Thursday, 1 March 2012

Centennial Celebration Coca-Cola Singapore pull tab can

Baru-baru ini saya membeli tin ini dari seorang rakan facebook dengan harga yang berpatutan. Walaupun 'golden glow'nya agak luntur tetapi saya berpuas hati, 'tab'nya belum dibuka dan yang penting tidak kemik. Coca-Cola Singapura pernah mempromosikan tin 'gilded' yang disaluti warna emas ini selama 4 hari dan tidak kurang dari 20,000 tin ini telah diedarkan kepada pelanggan pada masa itu. Menarik bukan? Jangan katakan 20, ada tidak 2 biji tin ini di tangan kita? Ini pula tin saya yang pertama! Sedihnya. :)

Tin Coca-Cola Centennial Celebration dan 50th Anniversary Singapore ini adalah hasil ilham Encik Alan Goh, pengurus koperat pasaran ekspot Coca-Cola dengan dibantu Encik Teo Poh Chye, pengurus pasaran F&N. Ini adalah sempena 100 tahun usia Coca-Cola dan juga 50 tahun F&N bersama mereka sejak 1936. Tin emas ini asalnya kosong (tidak berisi) dan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli 6 tin Coca-Cola sewaktu promosi. 7 biji tin emas telah dihantar ke Atlanta dan satu daripadanya disimpan di Coca-Cola Archives bersama 100,000 'memorabilia' lain di sana. Dimana anda pada tahun 1986? Masih bersekolah? :)

No comments: