOK. 

Signboard enamel era Straits Settlements sekitar 1910 ini diperolehi melalui pertukaran koleksi dengan seorang rakan sekerja Rozaidi. Ianya diselamatkan dari sebuah bangsal kepunyaan seorang lelaki tua di sebuah perkampungan Melayu Pulau Pinang. Saya percayai ia digunakan sebagai alas meja sekaligus menyelamatkan 'sign' 6.25 kg ini dari dibuang atau dilupuskan.

Pada tahun 1905, Fraser and Neave mempunyai kilang di Siak Street, Anson Road, Singapore dan dua cawangan kilang di Church Street Ghaut, Penang dan Campbell Road, Kuala Lumpur. Kilang di Bangkok dibuka pada 12 April 1909 dan kilang di Ipoh pula dibuka sekitar awal Mei 1909.


SODA WATER
FRASER & NEAVE LIMITED
IT IS RECOMMENDED THAT THIS BOTTLE BE PLACED ON ICE IMMEDIATELY BEFORE USING


Terdapat 6 lubang asal tapi hanya lubang ini yang tinggal akibat karat dan hakisan.


Botol codd Fraser & Neave Ltd. ini pernah digunakan sekitar 1898-1920an.

No comments: