Sunday, 25 April 2010

Team Royal Crown Cola Berkeley late 1970's

Sempena World Cup 2010, posting saya kali ini menunjukkan gambar Team Royal Crown Cola Berkeley (Kelang) sekitar lewat 1970an. Pastinya permainan futsal belum ada lagi :) Kalau dilihat pada jersey, seluar singkat ala ol skool dan gaya fesyen rambut memang mengerikan tapi 'skill' belum tau lagi :)

Agaknya pada zaman inilah Argentina menjadi tuan rumah kepada FIFA WORLD CUP 1978 yang menyaksikan perlawanan akhir diantara tuan rumah dengan negara susu dutch lady Netherlands. Perlawanan ini berpihak kepada Argentina 3-1. Penerima anugerah Golden Boot pada masa itu ialah Mario Kempes dari Argentina.

4 comments:

MgtBobber said...

Ni shaolin soccer bro!! hahahaa!!

en mat said...

layan betul gua nengok team shaolin soccer nie bro..mamat tu siap sarung kasut adidas samba, guna bola tango pastu main kat padang chapparal... perghhh

en mat said...

gua penah layan padang chapparal(padang yang ada sedikit rumput, banyak tanah merah dan kekadang ada duri semalu) nie bro masa zaman budak-budak tahun 70'an, lawan bola dgn anak India Kg Gandhi, Batu 6 , Jln Klang Lama. Main tak pakai kasut, kaki ayam je pastu bet 50 sen seorang (satu team RM 6.00),duit 50 sen tu pun hasil jual botol kat K''''G botol, nasib baik menang, tapi lepas habis game kaki tumbuh berlian (istilah untuk tapak kaki melepuh dan berair)..kalaulah di kenang kembali...x sanggup teman buat keje gila tu yeop...

frightrice said...

Hahaha, ada gaya Shaolin Soccer la, aku pun tak perasan bro.

En Mat, terimakasih berkongsi pengalaman ol skool En Mat ni, the beauty about this is tak semua pernah melalui pengalaman yg mahal macam ni, padang chapparal, duri semalu, kaki tumbuh berlian :)

Zaman ni padang pun dah cantik molek, sekarang tak payah pijak rumput pun & tak perlu lari tengah panas mcm nak rak, lagi best ada yg main bola pakai jari jer, siap main 5 - 6 match sambil minum milo ais, dasat betul :)