Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label Miscellaneous. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

Tangs

Saya berkunjung ke Tangs baru di 1 Utama petang tadi dan tertarik dengan lantai jubin yang mereka gunakan seperti yang biasa kita nampak di Melaka dan Penang.

Friday, 2 March 2012

frightrice makan friedrice

Dipercayai nasi goreng pernah ditinkan sekitar tahun 1927. Bagaimana rasanya nasi goreng dalam tin? :)

Monday, 25 April 2011

Malu bertutur jadikan Bahasa Melayu terpinggir - TPM

KUALA LUMPUR 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna bahasa Inggeris tak berapa ‘glamour’, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Firdaus bertanya mengenai punca kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, syarikat-syarikat awam dan swasta dan sama ada keadaan itu berlaku disebabkan kaedah pengajaran bahasa itu. - Bernama

Utusan Malaysia Online
25/04/2011 3:14pm

Friday, 22 April 2011

The Journey of Ambition

Pada saat ini saya berada di 1 Utama sambil minum Macchiato Ais. Honda ada menganjurkan roadshow dan saya telah memenangi sebuah buku 'The Journey of Ambition' mengenai perjalanan dan sejarah Honda Accord. Bagi yang meminati sejarah, buku 'hardcover' ini menarik, lebih lagi bila ianya percuma :) Mereka juga ada mempamerkan kereta Honda Accord tahun 1976 di sini.

Honda Accord Generasi Pertama (1976 - 1981)

Friday, 11 March 2011

Renovation

This blog is currently under renovation! Sorry for the inconvenience. 

Wednesday, 23 February 2011

Memburu, Jember, Hunting, Korek & Picking

Sejak tersiarnya American Pickers di channel 555 saya perasan ramai yang menggunakan perkataan 'picking' termasuklah saya sendiri :) Apa pun panggilannya, memburu, jember, hunting, korek, atau picking semuanya membawa persamaan maksud yang serupa.

Dari segi bahasa, mungkin juga 'korek' lebih dekat dengan 'pick'. Contoh ayat, 'John picked his nose this morning' atau dalam bahasa kita, John mengorek hidung pagi tadi. Apapun yang dikorek semestinya mempunyai hasil, sikit atau banyak terpulanglah, betul tak? Dengan ini juga saya berharap sedikit sebanyak cerita ini dapat memecah kesunyian blog ini, hehe.

Monday, 31 January 2011

Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财

Happy Chinese New Year to all collectors who celebrate this auspicious event. Gong Xi Fa Cai! Sempena Tahun Arnab ini teringat saya dengan gula-gula WhiteRabbit Creamy Candy, dengar khabar gula-gula ini mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, oleh itu ianya tidak dikeluarkan lagi. Semasa kanak-kanak saya selalu membelinya di sekolah :)

Saturday, 29 January 2011

What is more important?

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi dan saya masih berada di Sungai Buloh dengan berseluar pendek sambil mengunyah karipap, sepatutnya saya menyertai mensyuarat pada pagi ini tetapi SMS pun telah dihantar semalam mengatakan saya tidak dapat datang atas alasan yang lebih penting. Apa yang lebih penting? Ya, sudah tentulah acara Botologi Hi Tea ini :) Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan 'collector' semua. I am very excited and confident that this event will meet everyones expectation. Hai cakap "omputih ler pulok", jumpa di sana! :) - frightrice

Tuesday, 28 December 2010

Pawn Stars & American Pickers

Tak sabar rasanya menanti 'season' terbaru Pawn Stars dan siri terbaru 'American Pickers'. Pastikan anda berada di hadapan kaca TV bermula dari pukul 10 hingga 12 malam pada 10 Januari 2011 akan datang, siaran History (Channel 555).


Frank Fritz dan Mike Wolfe

Wednesday, 1 December 2010

Pengumuman

Di bawah akta perlesenan dan 'copyright', saya terpaksa mengeluarkan beberapa 'posting' saya sebelum ini. Walau apapun, maklumat perlu disampai dan saya akan cuba mengubah dan menulisnya dengan cara tersendiri tanpa melanggar mana-mana akta :) Setiap masaalah perlu ditangani dan blog ini harus diteruskan. 'Thanks again to' Mr. Sebastian Chow KC.

Monday, 29 November 2010

Authentic 1912 Restored Swiss Federal Bank Box

Fully restored original Swiss Bank Box from the legendary vault of the Swiss Federal Bank

Become the owner of a stunning original 1912 Swiss bank box from the Swiss Federal Bank. Beautiful with its fully restored numbered brass cover, these are the most beautiful antique bank boxes anywhere in Switzerland, never offered for sale before. We were able to save a small number when the old Swiss Federal Bank vault was transformed and its content moved to a new facility in 2004. What these boxes contained, nobody can tell today. Each safe deposit box probably had several clients over the years or were willed across generations and remained in the same family. People from all over the world use these boxes to store some of their most precious possessions. Jewels, works of art, compromising documents, love letters, gold or platinum bars, cash in various currencies and bearer securities.

http://swiss-banking-antiques.com/e/bank-boxes/swiss-federal-bank-box.html
# Wah! Kalaulah ada kotak semewah ini di rumah, apa agaknya yang boleh kita simpan ye? Sekadar berkongsi :)

New kid on the blog!

Kita nantikan kemunculan blog terbaru dari blogger komega iaitu Shop Under The Sun di http://itsunderthesun.blogspot.com. Kita rasakan kehangatannya! :)

SHOP UNDER THE SUN
http://itsunderthesun.blogspot.com

Monday, 22 November 2010

Illustrated Guide to Cleaning and Lubrication

Sekadar berkongsi, dari gambar ini bolehlah anda membaik pulih mesin taip anda sendiri di rumah. Bak kata Obama, "Yes we can!" :)

Gambar dari buku Reader's Digest 1977

Thursday, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada semua pembaca blog Reviving History dan juga kepada semua saudara bloggers dan 'collectors', Afzarizal, Amir, Ayah Aiman (Sama Tak Serupa), Blues Riders, Blurguyz79, Bob Pepsi (Chenta Pepsi), Bro Dolah JB, Bro Zul, En Mat (Hobi En Mat), Fairuz, Font Military, Ipoh Station Antique Cafe, Ismail bin Mohd Nor (Eis'Antique), Jakionline Inc, Malaya Ayer Lamenet@Aerated Water aka Otai Bro D, Mgtbobber (Botol Soda), Mohd Fitri bin Osman (Koleksi Fitri Barang Old Skool), Ong Melaka, Pak Haji (Apa Yang Best Sangat??), Rasli Jaafar (Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool), Reza Swiss made, Rony Mediono (Kedai Barang Antik), Spallan (...dah masuk kotak), Wan, Wadi @ Iruadee, Wong Chin Cai (Things To Be Purchased.), ~Zulkis~ (Teratak Rimbun... Teratak Aku...), 'geng-geng' Amcorp Mall dan ramai lagi 'geng' yang tidak sempat saya sebutkan di sini.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kalau ada salah dan silap semasa penghasilan blog ini. Janganlah anggap penulisan 'cyber' saya sebagai suatu perbalahan di alam yang sebenar.

Berhati-hatilah di jalanraya kepada yang memandu. Kemalangan hanya memerlukan sekelip mata untuk melenyapkan segalanya jadi berwaspadalah selalu, 'stay alert at all times'! Tak payahlah nak tengok botol masa tengah pegang 'steering' tu :)

Wednesday, 1 September 2010

1Malaysia Menjana Transformasi Negara

Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-53 kepada semua. Saya ingin meminjam kata-kata perutusan dari PM kita, 'Janganlah yang elok menjadi retak, Janganlah yang bersambung menjadi putus'. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuesday, 24 August 2010

Reviving History Shop: Where everything has a history and a price

Kawan-kawan, saya akan membuka sebuah lagi blog khas untuk penjualan barangan 'collectibles'. Blog ini diberi nama Reviving History Shop: Where everything has a history and a price. Hoh! Macam pernah dengar 'jer' 'caption' ni :) Setakat ini kedai belum dibuka lagi tetapi anda boleh melawatinya di http://revivinghistory.blogspot.com. Diharap kawan-kawan dapat memberi sokongan kepada blog terbaru saya ini. Terima kasih.

Friday, 13 August 2010

"Kalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak pandai menghargai nilai sejarah, siapa lagi?"

Sempena bulan Merdeka ini, saya ingin meminjam posting En Mat bila dia mengatakan "...kerana berjaya mendapatkan khazanah Malaya yang tidak ternilai harganya, kalau kita sebagai rakyat Malaysia tidak pandai menghargai nilai sejarah, siapa lagi?" dan "Apapun yang pasti akan banyak lagi koleksi Malaya yang akan dikorek keluar dari Temasik dan akan disimpan/dibawa pulang ke bumi Malaya...". Sama-samalah kita menghayati kata-kata En Mat ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

* Bila stock baru sampai lagi En Mat? :)

Wednesday, 11 August 2010

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak

Saya ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada semua saudara bloggers dan collectors, Afzarizal, Ayah Aiman (Sama Tak Serupa), Blues Riders, Blurguyz79, En Mat (Hobi En Mat), Ipoh Station Antique Cafe, Ismail bin Mohd Nor (Eis'Antique), Jakionline Inc, Malaya Ayer Lamenet@Aerated Water, Mgtbobber (Botol Soda), Mohd Fitri bin Osman (Koleksi Fitri Barang Old Skool), Rasli Jaafar (Koleksi Botol Oren Pahang Oldskool), Rony Mediono (Kedai Barang Antik), Spallan (...dah masuk kotak), Wong Chin Cai (Things To Be Purchased.), ~Zulkis~ (Teratak Rimbun... Teratak Aku...), dan ramai lagi yang tidak saya sebutkan di sini dan juga kepada semua yang sudi mengunjungi blog Reviving History: A Story of Ayer Lamned dengan satu soalan... "Berbuka kat mana hari ni?" :)

Friday, 16 July 2010

PAWN Stars: Where Everything has a History and a Price...

Pada pukul 10:48 PM semalam saya bergegas ke rumah dari Bandar Utama semata-mata untuk menyaksikan siri realiti terbaru dari ASTRO yang berjudul 'PAWN STARS'. Bukan 'PORN STARS' ya kawan-kawan :) Sebagai seorang 'collector', mungkin anda suka dengan siri terbaru ini. Tak payahlah nak cerita panjang, sendiri tengok lagi bagus! Jangan lupa! Setiap Khamis jam 11 malam di saluran HISTORY (Channel 555).

Corey 'Big Hoss' Harrison, Rick Harrison dan Richard 'The Old Man' Harrison

Saturday, 26 June 2010

Ramai minat barang lama

PETALING JAYA 10 Julai - Barangan lama atau antik jika dijaga dengan baik mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan harga asalnya.

Malah, bagi peminat barangan antik, mereka sanggup mengeluarkan belanja termasuk kos perjalanan jauh untuk 'memburu' apa yang diidamkan.

Menurut seorang peniaga di pasar lambak barangan antik di Amcorp Mall, Savithree Perumal, 47, pembeli barangannya ada yang datang dari Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor selain luar negara

Katanya, minatnya mengumpul barangan lama kini mendatangkan hasil apabila anak-anak patung lama yang dibelinya dengan harga hanya RM2 kini telah mencecah puluhan hingga ratusan ringgit apabila dijual semula.

Menurutnya, keistimewaan barangan antik tersebut ialah semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya.

Tambahnya, sekiranya dahulu dia hanya mengumpul barangan lama namun kini dia menjual pula barangan berkenaan kepada peminat barangan antik.

"Sebelum ini saya hanya menjual koleksi yang saya kumpul sahaja, namun selepas orang ramai mengetahui tentang kedai ini mereka pula menjual kepada saya barangan tersebut.

"Jadi, dengan cara itu, saya dapat membekalkan pelbagai jenis barangan antik kepada pelanggan tetap saya yang terdiri daripada pengunjung dari luar Selangor.

"Oleh yang demikian, perniagaan menjual barangan antik ini dapat menambah pendapatan selain memelihara keindahan budaya kita," jelasnya yang memiliki sink kayu yang bernilai RM500.

Salvithree, yang telah menjalankan perniagaan di pasar tersebut sejak 10 tahun, lalu mengakui pasar lambak di sini adalah yang paling popular memandangkan ia adalah pasar lambak pertama di negara ini yang mengkhusus kepada perniagaan barangan antik.

Apa yang lebih menarik di pasar lambak ini, terdapat pelbagai jenis piring hitam daripada pelbagai artis termasuklah dari Hong Kong, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Taiwan dan Singapura.

Piring hitam yang dijual di pasar antik Amcorp Mall adalah koleksi terhad dan sukar ditemui di pasar lambak lain.

Menurut seorang lagi peniaga, Jason Lim, 55, kebanyakan piring hitam yang dijualnya adalah koleksi terhad dan ia adalah barangan yang dikumpul dan bukannya disalin semula.

Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah daripada RM25 hingga RM500 bagi sekeping piring hitam mengikut usianya dan jumlahnya yang terhad.

Penulis agak terkejut apabila Jason memaklumkan bahawa peminat koleksi piring hitam itu terdiri daripada golongan remaja walaupun golongan itu hidup di zaman digital.

"Saya telah berniaga di sini sejak 10 tahun yang lalu dan rata-rata peminat piring hitam adalah golongan remaja kerana menurut mereka kualiti piring hitam jauh lebih baik daripada bunyi digital sekarang.

"Antara piring hitam yang menjadi kegemaran ramai adalah koleksi Elvis Presley dan The Beatles serta beberapa penyanyi Taiwan dan Hong Kong. Tidak ketinggalan juga legenda seni muzik tempatan, Tan Sri P. Ramlee.

"Selain itu, bagi mereka yang ingin belajar bermain muzik, mendengar lagu daripada piring hitam membolehkan mereka mengasah bakat dalam bermain muzik," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jika di luar negara, kebiasaannya pasar lambak diadakan dikawasan terbuka namun berbeza disini kerana ia ditempatkan di tingkat bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall.

Oleh yang demikian, pasar lambak berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat barangan yang dipamerkan dalam keadaan selesa dan tenang walaupun keluasannya agak terhad.

Bagaimanapun, jika anda belum puas menikmati barangan antik yang dipamerkan, anda boleh ke tingkat satu dan dua kerana di sepanjang jalan tingkat tersebut terdapat lebih banyak gerai yang mempamerkan barangan antik yang unik.

Justeru, disebabkan popularitinya, pasar berkenaan dikunjungi oleh ramai pengunjung memandangkan ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga 5 petang.

Bagi Razi Latif, 48, yang baru pertama kali mengunjungi pasar tersebut mengakui bahawa dia berasa kagum melihat barangan antik yang dipamerkan.

Ujarnya, terdapat sesetengah barangan yang dipamerkan telah berusia ratusan tahun yang pastinya tidak dapat ditemui olehnya andai dia tidak mengunjungi pasar berkenaan.

"Saya memang peminat barangan antik jadi apabila saya datang ke sini, saya amat kagum dengan pelbagai jenis barangan yang dipamerkan.

"Bayangkanlah anda dapat melihat mesin jahit dan mesin taip lama yang sudah pasti amat sukar ditemui kini namun jika anda mengunjungi pasar ini, banyak lagi barangan antik yang menarik.

"Jadi, saya amat berharap pusat membeli-belah lain turut mencontohi Amcorp Mall supaya pasar lambak seperti ini diperbanyakkan kerana dapat menarik lebih ramai pengumpul barangan antik berkongsi keistimewaan barangan mereka," jelasnya.

Seorang lagi pengunjung, Zuraida Ariffin, 48, yang meminati barangan antik ini gemar mengunjungi pasar lambak berkenaan memandangkan gerai di sini menawarkan banyak pilihan.

Menurutnya, dia yang telah mengunjungi pasar berkenaan beberapa kali mengakui bahawa kewujudan pasar lambak ini perlu dipromosikan memandangkan masih terdapat ramai warga kota yang tidak mengetahui tentang pasar lambak tersebut.

"Kebiasaannya warga kota lebih gemar ke pasar lambak larut malam kerana mereka kurang mengetahui tentang kewujudan pasar lambak antik ini.

"Pada saya, kewujudan pasar antik perlu diperbanyakkan bagi memudahkan pelancong asing mendapatkan barangan antik yang bercirikan negara kita dan pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat yang mempunyai pelbagai budaya, bangsa dan agama," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia Online 11/07/2008