Showing posts with label Cans. Show all posts
Showing posts with label Cans. Show all posts

Thursday, 1 March 2012

Centennial Celebration Coca-Cola Singapore pull tab can

Baru-baru ini saya membeli tin ini dari seorang rakan facebook dengan harga yang berpatutan. Walaupun 'golden glow'nya agak luntur tetapi saya berpuas hati, 'tab'nya belum dibuka dan yang penting tidak kemik. Coca-Cola Singapura pernah mempromosikan tin 'gilded' yang disaluti warna emas ini selama 4 hari dan tidak kurang dari 20,000 tin ini telah diedarkan kepada pelanggan pada masa itu. Menarik bukan? Jangan katakan 20, ada tidak 2 biji tin ini di tangan kita? Ini pula tin saya yang pertama! Sedihnya. :)

Tin Coca-Cola Centennial Celebration dan 50th Anniversary Singapore ini adalah hasil ilham Encik Alan Goh, pengurus koperat pasaran ekspot Coca-Cola dengan dibantu Encik Teo Poh Chye, pengurus pasaran F&N. Ini adalah sempena 100 tahun usia Coca-Cola dan juga 50 tahun F&N bersama mereka sejak 1936. Tin emas ini asalnya kosong (tidak berisi) dan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli 6 tin Coca-Cola sewaktu promosi. 7 biji tin emas telah dihantar ke Atlanta dan satu daripadanya disimpan di Coca-Cola Archives bersama 100,000 'memorabilia' lain di sana. Dimana anda pada tahun 1986? Masih bersekolah? :)

Wednesday, 22 February 2012

Cleaning A Rusty Can

Di antara YouTube yang berguna untuk saya. Selamat mencuba!

Monday, 27 September 2010

1970 Coca-Cola Cans

Saya terjumpa gambar ini semasa melayari google, gambar 3 orang askar Amerika dari unit First Field Force Viet Nam di Nha Trang pada tahun 1970. Perhatikan tin Coca-Cola yang digunakan pada masa itu, malangnya saya tidak berjaya* menjumpai satupun tin seperti ini di sana. *Saya telah menjumpai tin (Steel flat top) ini semasa lawatan kedua ke Ho Chi Minh City, gembira tak terkata! :)

Monday, 20 September 2010

1950's Schweppes Flat Top 'Soda Water' Can

Semasa ke Saigon, saya sempat memburu barangan soda di sana. Di antara barang yang dibeli ialah tin Schweppes 13 FL OZ jenis 'flat top' yang digunakan semasa Perang Vietnam dari tahun 1955 hinggalah ke penghujung dekad itu (kemungkinan juga masih digunakan sehingga tahun 1960an). Soda Water ini diexport khas dari Australia untuk kegunaan askar Amerika. Ianya masih mengandungi minuman dan keadaannya sedikit kemek, terpulanglah kepada anda untuk berimaginasi. Tin yang diperbuat dari 'steel' ini memerlukan 'can opener/church key' atau peralatan tajam untuk dibuka. Kalau anda mahir menggunakan 'metal detector', agaknya banyak lagi tin yang boleh dijumpai di sana, itu pun kalau anda berani!

Friday, 9 July 2010

Dafi, Shila duta Coca Cola

Bertuah sungguh dua bintang muda kelahiran program realiti, Dafi dan Shila. Satu demi satu tawaran menjadi duta produk datang kepada mereka.

Sesuailah dengan usia mereka yang masih muda dan mempunyai ramai peminat di kalangan remaja sebaya yang menjadi sasaran utama produk yang diwakili.

Terbaru mereka dilantik sebagai duta Coca Cola untuk kempen Coca Cola Camni Lah. Mereka akan terlibat dalam siri konsert anjuran Coca Cola.

Nampaknya langkah mereka menjadi anak seni tidak dipandang sepi walaupun kedua-duanya bukanlah juara program yang mereka sertai.

Shila sekarang kelihatan lebih menonjol berbanding juara One In A Million musim kedua, Ayu.

Dafi juga terserlah berbanding juara Akademi Fantasia 5 yang disertainya dua tahun lalu.

"Dafi anggap penglibatan Dafi bersama Coca Cola sebagai rezeki tambahan dan semestinya Dafi berharap dapat mengembangkan lagi nama dafi sebagai penyanyi," kata Dafi.

Dafi akui jadualnya semakin padat kerana baru dua minggu kembali ke kampus menyambung pengajiaan di Kolej Universiti Lim Kok Wing.

Dafi sebelum ini bergandingan dengan Gita Gutawa untuk kempen ais krim Cornetto. Sekarang wajah Shila pula mewarnai kempen ais krim itu.

Sumber: Mangga Online DITULIS OLEH ROSLI MANAH; KHAMIS, 26 FEBRUARI 2009 13:08

Wednesday, 26 May 2010

Kickapoo Joy Juice 330 ml 'pull-tab' can

Bila kali terakhir anda membuka tin minuman seperti ini? Tentu anda pernah melalui 'incident' 'tab' putus semasa ditarik, lebih lagi waktu itu anda tengah panas kehausan. Selain terlopong tidak banyak yang boleh dilakukan :) Tin minuman Kickapoo Joy Juice 'pull-tab' 330 ml ini digunakan di Malaysia pada 1990an. Ianya ditinkan oleh National Aerated Water Co. (K.L.) Sdn. Bhd. Walaupun usianya tidaklah begitu lama tapi ada masanya kita rindu dengan barangan 'imperfection' seperti ini.