Sunday, 4 April 2010

Fanny Farmer Candies Tin Toy Friction Truck

Fanny Farmer diperkenalkan oleh Frank O'Connor di Rochester, New York pada tahun 1919. Nama ini diambil sempena seorang pakar tukang masak bernama Fannie Farmer yang meninggal dunia 4 tahun sebelumnya.

Saya tergerak untuk membeli lori mainan ini di Amcorp Mall semalam kerana ianya 'Made in Japan' dan harganya agak berpatutan. Setelah melayari internet, harga lori mainan ini berkali ganda dari harga yang saya beli.

Fanny Farmer CANDIES Tin Toy Friction Truck warna merah dan putih ini digunakan sejak tahun 1950an sebagai bekas gula-gula. Fanny Farmer adalah syarikat pengilang dan peruncit gula-gula di Amerika. Ada karat sana sini tapi rasanya boleh diperbaiki. Ukuran panjang 8 ¼", tinggi 3 ¾", dan lebar 3 ¼".

Fanny Farmer CANDIES FOR BOYS AND GIRLS
Pintu belakang lori boleh dikunci dan dibuka untuk menyimpan gula-gula.
MADE IN JAPAN
Fanny Farmer CANDIES Famous For Quality

No comments: