Vita-bean FRESH SOYBEAN MILK ialah salah satu jenama tempatan yang dikeluarkan oleh VITA FOOD CO. K.L. Syarikat ini menggunakan seekor gajah sebagai tanda jenama mereka. Terdapat tulisan jawi yang bermaksud 'Susu Kacang Cap Gajah'. Botol kaca ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dan dibawah botol terdapat marking SG127.
Susu kacang soya di Singapura dipelopori oleh Syarikat Yeo Hiap Seng yang memulakan operasi sejak tahun 1935 sebagai pengeluar kicap. Pada tahun 1952 Yeo Hiap Seng memperkenalkan Vitabean (bukan botol Vita-bean ini) iaitu susu kacang soya yang diperkuatkan dengan vitamin di Singapura dan Malaysia. Vitabean memulakan jualan dengan penggunaan kotak Tetra Pak pada tahun 1967.

4 comments:
Memang cun baju botol ni bro.. heh! yang gambar orang main badminton kau penah tengok tak? sama mcm botol dan label biru Vitabean ni..
yes, aku pernah nampak kat kedai hang few years ago, kau masih simpan ke? classic tu :)
Tanya sikit
Berapa versi botol ni ada ya?
Post a Comment