Thursday 24 June 2010

MILO® Glass 1984

MILO ialah minuman kegemaran saya sejak kecil. Semasa bergelar pelajar kolej, MILO boleh menjadi pengalas perut di masa kemelesetan 'budget'. Gelas ini saya perolehi semasa men'jember' baru-baru ini, kadang-kadang men'jember' tidak semestinya jumpa botol 'emboss' atau papan iklan 'enamel'.

Pada tahun 1984 Malaysia menghantar 21 orang atlit ke Los Angeles bagi menyertai '1984 Summer Olympics' atau secara rasminya 'Games of the XXIII Olympiad'. Menteri Belia dan Sukan pada masa itu ialah Y.B. Encik Anwar bin Ibrahim yang baru berusia 37 tahun. Seperti tema MILO pada gelas ini iaitu 'Menghayati Semangat Kesukanan', penghayatan semangat kesukanan mesti ada walaupun Malaysia tidak berjaya memungut sebarang pingat pun! Serupalah dengan men'jember', kita harus menghayati semangat ini walaupun hanya mendapat sebiji gelas MILO :)


5 comments:

frightrice said...

Dengan kata lain syukurlah :)

Rasli Jaafar said...

ok la tu janji ada buah tangan dibawak balik he he..

frightrice said...

betul tu bro, boleh pakai minum MILO ye tak?

lanman said...

salam ziarah bro..dpt gelas pun kira ok gak boleh buat survinior apa. mai la blog saya, kita kongsi sama2 koleksi.

frightrice said...

salam bro lanman, syukurlah dapat gelas yer tak? :)

blog anda menarik, ada barang yang tak pernah saya nampak. teruskan minat & blog anda.