Monday 26 April 2010

Kelang Football match in the late 1970's

Sempena meraikan World Cup 2010 yang akan diadakan 11 Jun ini, sekali lagi saya postkan gambar berkaitan bolasepak. Diharap semua rakan bloggers tidak bosan dengan paparan gambar ol skool saya selama ini :) Sebenarnya saya belum berkesempatan mengambil gambar koleksi, InsyaAllah akan saya postkan dalam masa yang terdekat.

Untuk kali ini pula ialah gambar penyokong atau mungkin penganjur sebuah perlawanan bolasepak di Kelang pada lewat tahun 1970an. Kelang merupakan ejaan lama bagi Klang. Perlawanan bolasepak ini telah ditaja oleh Kickapoo Joy Juice. Perhatikan botol jernih/clear Kickapoo masih lagi digunakan pada masa ini bersama dengan botol Kickapoo warna hijau yang lebih baru.

Di belakang kelihatan Volkswagen Type 2 generasi pertama dengan 'split windshield'

No comments: