Wednesday 23 June 2010

'SHARIKAT TIN JOOI SIANG' ACL Bottle

Botol ACL 'Registered Trade Mark' seekor gajah ini dimiliki oleh Sharikat Tin Jooi Siang yang beralamat di 2-4 Stoner Street K. Kubu Bharu. Saya rasa jarang sekali kita melihat alamat penuh pada botol ayer lamned. Syarikat yang berasal dari Kuala Kubu Bharu (KKB) ini pernah wujud sejak tahun 1926 lagi dan sewaktu itu mereka menjadi agen untuk Singapore Cold Storage Co., Ltd. Botol kaca ini dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dan dibawah botol terdapat marking SG27.

KKB terletak di Hulu Selangor, bandar ini pernah dilanda banjir besar pada tahun 1883. Peristiwa ini dikenali sebagai Tragedi Kuala Kubu. Stoner Street pula ialah nama lama bagi Jalan Mat Kilau. Agaknya perkataan 'stoner' tidak lagi sesuai dipakai pada zaman yang serba canggih ini :)

5 comments:

en mat said...

waktu tahun 1926 memang banyak gajah kat KKB, tu yg tin jooi letak lambang gajah tu.. dia nak letak AWAS GAJAH MELINTAS tapi tak jadi..eh betul ke apa aku tulis nie...

frightrice said...

hehehe, kecik ati keluarga si jooi siang ni :)

MgtBobber said...

Hahahaa.. Che Mat masuk akal gak tuu.. Masa banjir 1883 tu pak Fraser dan Pak Neave duk sibuk nak bukak kilang air lamned dorang tu!!

frightrice said...

Mgt, crita En Mat ni boleh masuk Ripley's Believe It or Not, hehe.

Sunny Long said...

OMG dah lama saya nk cari ni tapi x dapat..... Itu syarikat atuk Saya.... Omg thanks for some useful info!