Wednesday 30 June 2010

'MAS' malaysian airline system bag

Logo wau bulan pada beg ini pernah digunakan sekitar 1971 hingga 1987. Pada 15 Oktober 1987, 'Malaysian Airline System' telah ditukar nama kepada 'Malaysia Airlines'.

Pada tahun 1972, MAS pernah membuka tender untuk penghasilan beg kabin kelas 1 (Tender for 1st CLASS MAS BAGS'. Tender ini ditutup pada 15 Disember 1972, saya kurang pasti sama ada beg ini yang dimaksudkan.

Sebelum adanya slogan 'Now everyone can fly', MAS merupakan satu-satunya syarikat penerbangan tempatan di Malaysia. Mahal atau tidak, tiada pilihan pada masa itu, tambahan pula dengan ketiadaan kemudahan internet, tentu menyukarkan lagi keadaan. Persepsi yang sering didengar pada masa itu hanya orang kaya yang mampu menaiki kapal terbang. Pada hari ini, orang naik bas pun mampu naik kapal terbang. Bukanlah saya nak promosi sangat, kalau Tony dengar pun mungkin saya hanya dapat naik 'flight' percuma sekali dua, itupun kalau beliau ada masa membaca blog saya :) Maaf saya bergurau hari ni, kalau serious sangat pun baik kita ramai-ramai buat ensiklopedia! :)

2 comments:

Blues Riders said...

bro frightrice, dulu2 BR biasa tengok beg ini org bawa ketika ke Mekah. lama dah tu...

frightrice said...

bro blues riders, terima-kasih berkongsi pengalaman anda. syukurlah beg ni dibawa untuk ke Mekah, mula-mula saya ingat stewardess yang bawak :)