PETALING JAYA 10 Julai - Barangan lama atau antik jika dijaga dengan baik mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan harga asalnya.
Malah, bagi peminat barangan antik, mereka sanggup mengeluarkan belanja termasuk kos perjalanan jauh untuk 'memburu' apa yang diidamkan.
Menurut seorang peniaga di pasar lambak barangan antik di Amcorp Mall, Savithree Perumal, 47, pembeli barangannya ada yang datang dari Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor selain luar negara
Katanya, minatnya mengumpul barangan lama kini mendatangkan hasil apabila anak-anak patung lama yang dibelinya dengan harga hanya RM2 kini telah mencecah puluhan hingga ratusan ringgit apabila dijual semula.
Menurutnya, keistimewaan barangan antik tersebut ialah semakin lama disimpan semakin tinggi nilainya.
Tambahnya, sekiranya dahulu dia hanya mengumpul barangan lama namun kini dia menjual pula barangan berkenaan kepada peminat barangan antik.
"Sebelum ini saya hanya menjual koleksi yang saya kumpul sahaja, namun selepas orang ramai mengetahui tentang kedai ini mereka pula menjual kepada saya barangan tersebut.
"Jadi, dengan cara itu, saya dapat membekalkan pelbagai jenis barangan antik kepada pelanggan tetap saya yang terdiri daripada pengunjung dari luar Selangor.
"Oleh yang demikian, perniagaan menjual barangan antik ini dapat menambah pendapatan selain memelihara keindahan budaya kita," jelasnya yang memiliki sink kayu yang bernilai RM500.
Salvithree, yang telah menjalankan perniagaan di pasar tersebut sejak 10 tahun, lalu mengakui pasar lambak di sini adalah yang paling popular memandangkan ia adalah pasar lambak pertama di negara ini yang mengkhusus kepada perniagaan barangan antik.
Apa yang lebih menarik di pasar lambak ini, terdapat pelbagai jenis piring hitam daripada pelbagai artis termasuklah dari Hong Kong, Amerika Syarikat, India, Pakistan, Taiwan dan Singapura.
Piring hitam yang dijual di pasar antik Amcorp Mall adalah koleksi terhad dan sukar ditemui di pasar lambak lain.
Menurut seorang lagi peniaga, Jason Lim, 55, kebanyakan piring hitam yang dijualnya adalah koleksi terhad dan ia adalah barangan yang dikumpul dan bukannya disalin semula.
Menurutnya, harga yang ditawarkan adalah daripada RM25 hingga RM500 bagi sekeping piring hitam mengikut usianya dan jumlahnya yang terhad.
Penulis agak terkejut apabila Jason memaklumkan bahawa peminat koleksi piring hitam itu terdiri daripada golongan remaja walaupun golongan itu hidup di zaman digital.
"Saya telah berniaga di sini sejak 10 tahun yang lalu dan rata-rata peminat piring hitam adalah golongan remaja kerana menurut mereka kualiti piring hitam jauh lebih baik daripada bunyi digital sekarang.
"Antara piring hitam yang menjadi kegemaran ramai adalah koleksi Elvis Presley dan The Beatles serta beberapa penyanyi Taiwan dan Hong Kong. Tidak ketinggalan juga legenda seni muzik tempatan, Tan Sri P. Ramlee.
"Selain itu, bagi mereka yang ingin belajar bermain muzik, mendengar lagu daripada piring hitam membolehkan mereka mengasah bakat dalam bermain muzik," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Jika di luar negara, kebiasaannya pasar lambak diadakan dikawasan terbuka namun berbeza disini kerana ia ditempatkan di tingkat bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall.
Oleh yang demikian, pasar lambak berkenaan memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat barangan yang dipamerkan dalam keadaan selesa dan tenang walaupun keluasannya agak terhad.
Bagaimanapun, jika anda belum puas menikmati barangan antik yang dipamerkan, anda boleh ke tingkat satu dan dua kerana di sepanjang jalan tingkat tersebut terdapat lebih banyak gerai yang mempamerkan barangan antik yang unik.
Justeru, disebabkan popularitinya, pasar berkenaan dikunjungi oleh ramai pengunjung memandangkan ia dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 10 pagi hingga 5 petang.
Bagi Razi Latif, 48, yang baru pertama kali mengunjungi pasar tersebut mengakui bahawa dia berasa kagum melihat barangan antik yang dipamerkan.
Ujarnya, terdapat sesetengah barangan yang dipamerkan telah berusia ratusan tahun yang pastinya tidak dapat ditemui olehnya andai dia tidak mengunjungi pasar berkenaan.
"Saya memang peminat barangan antik jadi apabila saya datang ke sini, saya amat kagum dengan pelbagai jenis barangan yang dipamerkan.
"Bayangkanlah anda dapat melihat mesin jahit dan mesin taip lama yang sudah pasti amat sukar ditemui kini namun jika anda mengunjungi pasar ini, banyak lagi barangan antik yang menarik.
"Jadi, saya amat berharap pusat membeli-belah lain turut mencontohi Amcorp Mall supaya pasar lambak seperti ini diperbanyakkan kerana dapat menarik lebih ramai pengumpul barangan antik berkongsi keistimewaan barangan mereka," jelasnya.
Seorang lagi pengunjung, Zuraida Ariffin, 48, yang meminati barangan antik ini gemar mengunjungi pasar lambak berkenaan memandangkan gerai di sini menawarkan banyak pilihan.
Menurutnya, dia yang telah mengunjungi pasar berkenaan beberapa kali mengakui bahawa kewujudan pasar lambak ini perlu dipromosikan memandangkan masih terdapat ramai warga kota yang tidak mengetahui tentang pasar lambak tersebut.
"Kebiasaannya warga kota lebih gemar ke pasar lambak larut malam kerana mereka kurang mengetahui tentang kewujudan pasar lambak antik ini.
"Pada saya, kewujudan pasar antik perlu diperbanyakkan bagi memudahkan pelancong asing mendapatkan barangan antik yang bercirikan negara kita dan pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat yang mempunyai pelbagai budaya, bangsa dan agama," jelasnya.
Sumber: Utusan Malaysia Online 11/07/2008

No comments:
Post a Comment