Sejak kejadian letupan saluran gas yang berlaku pada 28 September lalu, saya agak keberatan untuk menjejak kaki di Empire Gallery buat sementara waktu. Tahniah kepada penganjur 'Coca-Cola Heritage Fair 2011' kerana telah menjayakan pesta pameran yang begitu hebat sekali. Tidak dinafikan sampai terlupa insiden letupan gas tersebut, sebaliknya gas dari botol Coca-Cola yang menarik perhatian. Apapun tahniah sekali lagi kepada para penganjur, bak kata slogan Coca-Cola 1908, its 'good til the last drop'!
What's Freddie doing? :)
Saya dicabar pengacara pameran bermain foosball. Lebih kurang begini katanya, "If you lose, you have to donate RM10, if you win you'll get 6 cans of Coke! It's a deal?". Teruja, saya pun berkata, "Let's do it bro!". Mujurlah hanya 6 tin dan bukannya meja foosball sebagai ganjaran!
No comments:
Post a Comment