Monday 5 December 2011

Coca-Cola Heritage Fair 2011

Sejak kejadian letupan saluran gas yang berlaku pada 28 September lalu, saya agak keberatan untuk menjejak kaki di Empire Gallery buat sementara waktu. Tahniah kepada penganjur 'Coca-Cola Heritage Fair 2011' kerana telah menjayakan pesta pameran yang begitu hebat sekali. Tidak dinafikan sampai terlupa insiden letupan gas tersebut, sebaliknya gas dari botol Coca-Cola yang menarik perhatian. Apapun tahniah sekali lagi kepada para penganjur, bak kata slogan Coca-Cola 1908, its 'good til the last drop'!

What's Freddie doing? :)

 
Saya dicabar pengacara pameran bermain foosball. Lebih kurang begini katanya, "If you lose, you have to donate RM10, if you win you'll get 6 cans of Coke! It's a deal?". Teruja, saya pun berkata, "Let's do it bro!". Mujurlah hanya 6 tin dan bukannya meja foosball sebagai ganjaran!

Tuesday 25 October 2011

Selamat Hari Deepavali

Saya ingin mengucapkan 'Happy Deepavali (தீபாவளி)' kepada rakan-rakan collector yang meraikannya dan selamat bercuti kepada semua :)

Monday 25 April 2011

Malu bertutur jadikan Bahasa Melayu terpinggir - TPM

KUALA LUMPUR 25 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan Bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fenomena itu jauh berbeza jika dibanding dengan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun di mana rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri dan mendaulatkan penggunaannya di semua peringkat.

"Perkara itu memang saya setuju kerana ada juga kebimbangan kita iaitu seolah-olah bahasa kebangsaan seperti dipinggirkan kerana masyarakat lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.

"Saya pergi ke China dan mereka di sana cakap semua dalam bahasa Cina, begitu juga di Jepun, bila majlis cakap bahasa mereka, cuma apabila hendak bercakap dengan kita secara personal, barulah mereka bertutur dalam bahasa Inggeris.

"Jadi, saya rasa ini kerana sikap, mungkin agaknya kalau tak guna bahasa Inggeris tak berapa ‘glamour’, seolah-olah bahasa Melayu ini bahasa rendah,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Firdaus bertanya mengenai punca kemerosotan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat, syarikat-syarikat awam dan swasta dan sama ada keadaan itu berlaku disebabkan kaedah pengajaran bahasa itu. - Bernama

Utusan Malaysia Online
25/04/2011 3:14pm

Merah, hitam punca gila Coca-Cola

PELIK bila diberitahu minuman berkarbonat itu bukanlah kegemarannya, tetapi dia cukup suka mengumpul apa sahaja barangan yang tertera perkataan Coca-Cola.

Bagi Abdul Majid Mat, 41, Coca-Cola begitu dekat dengan dirinya.

Segalanya bermula sejak 10 tahun lalu.

Mengaku begitu menyukai warna merah dan hitam, kata Ketua Penolong Pengarah Pusat Politik dan Ekonomi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Coca-Cola ada dua elemen warna kesukaannya.

“Lama juga masa yang saya ambil untuk kumpul barangan ini. Sebelum ini saya ada juga cuba mengumpul barangan lain seperti setem, pen dan pensil hotel.

“Tetapi entah kenapa bila tengok tin atau apa sahaja barangan yang bertulis Coca-Cola saya cepat benar jatuh ‘cinta’.

“Mungkin sebab warnanya. Kebetulan pula saya memang suka dengan warna merah, jadi mata pun cepat tertangkap pada warna kegemaran saya itu,” katanya.

Bercerita mengenai hobinya itu, menurut Majid, koleksinya tidak hanya terhad kepada barangan berbentuk tin atau botol minuman itu semata.

Sebaliknya, dia gigih mencari dan mengumpul gelas, dulang, jam tangan, bingkai gambar dan magnet.

Malah, dek kerana terlalu minat, Majid juga turut mempunyai tempat meletak botol yang biasanya dipunyai oleh penghantar minuman jenama itu.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, koleksinya juga datang daripada pelbagai tempat dan negara.

“Saya sering bertugas di luar negara dan ia memberi peluang buat saya untuk mendapatkan koleksi unik Coca-Cola daripada pelbagai tempat.

“Antara yang berada dalam simpanan saya adalah koleksi dari Rusia, New York, Belgium, England, Perancis, Thailand dan Indonesia.

“Koleksi paling disayangi, tentulah bingkai gambar Coca-Cola yang saya beli di Moscow, Rusia. Ia memang sukar didapati di Malaysia,” katanya.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu juga semestinya tersenyum bangga apabila koleksi ‘gilanya’ itu sudah mencecah hampir 300 item daripada pelbagai jenis dan bentuk.

Bercita-cita mahu membuka sebuah kedai cenderahati Coca-Cola dengan inspirasi gedung jenama itu yang cukup terkenal di Atlanta, kata Majid, jika boleh, dia mahu merealisasikan impiannya itu di Malaysia.

Dalam pada itu, Majid memberitahu, meski ada perancangan untuk menjual koleksi Coca-Colanya, dia bagaimanapun masih belum bersedia untuk berbuat demikian buat masa ini.

“Bagi yang tak pandai menilai, mereka akan kata buang masa saja kumpul barang murahan seperti ini.

“Berlainan bagi mereka yang tahu menilai, pasti akan jadi ‘gila’ macam saya,” katanya mengakhiri perbualan.

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
Utusan Malaysia Online
13/03/2011

Friday 22 April 2011

The Journey of Ambition

Pada saat ini saya berada di 1 Utama sambil minum Macchiato Ais. Honda ada menganjurkan roadshow dan saya telah memenangi sebuah buku 'The Journey of Ambition' mengenai perjalanan dan sejarah Honda Accord. Bagi yang meminati sejarah, buku 'hardcover' ini menarik, lebih lagi bila ianya percuma :) Mereka juga ada mempamerkan kereta Honda Accord tahun 1976 di sini.

Honda Accord Generasi Pertama (1976 - 1981)

Monday 18 April 2011

Coca-Cola Marks 125 Years With A Campaign

Malaysia - Beverage giant Coca-Cola has created a major marketing push locally as part of its 125th anniversary celebrations with the campaign's first phase having just kicked-off across radio.

The current stage involves a consumer contest requiring public participation. Radio spots have gone live on several local stations such as hitz.fm. Interested customers must purchase a 325ml can, 500ml bottle and 1.5L bottle of Coke, Coca-Cola Light, Vanilla Coke, or Sprite and search its tab or cap for a unique code.

Once detected, contestants are directed to call a specific hotline and answer a question in order to redeem rewards. With only three available, the grand prize includes an all-expense paid trip for two to the World of Cola-Cola in Atlanta, USA - where Coke originated.

Also available are theme park tickets to Singapore's Resort World and 125 Coca-Cola mini fridges. The contest ends on 15 May 2011.

In addition to the above, the brand has introduced a second contest targeting locals between the ages of 13 and 29. A creative competition, participants can submit their original designs to be considered as the new layout for Coke cans.

Winning entries walk away with RM 2,000 cash and the designs will will have an opportunity to appear on Coke cans nationwide. The contest runs until 30 May.

Adding a twist to overall initiative, Coke is extending the brand's festivities to a whole year instead of just one day (8 May).

From now until the end of 2011, a series of activities will be executed at various stages.

WestCoast Communications is responsible for all PR-related duties.

By: Deborah Joy, Malaysia
Published: Apr 06, 2011

Jam Omega

Kini Apollo XVII selamat kembali, kami ingin mengatakan betapa bangga kita telah dikaitkan dengan NASA di seluruh misi ruang angkasa. Now that Apollo XVII is safely back, we would like to say how proud we are to have been associated with NASA throughout the space missions.

Iklan Omega 'Speedmaster' tahun 1972
On the occasion of the successful completion of the Apollo programme, Omega would like to say 'Thank you NASA!'
Gambar dari http://www.omegawatches.com/spirit/hall-of-fame/advertisement

Wednesday 13 April 2011

10 Tahun Ketua Menteri Sarawak 1970 - 1980

Posting kali ini memaparkan medallion Y.A.B. Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul-Rahman Ya'Kub yang dikeluarkan oleh Selangor Pewter bagi memperingati Ulangtahun ke-10 perkhidmatan beliau yang cemerlang sebagai Ketua Menteri Sarawak. Saya tidak pasti unit keluarannya, mungkin ada kawan-kawan yang lebih arif tentang perkara ini. Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu pada 3 Januari 1928. Tun menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ke 3 sejak 7 Julai 1970 hingga 26 Mac 1981 dan beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari tahun 1981 hingga 1985. 

Mengulas jawapan yang diperolehi daripada Royal Selangor International, medallion ini ditempah oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1980 dengan dua saiz iaitu 2 dan 3 inci. Medallion yang ada pada saya ini berukuran 3 inci. Terimakasih kepada Cik Aida Noreena Ahmed dari Royal Selangor International.  

1970 - 1980. Pada tahun 1980 beliau berusia 52 tahun.

Jata (Coat of arms) negeri Sarawak 'Hidup Selalu Berkhidmat'

Selangor Pewter

Kotak medallion ini telah ditulis dan ditandatangani oleh Tun sendiri pada 8 Oktober 2010. Beliau menulis 'Semoga keluarga sekelian sehat sehat dan dalam perlindungan Allah'. (Amin)

Tuesday 12 April 2011

Jam Omega

Levy Hermanos adalah pengedar untuk berlian, batu permata, mutiara, jam tangan, kronometer, 'repeaters', barangan perak, barangan beraneka ragam, jam dinding, gramafon dan barangan optik. Mereka juga adalah pengimport untuk jam tangan terkenal jenama 'Omega'. Omega membuka cawangan di Singapura/Malaya sekitar bulan May 1904. Pada masa itu cawangan Singapura terletak di Bras Basah Road, No. 93 (Bangunan Raffles Hotel yang bertentangan dengan kolej). Selain jenama Omega, Messrs. Levy Hermanos juga pengimport filem pertama di Singapura pada tahun 1904. Tentulah sukar untuk mencari atau memiliki jam Omega yang begitu 'rare'! :)

Iklan Omega tahun 1904
Präzisions Uhren Manufaktur (Precision Watchmaker)
Gambar dari http://www.omegawatches.com/spirit/hall-of-fame/advertisement

Iklan Omega 'Seamaster 600' tahun 1970
When you take your life in your hands, you need a good watch on your wrist.
Gambar dari http://www.omegawatches.com/spirit/hall-of-fame/advertisement

Thursday 7 April 2011

Sinalcoman 1968

Pada tahun 1953, Encik Ching melibatkan diri dengan perniagaan minuman soda ketika berusia 29 tahun. Beliau dilantik oleh National Aerated Water Co. Ltd., Singapore sebagai pengarah syarikat. Encik Ching menjadi pengarah urusan syarikat apabila Encik Yap Shing Min, 'co-founder' syarikat itu meninggal dunia pada tahun 1956.

Beliau pernah berkunjung ke kilang Sinalco di England, Amerika Syarikat dan Jepun untuk mempelajari teknik pemasaran dan juga perkara yang berkaitan. Beliau juga mengunjungi kilang pertama Sinalco di West Germany dan di situlah beliau mempelajari ilmu yang paling penting iaitu kaedah perawatan air dalam penghasilan minuman Sinalco. 

Adakah ini Encik Ching Kwong Yew? Beliau mungkin berusia 44 tahun ketika gambar ini diambil.
* Lelaki dalam gambar ini bukan beliau.

Tuesday 29 March 2011

Lihat Kod

Ada sesiapa yang menemui AHH, WOO, BRR, YAA dan SIP? :)

Misteri di sebalik kod Da Vinci :)

Friday 25 March 2011

Malaysian Soda & Aerated Water Collectibles

Rakan-rakan sekelian, anda dijemput untuk menyertai kumpulan 'Malaysian Soda & Aerated Water Collectibles' di facebook. Allan Petretti (penulis buku 'Petretti's Soda Pop Collectibles Price Guide - The Encyclopedia of Soda Pop Collectibles') pernah mengatakan "Today it is impossible to talk about soda pop or the soft drink industry without a mention of The Coca-Cola Company" atau katanya 'Agak sukar untuk bercakap mengenai soda pop atau industri minuman ringan tanpa melibatkan syarikat Coca-Cola'.

Dengan ini tidak kiralah anda hanya mengumpul barangan Coca-Cola, Fraser & Neave, Pepsi, Kinta Aerated Water, Long Chan Aerated Water, air lamned kampung atau apa jua jenama soda lain, anda juga bergelar soda pop collector! Kita semua melalui landasan yang sama dan 1 minat yang serupa :) Jangan lupa untuk meninggalkan 'feedback' serta cadangan untuk memperbaiki 'group' ini secara optimum di facebook. Sila bantu sebarkan maklumat ini kepada semua, terimakasih.

Monday 21 March 2011

Kickapoo Joy Juice Truck 1980's

Gambar dua orang lelaki India dengan lori Kickapoo ini dipercayai diambil sekitar 1980an. Ada sesiapa yang tahu bila no. plat 'BBK' digunakan di Selangor?

BBK7815

Wednesday 16 March 2011

Penang Pearl in 1923

Pada tahun 1923, seorang wanita berbangsa Cina telah menjumpai sebiji mutiara semasa mengutip kerang dan tiram di Penang. Mutiara tersebut telah dibeli dengan harga $4,200 oleh seorang yang berbangsa Cina. Apa yang menarik bukanlah mutiara yang dijumpai tetapi berita yang bertarikh 3 May 1923 ini melaporkan mutiara itu sebesar guli pada botol codd :)

Friday 11 March 2011

Renovation

This blog is currently under renovation! Sorry for the inconvenience. 

Friday 25 February 2011

Royal Crown Cola Function in 1973

Cuba bayangkan secara kebetulan anda salah seorang peserta yang hadir pada majlis ini, sudah tentu barangan seperti 'inflatable display bottle', kain rentang, jam dinding, poster, 'sticker', 'paper cup', dan botol soda jenama Royal Crown Cola kesemuanya diangkut balik ke rumah :) Kalau betul anda membawanya ke rumah, 38 tahun bukanlah masa yang singkat. Masih ada lagikah anda menyimpannya? Saya pasti 'collector' yang membaca 'posting' saya ini ada yang tersenyum lebar :) Gambar ini diambil pada 13 Jun 1973 di Hotel Merlin, Kuala Lumpur.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), 'inflatable display bottle' vinyl yang berketinggian 6 kaki (Kod no. 1325) bernilai US$7.95 dan yang berketinggian 29" (Kod no. 1326) hanyalah bernilai US$2.

Hotel Merlin, Kuala Lumpur

Thursday 24 February 2011

Introducing Royal Crown Cola in 1972

Alangkah bahagianya jika anda salah seorang peserta yang terlibat secara langsung dengan syarikat Royal Crown Cola ini atau mungkin andalah pegawai pemasaran pada masa itu :) Boleh jadi anda agak berumur sekarang kerana gambar ini diambil pada 8 Disember 1972. Lihatlah jam dinding, thermometer dan juga signboard, kesemuanya jenama RC Cola. Saya yakin ada diantara 'collector' yang menyimpannya sebagai koleksi.

Merujuk katalog 'Royal Crown Cola Co. Media Advertising' (1971), jam dinding ini adalah jenis 'RC illuminated clock' (Kod no. 238) yang bernilai US$13.25 seunit ataupun jenis 'RC non-iluminated clock' (Kod no. 239) yang bernilai US$9.95 seunit. Jam dinding buatan Knoxville, Tenn. ini berukuran 13½" x 17" dan didatangi 6 unit sekotak. Thermometer bulat (Kod no. 126) buatan Springfield, Ohio ini berukuran diameter 12". Ianya bernilai US$2.75 seunit dan didatangi 5 keping sekotak. Thermometer panjang berukuran 9⅝" x 25½" pula adalah jenis 'Large thermometer' (Kod no. 512) yang bernilai US$1.75 seunit. Ianya buatan Covington, Ky. dan didatangi 25 keping thermometer sekotak. Berat sekotak 'Large thermometer' adalah 75 Ibs. (Lebih kurang 34 kg).

Wednesday 23 February 2011

Memburu, Jember, Hunting, Korek & Picking

Sejak tersiarnya American Pickers di channel 555 saya perasan ramai yang menggunakan perkataan 'picking' termasuklah saya sendiri :) Apa pun panggilannya, memburu, jember, hunting, korek, atau picking semuanya membawa persamaan maksud yang serupa.

Dari segi bahasa, mungkin juga 'korek' lebih dekat dengan 'pick'. Contoh ayat, 'John picked his nose this morning' atau dalam bahasa kita, John mengorek hidung pagi tadi. Apapun yang dikorek semestinya mempunyai hasil, sikit atau banyak terpulanglah, betul tak? Dengan ini juga saya berharap sedikit sebanyak cerita ini dapat memecah kesunyian blog ini, hehe.

Tuesday 1 February 2011

Botologi 4K

Sewajarnya 'botologist' yang menganjurkan 'Botologi Hi Tea' diberi kepujian kerana bagi saya ianya suatu 'event' yang berjaya. Nampaknya hobi kita ini telah dinaik taraf ke suatu peringkat baru yang boleh kita banggakan. Selain dari mengupas limau mandarin, ingin juga saya kupaskan pengertian peringkat baru yang saya maksudkan. Dulunya kita hanya mengumpul dan bercakap kosong mengenai botol dan sebagainya tetapi di alaf 'cloud computing' ini, kita berjaya meyakinkan minat kita ini ke arah hobi yang berbentuk professional. Sedar tak sedar kita telahpun melalui apa yang saya katakan sebagai 4K. 4K bukanlah bermaksud gaji anda hendaklah 4 ribu keatas :) 4K yang dimaksudkan ialah 1. Kumpul 2. Kawan 3. Kongsi dan 4. Kaji. Rasanya semua orang tau.

1. Kumpul
Setiap 'collector' bermula dengan mengumpul apa yang diminati. Tidak kisahlah anda mengumpul apapun tetapi tiada siapa sebenarnya yang boleh mempertikaikan 'passion' anda mengumpul sesuatu barang yang anda minati. Jangan disebabkan belum cukup barang ini anda dilabel sebagai collector kurang lengkap, yang penting anda dalam proses mengumpul. Bagi saya pemburuan mendapatkan sesuatu barangan yang anda belum ada itulah suatu kepuasan atau 'thrill'.

2. Kawan
Tanpa kawan anda masih boleh mengumpul tetapi anda perlukan 'networking' untuk berinteraksi mengenai minat anda. Yang penting hormat menghormati di kalangan kita, tidak rugi rasanya jika otai merendahkan dirinya sedikit, minta maaf jika saya katakan takkan jatuh mahkota/gelaran seseorang itu. 'Otai will always be an otai' :)

3. Kongsi
'Event' Botologi Hi Tea ini ialah suatu perkongsian, kita berkongsi ilmu, mempamerkan barangan, kemahiran, dan pengalaman masing-masing. Blog dan facebook adalah suatu bentuk perkongsian maklumat dan pendapat. Berkongsi juga adalah melalui jualan atau pertukaran, anda berkongsi barangan lebih yang ada pada anda.

4. Kaji
Kajian ialah suatu process dimana anda mencari maklumat mengenai koleksi yang anda kumpul. Kajian boleh dilakukan dari segi penggunaan, sejarah, pengalaman dan sebagainya. Agak mengecewakan jika anda tiada fakta langsung mengenai apa yang anda kumpul dan tiada bukti sokongan yang kukuh.

Banyak lagi yang boleh kita huraikan di sini tetapi secara ringkasnya dapatlah bersama-sama kita memahaminya. Mungkin selepas ini anda boleh menambah ke 5K atau sebagainya, terpulanglah. Terimakasih kepada para botologist yang menganjurkan event ini dan terimakasih juga kepada Ipoh Station Antique Cafe, 'one of the coolest restaurant in Malaysia'. Maaf agak lama menyepikan diri, bukannya saya merajuk cuma agak sibuk sedikit dengan tugasan. Insyaallah saya akan aktif menyambung blog tidak lama lagi. Tiada gunanya mendabik dada tetapi pada hari ini saya bangga menggelarkan diri saya seorang botologist :)

Ipoh Station Antique Cafe, Bandar Puchong Utama

Geng 'botologi' Megat Shazrin

Geng-geng 'botologi'

Monday 31 January 2011

Gong Xi Fa Cai! 恭喜发财

Happy Chinese New Year to all collectors who celebrate this auspicious event. Gong Xi Fa Cai! Sempena Tahun Arnab ini teringat saya dengan gula-gula WhiteRabbit Creamy Candy, dengar khabar gula-gula ini mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan, oleh itu ianya tidak dikeluarkan lagi. Semasa kanak-kanak saya selalu membelinya di sekolah :)

Saturday 29 January 2011

What is more important?

Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi dan saya masih berada di Sungai Buloh dengan berseluar pendek sambil mengunyah karipap, sepatutnya saya menyertai mensyuarat pada pagi ini tetapi SMS pun telah dihantar semalam mengatakan saya tidak dapat datang atas alasan yang lebih penting. Apa yang lebih penting? Ya, sudah tentulah acara Botologi Hi Tea ini :) Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan rakan-rakan 'collector' semua. I am very excited and confident that this event will meet everyones expectation. Hai cakap "omputih ler pulok", jumpa di sana! :) - frightrice

Saturday 8 January 2011

The legendary 'Supermokh' Selangor jersey

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana menjuarai piala AFF Suzuki tempoh hari. Diharap pasukan Harimau Malaya dapat mengekalkan prestasi dan mampu bekerja keras lagi bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang, ini hanyalah langkah permulaan.

Mungkin anda ada menyimpan jersey Fernando Torres, Lionel Messi, Kaka dan sebagainya tetapi jersey berjenama Diadora saiz M ini mempunyai aura tersendiri. Jersey kepunyaan lagenda bolasepak tanahair Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari (1953 - 1991) ini telah dihadiahkan oleh beliau sendiri kepada pakcik saya.

Diadora 'Mokhtar Dahari'

Persatuan Bola Sepak Selangor, ditubuhkan 1936

Diadora Italia saiz M

Sahabat saya 'Reza Swiss Made' dengan jersey nombor 10 ini. Hati-hati sikit tarik tu bro!

Monday 3 January 2011

Botologi Hi Tea

Tarikh : SABTU # 29 JANUARI 2011
Masa : 3.00 PM - 7.00 PM
Lokasi : IPOH STATION ANTIQUE CAFE, 13 & 15, JALAN BPU 6, BANDAR PUCHONG UTAMA, SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
Bayaran : RM10.00 SEORANG

Untuk keterangan lanjut, sila layari: http://ahkaba.blogspot.com/2011/01/botologi-hi-tea.html atau http://ipohstation.blogspot.com/2011/01/botologi-hi-tea.html